Saturday, June 18, 2011

LUAHAN HATI SEORANG IBU



gambar terbaru masa jadi facilitator di UniRazak minggu lepas

Pagi ini hati Kjee hancur lulur apabila anak kesayangan Kjee bersiap2 untuk keluar berjumpa kawan2 dia. Malam tadi dia mintak izin untuk ke KLCC jumpa kawan. Kjee selalunya tanya kawan mana tetapi malam tadi Kjee tak tanya.

So pagi tadi setelah dia bersiap2 untuk keluar, dia masuk bilik Kjee untuk siapkan pulak Kjee untuk hantar dia ke LRT. Selalu dia drive sendiri tetapi sejak retak kakinya dan masih sakit, Kjee tak berani bagi dia drive. Sebaik sahaja siapkan Kjee, Kjee tanya dia pergi dengan siapa. Apabila dia kata dengan J dan F, tetiba berdesing telinga Kjee.

Sudah lebih dua tahun dia tak keluar bersama dua budak perempuan dua ekor ni. J dan F adalah dua kawan sekolej masa Nadia amik diploma dulu. Dan budak dua ekor ini hampir membuat Kjee hilang Nadia buat selama2nya. Kehadiran mereka dalam hidup Nadia, pada Kjee, buat Nadia lebih pentingkan mereka daripada benda2 lain termasuk Kjee yang tengah sakit!

Kjee ingat lagi masa itu Kjee sakit. Kekadang boleh jalan kekadang terlantar. Nadia tinggal bersama auntynya di PJ. Kjee suruh dia balik tinggal dengan Kjee kerana Kjee tak sihat. Kjee risau kalau jadi apa2, Nadia tak sempat nak habiskan masa dengan Kjee. Dia tinggal dengan auntynya kerana, satu aunty dia tidak berapa sihat dan juga senang dia berulang alik ke kampusnya di Kelana Jaya.

Apabila Kjee call dia suruh dia balik tinggal semula dengan Kjee malam itu jugak, Nadia bagi banyak alasan. Dia mintak tempoh selepas habis exam dan sebagainya. Kjee terkejut sebab Nadia seorang anak yang cukup ambil berat perihal kesihatan Kjee. Kjee tegas suruh dia balik jugak sebab Kjee memang tersangat tak sihat.

Malam itu Kjee tunggu dia tak balik dan apabila Kjee call, dia off fon. Kjee mesej pun dia tak jawab. Punyalah hancur hati Kjee. Kjee nekad kalau dia tak balik, tak perlulah dia balik lagi selama2nya. Unclepali mula resah tengok keadaan Kjee yang semakin sakit dan stressful. Nafas Kjee sekejap turun sekejap naik.

Esoknya Kjee ke kedai untuk meniaga seperti biasa tetapi keadaan Kjee cukup teruk. Kjee menangis sepanjang hari di kedai. Unclepali ambilalih tugas memasak dan sejak itu Unclepali menjadi terer masak.

Malam itu, tanpa pengetahuan Kjee, Unclepali berjaya menyusup masuk ke FB Nadia. Apa cara dia, hanya Unclepali dan Nadia sahaja yang tahu. Unclepali menemui gambar2 Nadia sedang bersuka ria dengan budak dua ekor tu di tengah malam buta di pantai Port Dickson! Gambar2 diambil ketika mereka hendak melihat matahari naik!! Ketika itu  dah dekat subuh!

Maknanya ketika Kjee call dia suruh balik, dia sudah berjanji dengan budak dua ekor ini untuk pergi ke Port Dickson! Sebelum itu dia singgah dulu di Putrajaya jemput J. Nadia tidak pernah buat kerja seperti ini. Drive jauh2 tanpa pengawasan Kjee dan Unclepali apalagi di tengah malam buta!! Dan jika bukan kerana rancangan budak dua ekor ini, Nadia tidak mungkin berani!!

