Monday, June 13, 2011

BERMARUAH KAH AF9 LABUHKAN TIRAI?

Juara Akhir AF

Foto2 ehsan google


Akademi Fantasia mungkin dapat mempertahankan maruahnya setelah melabuhkan tirai dia kira2 jam 11.45 malam tadi dengan menobatkan Juara yang dinanti2kan semua.

Kjee hanya menonton Akademi Fantasi setakat 3 tahun lebih sikit sahaja. Lepas itu, dah loya.
Tiga tahun lebih sikit? Well, tak sempat habis tahun ketiga, Kjee dah tak tonton lagi sebab tak gemor dengan politiking pihak Astro.

Bukanlah tak tonton langsung tapi selepas tahun ke-3 iaitu ketika semua orang tengah gila setengah mati dengan budak World tu, Kjee dah tak tonton lagi dari day one. Kjee hanya tonton malam final setelah 'mereka tapis semua sampah2'. Kasar ke bahasa? Sesekali memang kena kasar sebab 90% hasil AF adalah sampah.

Itu komen jujur dari Kjee. Tak perlu beralas sebab Kjee tak nak jadi insan hipokrit.

Dan tadi. Mungkin kerana keletihan selepas berbuka, Kjee antara sedar dengan tidak menonton final AF. Tak dapat concentrate sepenuhnya. Sesekali terdengar dengkuran sendiri, pastu terjaga. Maklumlah Kjee hanya tonton AF dengan Manja. Manja? Oh ada orang baru ke dalam rumah Kjee? Tak, kucing Kjee yang dulu nama Jebat sekarang dah jadi Manja. Dia ni pantang orang bukak TV. Terus tidur atas meja TV.

Tetapi separuh jalan konsert bermula, Kjee terus terjaga. Mata tercelik besar mata sampai nak terkeluar biji mata masa lagu kedua Azri tadi. Bukanlah sebab kehebatan suara dia tetapi keberanian dia duduk atas piano sambil nyanyi dan goyang kaki! Kjee ingat selepas beberapa baris menyanyi dia turunlah. Rupanya bukan turun, terus berdiri lagi atas piano!!

Kjee ni bukan reti main alat muzik. Ketuk kuali kat dapur pandailah. Seetakat menyanyi seringkali ke laut jer (tapi dah ada satu album dulu tau!). Apapun, Kjee cukup peka ketertiban anak seni dengan alat muzik yang mereka mainkan. Adalah menjadi sesuatu yang biadap atau kurang ajar memijak atau duduk atas alat muzik!

Kjee geleng kepala. Semua yang terbabit dalam AF, in one way or another (tak tahu nak translate bahasa Melayu), ada kena mengena dengan muzik dan alat muzik. Takkanlah mereka biarkan Azri buat macam tu! Hah belum habis Kjee menceceh sorang diri, tiba2 Ogy Ahmad Daud masuk campur. Dia beritahu Hj Aznil Nawawi, Dato Hj Ramli MS nak bicara sesuatu.

Mujur Dato Ramli MS tu manusia yang sopan. Cakap berlapik. Kalau Juri lain, past Azri dah kena baik punya!! Ramli MS guna ayat manis sangat...'kurang sopan' saja. Hattan pula kata 'I'm pissed off' atau dalam bahasa Malaysia, berbulu atau menyampah! Kjee rasa Ogy dan Hattan mungkin boleh gunakan kata2 yang lebih kesat tapi demi menghormati Juri Undangan, yang lebih senior, mereka memilih untuk berlaku sopan!

Tak tahulah kerja siapa yang benarkan Azri duduk atas piano. Tapi Kjee rasa kalau Azri yang mintak untuk berbuat demikian, pasti ramai yang tak benar. Atau adakah pihak yang lebih 'besar' kuasanya dari Pengetua Amy memberi lampu hijau maka Azri diberi lesen Agung duduk dan berdiri atas piano.

Nasib baik Hazama jadi Juara. Kalau Azri tadi, pasti ramai yang balik rumah berkaki ayam sahaja sebab kasut dan selipar mereka dah dilemparkankan ke arah pentas. Kjee pun dah standby nak lempar kusyen kat TV tadi walaupun Kjee yakin Hazama menang hands down!!.

Apapun tahniah Hazama. Tapi kita tidak tahu cara mana Hazama akan bawak dirinya selepas ini. Belum apa2 lagi dah macam2 cerita kita dengar mengenai sikapnya yang tidak mementingkan disiplin.

Seorang demi seorang Juara AF kencundang dan gagal kuasai persada hiburan tanahair. Apakah selepas ini, giliran Hazama pulak? Wallahualam.

4 comments:

zanafahmi said...

haha...saya pun terkezut berok tgk dia stand atas piano, masa tu mmg tak tgk dr awal....tetiba part Azri pulak tertengok. mungkin dia ingat pesan paknil supaya tinggalkan impak yg besar masa konsert, biar org akan ingat sampai bila2, menjadi la tu.....
kesian Azri kalau mmg dia diarah buat begitu...

AI said...

- AI pon after AF3 da x tgk...ntah ape2...
- budak world tu pon AI x minat dah...hehehe

Kak Sam said...

Entah le kjee. Saya pun ikut masa musim 1-3. Pastu tak kuasa dah. Buang masa je.

Anonymous said...

hahhh .. saya lagi lerr dahsyat. Tak pernah minat nak menonton .. tak minat nak ambil tau .. dan tak kisah pun pasal AF nie ... buang masa je nonton. Pada mereka yang sanggup membung duit anta sms mengundi, saya rasa memang KURANG CERDIK sebab apa mereka dapat ?????

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...