Monday, June 20, 2011

ANAK ANAK MEOW KJEE

Mokmok a few months before he died kena langgar

Baby, adik Mokmok. Tak tau mana pergi


Mokmok dan Baby

Snowy
Snowy dan Cumi. Cumi pun hilang

Lady kami jumpa dalam longkang depan rumah. Dia hilang masa kami pergi holiday Langkawi. Jinak sangat2.

Yuni Shara..ntah mana hilang


Prince, kucing jiran yang hampir jadi kucing kami tapi dia orang ambik balik

HARI ni mood Kjee mode mendung. Walaupun cuaca kat luar panas terik tapi deep inside my heart, memang tak ceria. Tak tahulah kenapa? Hope my sister is okay. Hati Kjee kalau tak sedap macam ni, Kjee selalu teringat dia. Maybe dia tengah menahan kesakitan. Mudah2an Allah swt kurangkan sikit kesakitan yang dialaminya.

Dan bila Kjee rasa macam ini, kucing2 Kjee jadi terapi. Kjee peluk dan cium, gurau2, sakat2 dia orang pastu barulah rasa lega. Tapi entah kenapa sejak pagi tadi, kucing2 Kjee semua tak ada. Ntah kemana they all rewang.

Kucing2 yang ada dalam jagaan Kjee sekarang ialah Snowy, Manja, Ginger, Lemon, Combee dan Papai. Sedihnya. Enam ekor jer? Dulu ada hingga 18 ekor. Satu demi satu hilang. Either mati kena langgar atau orang curi. Depan rumah Kjee jalan besar so kekadang mereka pergi main kat situ.

Lemon anak Combee. Dia ada abang nama Ginger.Tiap malam dua2 berebut nak tidur ngan Kjee. Gilir2 kalau tidak gaduh.
Dua kucing paling Kjee sayang iaitu MokMok dan Yuni Shara dah tak de. MokMok kena langgar. Kubur dia depan rumah. Yuni Shara pulak tak balik2 sampai hari ini. Kekadang rasa malas nak sayang sangat2 kucing kat rumah ni. Bila dah sayang giler2, dia hilang.

Dulu masa dia masih hidup, MokMok tidur dengan Kjee. Kjee tidur mengiring dan MokMok tidur atas tapak tangan Kjee. Dari dia kecik sampai dia dah besar. Bila dia mati, Snowy pulak ambil alih. Snowy yang tak rapat langsung dengan Kjee. Mungkin MokMok pesan kat Snowy suruh tidur dengan Kjee.

Tiap2 malam, Snowy akan lari ikut Kjee masuk bilik. Dia tahu mana tempat tidurnya. Tempat sama MokMok tidur dulu. Dan heran jugak Snowy juga akan letakkan kepalanya di tapak tangan Kjee.

Sedih ya apabila tengok gambar2 kucing kita yang hilang atau mati. Kjee paling sedih dan menangis openly masa jiran sebelah kata dia nampak Mokmok tidur tepi jalan besar. Dia kata kucing awak yang lawa macam iklan kat TV. Kjee dah agak kucing mana. Terus meraung. Mokmok ada adik nama Baby. Lawa juga tapi baby tiga warna. Baby jugak dah hilang.

Kucing Kjee bukan kucing baka baik. Semua kuncing pungut. Kjee tak suka pelihara kucing baka baik. Kjee lebih kesian kucing di luar sana yang tiada orang nak sayang. Kucing itulah kami pungut, bagi makan dan kasih sayang. Mujurlah Unclepali dan Nadia jugak sayang kucing.


Papai, buah hati Unclepali tapi tiap malam tidur ngan Nadia

11 comments:

dari dapur nasya said...

betul la kjee...nasya pun suka sgt kucing,kalau kucing mati mkn pun xlalu.Tapi skrg dah xleh bela kucing sbb anak nasya ada asthma.Sian nasya kannn..kannn...makanya terpaksa la bela kura2 sbb xde bulu huk..huk...

naniasda said...

Itulah ada jugak orang cakap kucing peliharaan ni tak boleh diambil gambarnya nanti hilang atau mati, inilah yang terjadi pada si Danny (rupa dia mcm Snowy tapi bermata biru), dia dilanggar kereta tanpa pengetahuan kami selepas hilang seminggu, menangis sakanlah anak bongsu. Sekarang serik nak pelihara kucing lagi sebab kalau dah sayang ..itu pulak yang terjadi.

Deena Yasmin said...

suka tengok bulu mokmok ngan baby, macam karpet..hehe

aima said...

baby color dia comel n jarang2 jumpa

paridah said...

rajin pelihara kucing murah rezeki.lagipun kita tidak tahu mana satu ibadah kita yang akan membawa kita ke syurgaNya. mungkin perasaan kasih sayang sesama makhluk Allah sebagai pengantaranya.

Aidah said...

Kak jee, saya dan anak-anak memang kalah kalau bab kucing ni. Sayang sangat. Kucing comot yang saya jumpa kat pasar pun, kalau boleh nak bawak balik. Tapi duduk kat rumah sarang merpati ni tak boleh nak bela byk2.
Lagi satu kucing ni tau saja kalau kita tak sihat. Malam2 bila saya bgn gi toilet, dia akan duduk depan pintu toilet tunggu saya, takut saya terjatuh kat dlam toilet tu.
Panjang betul komen saya pasal kucing ni, sorry ya. Kucing ni memang dekat di hati.

noorsafone said...

Kakjee..noor memang suka kucing...cantik belang bulu mokmok tu.Lady muka kucing yg manja,Snowy ...macam snow kt umah noor,Papi..mesti hero yg garang tp manja ngan unclepali kan...

Kjee said...

noor: papai memang garang tapi bila angin baik, manja tapi dengan nadia ngan unclepali jer.

Kjee said...

ramai rupanya suka kucing. boleh naik satu kapal dengan kjee. hehehe

Yours truly said...

salam..saya suka tgk corak momok tu..ada swirl kat badan.. dulu ada sekor camtu tapi color grey. Kucing2 saya pun tido sekali ngan kami..penuh katil!

ani said...

as salam...baca n3 bab kucing ni memang syahdu, sebabnya kucing kesayang dah mati.dok teringat-ingat kat dia.Seminggu ja tak mau makan nasi...terus mati.Dalam masa dok sakit tu...nak jalan pun dah tak larat tp still pegi bilik air kalau nak membuang.Semasa hidup cukup cerdik.Warna hitam..pakai stokin putih.Tun MAMAT namanya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...