Selama dua minggu selepas itu, Nadia pujuk Kjee supaya terima dia kembali. Hari2 dia call dan meseej tapi Kjee tak layan. Dia mahu pulang tetapi hati Kjee sudah tertutup buat dia. Unclepali hantar emel panjang lebar kepada Nadia menceritakan kesengsaraan Kjee membesarkan dia seorang diri. Unclepali mahu dia insaf. Dan kini Kjee sudah sakit, dia boleh tinggalkan Kjee macam itu. Tetapi Unclepali masa itu tidak beritahu dia mengenai penemuaan gambar2 Nadia dan kawan2 di FB.

Dia 'menipu' Kjee hidup2. Itu yang Kjee tak boleh terima! Tetapi Unclepali berjaya cairkan Kjee dan akhrinya Nadia kembali ke rumah. Sejak itu Nadia serik. Dan Kjee tak salahkan dia tetapi budak dua ekor tu.

Tadi dia keluar dengan mereka. Sekali lagi Kjee resah. Bimbang apa budak dua ekor nak ajar Nadia pulak kali ini. Nadia ini terlalu lurus dan mudah percaya orang. Kjee fikir 10 kali samada nak halang dia pergi atau tidak. Akhirnya, Kjee lepaskan tetapi bersyarat.

Kjee tahu enrty Kjee kali ini akan buat Nadia kecewa tetapi itulah luahan hati Kjee. Sebelum dia turun kereta tadi, Kjee ingatkan dia yang inilah kali terakhir Kjee benarkan dia berjumpa mereka!! Seandainya dia ingin keluar bersama mereka, langkah dulu mayat Kjee.

I hope she reads this and knows how I feel!! The moral of my entry, pastikan dengan siapa anak2 kita berkawan!

16 comments:

dari dapur nasya said...

betul tuu kjee....sayu hati nasya baca coretan kjee...huk..huk..

noor said...

Harap kakjee sabar serta doakan yang terbaik. Insyallah anak kita akan ikut nasihat kita.

CutieIntan said...

hurmmm..intan macam faham hati kjee cam mana even tak jadi ibu lagi tapi kes kjee berlaku pada mama intan...sometimes kita jaga anak dan ajar supaya jadi tak menipu tapi pengaruh kengkawan anak boleh lupa mak ayah...harap kjee bersabar melayan karenah anak-naka remaja..ye lah mereka ni kalau tak diikut memberontak...hurmm teringat dulu masa ikut mama tangkap adik berdating...dapat rasa betapa tekanannya mama masa tu.

Asraf said...

Aku pun cam kau jee, bini aku dia pukul je, mana sempat depan mata dia ambik, nah kau.

cicik ann said...

salam kjee,
having anak anak of nadia's age is very taxing on us.we mean well tapi they always see the opposite of it.and then mula lah tak setuju.i do have the same problem with my doter,somehow the boys(sons)senang sikit handle.
in ur case nadia is the one and only..lagi lah kjee sayang merokot(sayang amat).it has been 2 yrs since the last incident.she is much wiser now(she looks level-headed and senonoh)give her some space.i am sure she dont mean to hurt u in any way..its just that dia nak jumpe kenkawan.so nadia if u ever read dis..always remember dat u are her everything.jaga mama elok2..be a good girl.sorry kjee if i went overboard.take care.

Kjee said...

ann: nadia is actually one track minded. just like me, what u see is what u get. so lurus. friends make use of her. ada yang take her for granted. bila ada group assignments, nadia selalu dijadikan mangsa. dia yang buat lebih2. bila dapat A, ada yang tak buat kerja pun dapat markah sama sebab buat assignments in a group. selain itu, masa kat kolej dulu nadia is the only one yg ada kereta. bukan kjee nak cakap besar kata dia sorang ada kereta. then they make use of her dan suruh hantar sana sini. kalau car pool, nadia jadi mangsa. pergi pick up dari rumah, ke kolej and hantar balik. kjee kata kenapa tak share duit minyak. dia kata malu nak mintak. kalau dia orang naik bas or lrt, duit keluar jugak. so that is nadia. i like 99% of her present frens. semua baik2 dan siuman. frens masa buat diploma tu yg duk hasut dia...dah umur 23 tahun pun masih takut nak mintak izin mama gi clubbing. ada hasil ke nak gi clubbing? ada duit ke? kalau tak guna duit mama, mana nak cekup duit? jantan? jantan nak bagi free jer ker? renung2kanlah.

