Friday, June 10, 2011

Cuti Dah Sampai Ke Penghujungnya


 Petang semalam masa Kjee dalam perjalanan balik dari jemput Nadia dari UniRazak, Kjee lalulah di Kpg Dato Keramat untuk sampai ke Taman Melawati. Nampak ramai budak2 yang masih muda2 lagi (pastinya budak sekolah) melepak, naik basikal, berlari2 tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya.

Isyhh dah penghujung cuti macam ni masih nak enjoy lagi ker? Bukankah masa ni dah kena semak balik jadual persekolahan, cuci kasut, cari balik stokin yang dua minggu lepas ntah campak ke mana dan... ahh malas nak ingatkanlah. Dia orang pasti tahu melainkan kalau otak masih di peringkat sekolah rendah!

Mulai Isnin depan jalan mula sesak. Nadia pun mula semester 4, Isnin ni selepas cuti 5 minggu. Tapi kali ni short sem jer. Kalau tak silap dia amik 3 subjek jer. Kalau short sem (sebulan kot) dia hanya perlu pergi kelas dua atau tiga kali seminggu. Hari lain duduk rumah dan bergaduh dengan kucing2 dia.

Kesian Nadia. macam2 plan dia buat masa nak cuti dulu. Maklumlah...5 minggu. Dia kata nak cari kerja sebab boring duduk rumah. Kjee tak berapa galakkan dia kerja. Dapat tak berapa sen. Nanti minyak kereta, parking, duit makan masa kerja, semua Kjee jugak yang keluarkan. So baik tak payah kerja.


Tapi dia berkeras. Siap lemparkan hujah2 yang dirasakan cukup kuat untuk Kjee keluarkan lesen bagi dia kerja. Hati Kjee memang berat nak bagi dia kerja. Biarlah dia rehat di rumah saja. Sebelum cuti hari tu dah berhempas pulas belajar sebab exam.

Kjee tak ada pun doa apa2 atau cakap apa2 belakang dia. Cuma Kjee bagitau Unclepali, kalau dia duduk rumah, ringanlah sikit kerja Kjee. Mana nak rebut buat skrip, nak masak. Tup tup malang tak berbau. Nadia terjatuh dan retak tulang kakinya.

Hancur lebur segala rancangan dia hendak kerja. Kjee tahu dia cukup2 tertekan kena habiskan 5 minggu duduk rumah sebab sakit. Dalam pada sakit, sempat jugak dia keluar buat satu kerja bancian sebuah stesyen radio. Sehari suntuk di duduk di sebuah hotel bersama 100 orang yang lain.

Kemudian dia dapat jugak jadi facilitator untuk Uni dia semasa pendaftaran pelajaran2 baru selama seminggu. Hari ni hari terakhir. Kaki masih belum baik. Hari2 bila dia balik Kjee tanya sakit ke tidak. Dia kata macam biasa. Sakit.

Harap2 hari Isnin ni kuranglah sikit sakit dia. Ini kali kedua dia mengalami musibah patah tulang. Masa usia 10 tahun dulu tangannya patah sebab berlaga dengan tiang sekolah. Lasak sangat.

The moral of my story, suruhlah anak2 buat persiapan nak mula sekolah Isnin ini. Pastikan homework semua sudah siap. Jangan dek kerana tak siap homework, pagi Isnin depan ada yang sakit perut, sakit gigi atau bagi alasan tak nak sekolah sebab kuku patah. Hmmm Kjee pernah gunakan taktik ni dulu. Taktik sakit perut bukan kuku patah. Kahkahkah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ADIK2 DAN CIKGU2

3 comments:

  1. seronoknye.. dapat ibu yg prihatin mcm kjee.... risau tgk keadaan skg bile ibubapa kurang memerhatikan xtvt anak2... :(

    ReplyDelete
  2. shiqin pun buat short sem, dia bosan cuti lama sangat, dia nak kerja SB tak bagi so dia kata lebih baik dia buat short sem.

    ReplyDelete