Sunday, June 26, 2011

BENING LOBAK PUTIH









Sebut betul2. Bening bukan pening. Tapi ada orang pening makan Bening Lobak Putih. Kononnya sebab tak tahan baunya. Apa daaa...mana ada bau. Okay apa. Sedap sangat2. I Like.

Musim panas kalau ada lauk ni kat rumah Kjee, nasi pun Kjee dan Nadia tak pandang dah. Asyik leka makan sorang satu mangkuk.

Rahsia kalau nak beli lobak putih ialah, beli yang kurus2. Jangan beli yang gemuk2 sebab satu ia mesti sudah tua. Adoii sensitif betul. Macam Kjee jugak. Bila dah tua jadi gemuk. Tapi masa muda dulu kurus dan seksi maut. Ya lah tu! Kahkahkah.

Eh ini cakap serius tau. Kalau dapat lobak yang dah tua, gerenti isi dalamnya dah ganyut. Bila dah ganyut, nanti masak ia jadi keras. So, kena beli yang muda belia supaya kenyal dan sedap.

Lagi satu petua, setelah korang buang kulitnya, cuci dulu sebelum dihiris. Ini untuk mengelakkan air menyusup masuk ke bahagian dalam sayur tu. Kalau dah masuk air, masak mesti tak sedap. Hah korang ingat telefon jer masuk air ker?

Hah itu jer lah. Kjee tak tahu apa lagi nak kelentong korang pasal sayur ni. Oh ya ada satu lagi. Khasiat. Yes, sayur ni khasiatnya ialah untuk melancarkan buang air kecik. Sesapa yang doktor suspect atau sahkan ada batu karang, elok jadikan lobak putih ni makan ruji anda. Makan selalu dan batu karang tu insya allah akan hancur berderai.

Ini ada orang bagitau Kjee. Kalau dia tipu, maknanya Kjee telah sampaikan satu maklumat tipu. Eh serius cakap, ramai kengkawan Kjee (eh taklah ramai sangat sebenarnya), yang sakit batu karang, bagitau selepas mengamalkannya, sekarang dah tak ada batu karang lagi.

Nak resipi? Eh dah ada dulu Kjee masukkan. Ini ulang tayang jer. Hah malas nak pergi cari? Okaylah, Kjee bagi can kat korang. Klik sini untuk resipi tu. Dulu Kjee bubuh kiub ayam knorrs. Kali ni bubuh udang kering jer. Bilis pun boleh. Selamat mencuba.

Oh ya...Bening tu perkataan jawa maknanya air. So kalau ditranslate lauk ni jadi Lobak Putih Masak Air.




6 comments:

Ezza said...

Sayur ni saya suka sangat...ye lah kak..dah tua tua ni banyak organ dalaman pun dah tua gak...penyakit kencing kotor pun boleh baik kalau kita rajin makan lobak putih ni...
kak, saya selalu masak benimh tanpa minyak kak...lawan nya sambal belacan ngan ikan goreng....heheheh..isnin ni nak buat lah ...

Brunei Navy wives said...

Assalam..salam kenalan kak..sedap juga sayur ni..follow Liz dari brunei yer

sepiah said said...

Salam Kak , lobak putih ni memang kegemaran saya terutamanya bila dalam pantang.Cuma potong macam Kak buat tu pastu celurkan sampai empuk,taruh garam sikit. Buat ulam sama nasi dan ikan bakar serta lada hitam segar. best sangat.Kata mak saudara saya bagus untok ibu bersalin supaya air susu ibu bertambah.

sharifah rosidah said...

hari ni aku masak lontong, dalam kuah lodeh tu aku masukan lobakputih sbb aku memang suka makan lobak putih sedap.

Shikin JD said...

My family masa ada arwah mak-abah mmg slalu msk lobak putih ni...mmg berkhasiat

Kdg2 kami wat kerabu, sedap giler...

Norismaliana said...

salam kak jee...saya rase khasiat nya mmg betul pe yg kak jee cakap...lepas amalkan pe yg kak jee pesan, selalu dah masak lobak putih ni...anak pun suke...yg penting lepas amalkan lobak putih ni makan sekali ngan beras barli, syukur sangat² kak jee batu karang tu keluar sendiri...skrg kencing dah bersih, fungsi buah pinggag pun dah ok...alhamdulillah syukur sangat sbb x yah nak wat operation....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...