cicik ann said...

salam kjee.i dont blame u if u geram dgn frens diploma dia.taking advantage right,left center.kalau ann pun jadik sakit hati.i honestly cannot tolerate frens yg suka menghasut.thus putting our anak in a spot.nadia ni org nye betul bendul and dia rase everyone is as ikhlas as she is.good to know that her present frens are much better off.i can tell u are pretty much upset with dis issue.i hope u will sabar..plse dont say anything harsh to nadia which will not just upset nadia but also you.i am a bit of a kepala angin myself,kalau dah marah tak guna se duit(satu sen)...pastu bila pikir2 balik,kesian
kat anak anak.depa pun dah dewasa..so we shld try to treat them as one.sorry again kjee,if i made u upset.
nite-nite..

Anonymous said...

well kak jee.. saya faham perasaan kak sebagai seorang ibu. Anak perempuan pula tu .. berganda-ganda tahap kerisauan seorang ibu. Apa pun, berbanyaklah panjatkan doa yang terbaik utk Nadia. Doa seorang ibu itu besar rahmatnya.

MUMMYdah said...

dalam mbesarkan anak2 kena byk2 berdoa.. selalu nasihatkan depa agar jgn tersasar.. tp pengaruh kawan mmg sukar sket dikawal.. mudah2an la anak2 kiter mnjadi anak2 yg soleh dan solehan.. mudah2an entry kjee ni bukan nadia jer tp anak2 yg lain tau betapa mak bapak nih nk anak2 memiliki ahklak yg baik n menyenangkan agar hisup selamadunia akhirat

Anonymous said...

semalaman memikirkan e3 kjee ni..
wpun saya xde anak yg beso,tp saya pernah jaga ank tiri yg remaja mcm ni..betul kjee,pengaruh kawan ni buatkan anak2 xfikir yg kita ni sygkan dia.
apa yg dia tau, kita kongkong.
sebelum terlambat biarlah kita tegah..kalau dah terjadi xguna apa pun dah.
to nadia:xde ibu yg xsayangkan anak...mesti ada sebab bila ibu melarang.one day nadia pun jadi ibu..so please please listen to ur mom.syurga di bawah tapak kaki ibu..sampai mcm tu sekali mulia nya seorang ibu .

Anonymous said...

:) A past that scarred her for life. After that outing, she did call Sarah and told Sarah about everything. Sarah gave her alot of advice and I am so sure that she'll be learning from the lesson. Don't worry Aunty. :)

Satthiya

Kjee said...

Thnx Sattiya. You know Nadia better!

Anonymous said...

Yes Aunty, been friends for so long. Haha..




Satthiya

Anonymous said...

baru terbaca..setiap saat mesti ada cabaran & dugaannya cuma hanya kita mesti & patut tahu macam mana nak handle. mungkin fasa aishah masih terlalu awal tapi aishah mempunyai 2 org adik perempuan yg sama fasa dgn nadia. mmg susah bila cakap dgn diaorg ni sbb bagi diaorg kita berleter, diaorg x tahu kita berleter tu ada sbb. sbb xnak badthings happen 2 them. tapi diaorg masuk telinga kanan kuar telinga kiri. so aishah sampai tahap fedup xtahu nak cakap apa dah sekarang ni aishah lantakkan diaorg. tapi dlm masa yg sama aishah ada gak teropong2. yelah kakak kan

Anonymous said...

apa yg k jee ni sme ngan ape yg sye sedang hadapi tpi sye redha ngan ktntuan Illahi smoga Allah beri sinar pd sye smula

Kjee said...

Sabarlah dan doa banyak2.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...