Tuesday, June 14, 2011

KISAH 'BANJIR MALAM' HEHEHE

ehsan google - lawak pulak kan? Hehehe
 Teruk betullah Che Mat Gebu. Tadi Kjee cerita kat FB pasal Kjee mimipi banjir besar melanda Taman Melawati. Arwah mak kata kalau mimpi banjir maka seseorang itu akan dapat rezeki besau! Memanglah Kjee sedang menunggu rezeki besau setelah lama tak masyukkkk!

Pepaham je lah kan. Kita kerja freelance. Ada kerja ada gaji. Kali ini pulak dapat kerja (buat skrip) yang makan bulan baru nak siap. Skrip episod. Kalau setakat buat telemovie atau cerekarama boleh siap dalam masa tiga minggu. So habuan cepatlah dapat.Jadi bila tidur dapat mimpi air apa lagi banjir, punyalah happy. Mudah2an cepatlah masyukkk.

Tapi Che Mat Gebu kita sudah kornar cerita lain. Dia kata: "Betul tu kak jee..kalau kita mimpi banjir, maknanya rezeki..tapi dulu masa saya kecik2 kan, mimpi, banjir, sekali sedau...tilam basah nkooo!!!!...adehhh keji kan!

Actually citer2 cam ni seronok kalau kita rewind atau flashback. Walaupun memalukan tapi jangan tak mengaku kita pernah mengalaminya. 

Kjee ni memang Ratu Kencing Malam sejak kecik lagi. Dan tabiat buruk dibawak sampai ke tua!! Sebelum kahwin dengan Unclepali, jenuh tiap malam basah tilam...ehhh bukanlah setiap malam tapi seminggu dua atau tiga kali. Nadia sampai naik boring. Patutnya dia tapi kenapa mama yang dah tua, buat hal! Kahkahkah.


Tapi lepas kahwin dengan Unclepali, Kjee rasa ada juga Kjee 'buat hal' tapi taklah kerap sangat. Kekadang dua tiga bulan sekali. Dan yang terbaru kira2 tiga minggu lepas. Kurang hajau betul kan?


Doktor kata orang yang kencing malam ni ada kena mengena dengan stress. Ya ke? Oh maknanya setelah kahwin dengan Unclepali Kjee kurang stress ke? May be. Yes and No. Welll......


Tapi Kjee rasa orang kencing malam sebab minum air banyak sangat sebelum tidur. Pastu bila dah nyenyak tidur, otak tak dapat adjust suruh bangun. Pastu banjirlah kan.


Tapi scene atau adegan sebelum kencing malam, best giler kan. Mimipi nak terkencing, pastu lari setengah mati cari toilet. Pastu melepas. Sedar2 dah basah tilam. 


Kjee kalau terkena adegan ini, bangun pelan2, tukar kain. Amik towel, lapikkan tebal2 kat atas tilam basah tu dan tidur balik. Tapi sebelum itu ke bilik air dululah habiskan proses yang tergendala. Kahkahkah


Tapi ada anak sedara lelaki Kjee sorang ni yang Raja kencing Malam. Nadia kata bilik dia hancing sebab tiap2 malam kencing malam. Sampaikan mak dia dah tak boleh buat apa. 

Arwah mak kata kalau nak elak anak kencing malam, selain sebelum masuk tidur suruh dia kencing, kena terbalikkan dia. Pegang dua kakinya dan kepala diletakkan atas lantai. Macam kaki terikat dan kepala terjuntai. Tapi puas adik Kjee buat anak dia macam tu tapi tak juga berkesan. Sekarang tak tahulah samada dia kencing malam lagi ke tidak. Sekarang ni dia ada di London, belajar kat sana.


Itulah kisahnya. Tapi Kjee heran Nadia tak pernah pulak kencing malam. Masa baby adalah. Tapi selepas itu tidak pernah Kjee tengok atau terasa tilam dia basah. Nasib baik dia tak warisi tabiat buruk mama dia. Banyak tabiat buruk Kjee dia tak ikut. Alhamdulilah. Hehehe

8 comments:

Ijahans said...

orang jowo kata .. ngompol hihihih...unclepali tak komen apa apa ke kak jee?

Anonymous said...

aduhhhh ..KJ. Saya TERGELAK BESAR baca entri KJ ni.susah nak jumpa orang sedewasa KJ berani buat pengakuan terbuka hal yang degrading macam ni. Lain lah kalau orang tak kenal sapa KJ. Macam tak percaya je KJ masih KENCING TIKAQ .. ( istilah orang utara ). Saya tak tahu pula apakah ianya berkaitan dengan stress. Tapi kan ... memang pelik juga .. sapa yang kencing malam ni .. scenenya sama je. Rasa nak terkencing, terus berlari ke bilik air atau ke tempat yang sesuai .. dan bila dah kencing sikit .. terus sedar bahawa dia sebenarnya TIDAK berada di tempat yang sepatutnya dia kencing. Sebab tu bila ada kes orang kencing tikar ni, kita selalu akan tanya, KAU TAK RASA MIMPI KENCING KAT BILIK AIR Ke ??? dot dot dot .. Biasanya kanak-kanak atau remaja yang bermasalah kencing malam ni, akan terasa murung .. kurang yakin pada diri . ye lah .. kencing malam ni bukan perkara baik. Apatah lagi bila kena leter dan marah selalu. Masalah ini perlu di tangani cara berhemah. Kena guna psikologi.

hajar said...

hehe... teringat lak ngan citer ngompol lakonan Zed zaidi, Mak mah & Irma hasmi... errr.. kjee ke yg tulis skrip tu?

AI said...

- kehkehkeh...

- petua org tua2:-

:1)sapu area pusat dgn minyak tanah
:2)amik pepatung (dragonflies) letak kat pusat

- betol ke petua ni? hehehe

Noor said...

KakJee...cuba lah jangan minum air sebelum tidur untuk elakan dari banjir sebab anak saya pun selalu kencing malam tapi bila saya catukan jumlah air yang di minum sebelum waktu tidur maka sindrom ini berkurangan. Dan satu petua atuk saya dulu yang mak buatkan utk kami - siapa kencing malam kena kencing pada parang yang di panaskan.Insyallah berakhirnya penyakit ini.

Aziela said...

Kak Jee.....saya pun pernahh....hahahhahahaha....tapi salutelah Kak Jee sebab selamber ngaku. Tapi dah lama laa...saat2 bebaru lepas bersalin dulu. Hehehehhehe....

Anonymous said...

kjee ni mmg kelakau la..siap cter lps jadi buat pe tu..kikiki..sy salute kjee sbb sangat jujur bila bercerita dgn kami , sbb tu sentiasa ada tawa atau tangis bila bersama coretan kjee..tqvm kjee..u alwiz makes my day :-) suzi fauzi

Kjee said...

heheeh suzi. what u see is what u get. that describes me best.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...