Wednesday, June 29, 2011

CHILLED PEACH CHEESE CAKE





Chilled Peach Cheese cake ini dah lama Kjee buat. Actually lebih tepat bulan dua hari tu masa birthday Nadia. Yang buat bukan Kjee tapi Unclepali. Baru2 ni dia tanya kenapa Kjee tak upload entry cheesecake yang dia buat dalam blog. Ehemmm tersedak Kjee.

Oklahlah sebenarnya Kjee malu nak bubuh dalam blog sebab cake tu tak cantik. Kami tak pandai buat deco. Unclepali main hentam je susun buah peach yang dalam tin tu  diatas cake.

Resipi asalnya, Chilled Mango Cheesecake, Kjee amik dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Tapi Nadia request buat buah pic. Dia suka makan buah mangga tapi untuk cheese cake dia kata tak suka. Hmm belum rasa mana nak tau kan?

Jom kita tengok bahan2nya yang Kjee copy paste dari dapur CMG..



BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie (Kjee guna digestive biscuits)
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu (Kjee guna ¾ tin buah pic)
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR") (Kjee dah lupa guna brand apa)
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)

CARA MEMBUATNYA :-) (Kjee ikut cara Che Mat)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..(Kjee hias dengan baki buah pic dalam tin)
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua..

Hasil air tangan CMG memanglah lawa. Klik sini. Sebab tu Kjee malu nak bubuh dalam blog. Tapi apabila Unclepali dah tanya, malu pulak. Hehehe 


7 comments:

Mat Gebu said...

Perghh....sabaaaaaaaaaaarrrrrrr jee lahh aku!!...

noor said...

As salam KakJee. Tak kisah cantik ke tak cantik ke ,yang penting hasil air tangan kita.Tambahan lagi orang tersayang KakJee yang buatkan. Dulu kita pun buat senget sana sini lama lama ok lah sikit. Hahaha maklumlah tak pi kelas kan jadilah tu. Apapun nak ucap happy belated birthday kat Nadia. Semuga di murahkan rezeki serta sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Amin

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Apa-apa pun kalau dah cheese cake tu mesti sedap kak jee.lagi pun kita2 ni mana la daya nak lawan air tangan en.Mat yang tersohor tu
kak Jee kan?

Kjee said...

betul betul betul puan ros. CMG mesti ketawa berdekah2 tengok.

mala said...

cantik apa kakjee ... terasa sejuk ja kat tekak tgk cheese cake unclepali :)

Along Maklong said...

bagi maklong ni dah cukup cantiklah kak jee.. lebih cantik dari hasil tangan pompuan..

ummiarissa said...

cantik je Kak Jee...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...