Wednesday, June 29, 2011

DAGING TIGA RASA DENGAN DAUN SELASIH


 Kjee ubahsuai resipi ini dari Daging Kaprau yang Kjee makan kat Restoren Thai Ali Tomyam baru2 ini. Mana boleh nak dapat rasa yang sama kan? Tetapi kalau ikut tekak Kjee, adalah 70% persamaannya. Paling best aroma daun selasih ketika kita makan.

Masa masak tadi, oleh kerana puasa, Kjee main tawakkal jer bubuh itu dan ini. Kemudian Unclepali tolong rasa. Dia kata okay. Nak tambah lagi apa2, dia cakap tak payah. Itulah berkatnya kalau kita berpuasa. Masak semuanya cukup2 rasa jer.

Tadi Kjee guna daging batang pinang. Memang kat rumah Kjee memang Kjee stokkan daging batang pinang sebab senang nak kunyah. Tapi kalau nak guna daging biasa, kena rebus sampai lembut lepas tu hiris nipis2.

Airnya jangan dibuang. Resipi ni guna sikit jer air. Tapi air rebusan tadi tu boleh guna nak buat sup sayur dan lauk pauk lain yang sewaktu dengannya.

Tadi Kjee buat terkurang sikit pedas. Kjee guna baki cabai jarum kiriman member dari Sarawak. Kjee taklah berani guna banyak2 takut pedas. Kalau pedas memang lagi sedap. Okay jom kita intai bahan2nya.

BAHAN2NYA:

350gm daging batang pinang (dihiris nipis)
2 labu bawang Holland (warna kuning)
4 ulas bawang putih
1 cekak daun selasih (Kjee beli 1 ikat RM1)
cilip api (secukupnya)
1 sudu besar hoisin sos *
1 sudu besar sos tiram *
2 sudu besar cili sos *
2 sudu besar kicap manis *
1 sudu kecik tepung jagung *
2 sudu besar air *
3 sudu besar minyak

CARA:

Daging dicuci, dihiris nipis dan toskan airnya. Cili api ditumbuk kasar. Bawang besar dibelah enam. Bawang putih dihiris. Daun selasih dipetik, dicuci dan ditoskan.

Panaskan kuali. Bubuh minyak. Masukkan bawang putih dan tumis hingga wangi. Masukkan daging dan goreng sampai terbit air dan hingga air kering. Jaga jangan hangit. Sentiasa balik2kan.

Bila air sudah kering, biarkan daging digoreng dalam minyak tadi dan masukkan cili api tumbuk kasar dan bawang Holland yang telah dicerai-ceraikan. Kemudian semua bertanda * dimasukkan ke dalam mangkuk dan dikacau hingga sebati. Kemudian dicurahkan ke dalam kuali berisi daging tadi.

Kacau pantas2 hingga sebati dan sekata. Kemudian masukkan daun selasih. Rasa dulu. Kalau kurang masin, tambah kicap cair atau soa nampla.

Makan dengan nasi.










5 comments:

Lieya said...

Tengok je dah terliur kak jee.... saya nak copy ehh resepi ni, nanti nak cube. Tapi tunggu ade daging la pasal uma saya xde stok daging. ehehehee

Bohtieque said...

salam kak mna nk cari pokok ni kak

Kjee said...

Daun Selasih ada di jual di pasar atau pasar tani.

Bohtieque said...

apa kan daya sini susah cari pasar tani.... :(

Kjee said...

Cri kat Cina jual sayur di pasar coz org cina guna daun selasih untuk masak itik. kjee tanam sendiri.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...