Saturday, June 11, 2011

Khasiat Terung Pipit Atau Terung Rimbang






Ramai anak2 muda sekarang tak kenal apa itu terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvun. Orang Minang panggil Terung Rimbang. Patutlah banyak restoren Minang ada jual gulai atau sambal kering bubuh terung pipit. Memang makanan dia orang.

Kjee pun baru saja kenal terung pipit ni. Maklumlah kalau dilahir dan dibesarkan di bandar seperti Kuala Lumpur, mana nak kenal. Malah Kjee dah kerja baru kenal macam mana pokok durian, pokok manggis, langsat dan yang sewaktu dengannya. Selama Kjee kecik, kebun atau dusun Kjee hanyalah pasar chow kit yang "berbuah tak kira musim".

Tadi Kjee surf internet dan jumpa lah info dibawah ni. Kalau tak puas baca, sambunglah dengan membaca blog berkenaan dengan link yang Kjee sertakan.

Ini yang Kjee copy paste.
 
Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Nak baca lebih lanjut  klik sini 

Gambar ehsan google

1 comments:

sharifah rosidah said...

kalau kita makan direstoran di indonesia terung rembang ni dia orang buat ulam, sedap sangat kena pulak dgn sambal mangga memang mak mertua lalu belakang kita tak nampak.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...