Saturday, June 11, 2011

Kuruskan Badan Tanpa Ubat?

gambar ehsan google. Hiasan Yg paling kiri dlm botol tu, harammmmm

Teruja Kjee apabila surf internet dan jumpa blog tip untuk semua awal pagi semalam. Ada cara kuruskan badan tanapa ubat. Tip ini untuk orang yang kuat mental untuk follow. Tapi apa yang ditulis oleh pemilik blog ini, sama dengan apa yang Dietician Kjee sarankan masa Kjee menemuinya untuk consultancy tahun lepas.

Tapi macam biasa lah. Hendak seribu daya, tak hendak seribuk dalih. Kjee cuba sebulan dan berat Kjee ringan 5 kilo. Pastu...hmm malehlah nak cerita.

Sekarang Kjee nak pergi ke amalan orang dulu-dulu...The Best Diet Is Puasa! Dan Kjee mula perasan badan sudah mula ringan. Hohoho ya lah tu kan?

Apa yang penting dalam diet tanpa ubat ini ialah the first meal of the day atau sarapan TIDAK BOLEH kita skip! Ia satu kemestian. Pakar diet Kjee beritahu dengan pengambilan sarapan, kita akan dapat stabilkan hormon dalam badan kita. Ramai orang suka skip breakfast pastu bila tiba tengah hari, makan sampai 3 pinggan nasi. Itu tak elok.

Air juga mesti minum banyak2. Masa Kjee ikut saranan pakar tu dulu, Kjee minum 3 liter air putih bersamaan dengan dua botol besar botol coke. Yang plastic bersaiz 1.5ml. Itu yang buat berat badan Kjee turun kot. Tapi yang Kjee tak larat, kejap2 nak gi tandas buang balik air tu. Agaknya dalam masa proses membuang air, mungkin tercuci segala lemak2. Wallahualam.

Pastu pakar diet tu cakap, jangan biarkan perut kosong. Don't starve. Makan dalam jumlah yang sedikit sedikit dan kunyah sampai hancur baru telan. Bab kunyah tu yang Kjee tak follow sebab Kjee ni jenis nak cepat buat kerja. Makan pun main telan jer.

Arwah mak pernah kata kalau nak tahu orang tu buat kerja lembab ke tidak, tengok cara dia makan. Kalau slow motion je, macam tulah dia buat kerja. So korang tahulah Kjee kerja camner kan? Hehehe

Last sekali sebelum korang pergi tengok link kat atas tu, pengambilan makanan terakhir mesti 4 jam atau lebih sebelum tidur. Kalau korang tidur kul 10, kul 6 petang mesti dah makan.

Itu untuk orang yang nak kuruskan badan. Yang nak gemukkan badan, siapkan biskut atau kek sebelah katil. Sebelum tidur, kunyahlah dulu yer. Kahkahkah

Next entry Kjee tunjuk camner nak kira kalori. Korang tengok mesti pengsan takut.

7 comments:

Anonymous said...

alahai Kak Jee ... kelakar betoi. Saya pun macam kak jee bab diet ni. Tak kuat semangat. Bab cara KUNYAH pun sama mcm kak jee. Tak reti nak slow slow... kalau lapar lagi le... kalut ngunyah nyer ... btoi le kak jee .. orang yang kunyah laju tu .. bab nak siap keje pun laju. Bab cakap pun lajuu je. Tapi saya ni ntah lerr ..urat mana plak tak betoi sikit .. bab keje ni laju nyer last minute. awal-awal nya bertangguh jerrrr ..... luih.

AI said...

- ape2 pon moga sape2 yg nak kuruskan badan tu akan berjaya...

- kuatkan semangat...go go go...fight fight fight...win win win...

Kak Sam said...

Assalamualaikum kjee.
Susahkan kalau nak makan kena fikir kandungan nutrisi makanan yang diambil. Kalau rasa nak makan saya bedal je. Cuma 1, saya akan pastikan malam tak ambil makanan berat. Kalau lapar makan buah jer. Alhamdulillah setiap kali bertemu teman lama pasti akan terdengar 'eehhh kurusnyanya ngko". Hehehe sangat seronok.

sharifah rosidah said...

adoi cakap pasal nak kuruskan badan ni memang senang tapi nak membuatnya tak senang. Berat badan aku macam yo yo sekejap naik sekejap turun. buat masa sekarang aku dah turun 12 kilo. esok lusa tak tahu naik ke turun.

emy said...

kak jee sy suka artikel nih

Anonymous said...

hihihihi.... pasal diet ni sy kurg disiplin lah..hihi tapi nice info...Thanx

ell8019_rozi said...

Kak jee baru terjumpa blog kak jee ni, bukan pengsan sebab pasal diet,pengsan sebab baca blog kak jee, terubat sikit mengantuk duk kat ofis nih..
Saya mmg kaki diet, tapi dah lama x ikut menu diet sebab en. husband dah x larat pegang tulang katanya :)..jadi skrg makan untuk sehat he he

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...