Tuesday, June 21, 2011

KARI AYAM KERING ALA RENDANG


 Kali ini Kjee nak kongsi bersama korang semua kari ayam kering ala rendang. Kari ini sedap sangat kalau makan dengan pulut, lempeng, ubi rebus, nasi impit, lemang, pulut kuning, capati, roti canai ataupun dengan nasi. Kjee suka buat kari kering ni di pagi Hari Raya.

Resipi ni Kjee guna kreativiti sendiri. Selalu Kjee makan kari rendang kering ni kat kedai mamak atau restoren nasi daun pisang. Dia orang panggil ayam masala. Guna rempah masala. Tapi Kjee rasa tak ada masalah (ewah) kalau guna rempah kari biasa. Rasa sikit lebih kurang jer.

Kjee guna susu segar (rendah lemak pun boleh) kalau buat kari kering ni di pagi Raya. Maklumlah, kalau kita sibuk sangat melayan tetamu, lauk pauk yang bersantan biasanya tak tahan lama. Takkanlah kerja kita asyik nak duduk dapur je memanaskannya, betul tak. Tapi kalau korang nak guna santan pun tak ada masalah (patutlah dia orang panggil ayam masala).

Ok kita intai resipinya.

BAHAN2NYA:

½ ekor ayam (dipotong  kecik2 atau bite size)
1 cawan rempah kari ayam (Kjee guna Babas)
½ cawan serbuk cili (Kjee guna Babas)
2 inci halia *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
4 biji buah keras * (optional)
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 biji pelaga
½ cawan susu segar (atau santan)
1 asam keping 
daun kari (kalau ada)

CARA:

Bersihkan ayam, dipotong kecik2 dan toskan airnya. Semua bertanda * ditumbuk halus. Kjee guna buah keras untuk menambah lemak. Kalau tak nak, tak payah guna. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan rempah yang telah dicampur dengan serbuk cili, kayu manis, pelaga, bunga lawang serta daun kari. Rempah itu tidak perlu dicampur air. Biarkan kering tau. Ada orang bubuh air dan jadikan rempah itu paste. Kjee tak buat cara itu.
Kemudian goreng pantas2 guna api sederhana. Apabila sudah terbit minyak, masukkan kira2 satu senduk air dan kacau lagi. Biar rempah benar2 masak dan naik baunya. Kemudian masukkan ayam. Gaul biar ayam bersalut rempah. Kemudian tunggu sampai ayam kecut.Api masih sederhana.
Apabila ayam sudah kecut, masukkan susu cair atau santan. Bubuh garam dan cik Aji kalau guna. Kemudian dimasak guna api perlahan sampai ayam betul2 empuk dan masak dan kuahnya kering. Kalau kuahnya dah kering tapi ayam belum masak lagi, bubuhlah sedikit air panas dan sambung masak.
Biasanyalah kalau ayam itu dipotong kecik2 (bite size), ia cepat masak kecuali guna ayam kampung.
Kjee suka guna ayam bahagian tulang untuk masakan ini. Sedap dikunyah2 tulangnya masa makan.
Selamat mencuba.
(NOTA: KJEE GUNA CAWAN STANDARD YANG GUNA SUKAT TEPUNG. KALAU RASA BANYAK SANGAT REMPAH, BOLEH KURANGKAN. ATAU KALAU TAK NAK PEDAS SANGAT, TAK PAYAH BUBUH CILI SERBUK)


9 comments:

bersama kak Es said...

ini kalau ayam tua pun ok gak ni kan.. masak lama2 sampai kering.
makan dengan pek-nga ..fuhhh

MamaFaMi said...

Laju betul ler Kjee punya resepi keluar. Belesup lesup, lepas satu satu.. Tapi best gak, hari hari di jamu makanan yang pelbagai rasa.. cicah dengan roti pun best kan Kjee...

Lina said...

Kjee.. makan dgn nasi lemak sedap ni.. teringin pulak saya tgk resepi ni.

Ida,Japan said...

emm...sedapnyer, dah terbau2 aroma kari k'Jee ni..lebih kurang msk kari biasa ye, cuma buat kering2 gitu

eima-caa said...

Kjee, knp klo tgk resepi kjee trus rsa nk wt...?geram sguh la. Yg lpas2 pn xtry lg, ingt nk tgu cuti ujung mgu tp xsampai ujung mgu da mcm2 resepi kjee tjuk. Sukenyeeeerrrr...

dari dapur nasya said...

mak aiii...nampak sedap yang amat la kjee...nanti raya bole try buat nih.

edora said...

thanks for the recipe...nyummy nak try buat esok untuk mak mertua :)

embun said...

Trima kasih Kjee. Dah try tadi thumbs up best Lah. Simpan sikit bsk nak bwk Bella. I love ur resipe.muaks

embun said...

Trima kasih Kjee. Dah try tadi. Thumbs up .simpan sikit bsk nak bwk bekal gi keja.mesti lagix2 sedap kan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...