Friday, June 10, 2011

Mushroom Toast




 Kjee memang hantu cendawan. Tak kisahlah cendawan apa pun. Lama betul lah tak makan cendawan kukur masak lemak cili api. Adoiii kecur. Pastu ada lagi satu cendawan yang panjang2 ada kepala dan tumbuh melata musim hujan. Warnanya putih ala2 krim gitu. Kjee tak ingat namanya. Itu pun lama tak makan. Buat masak air sedap giler.

Ada orang kata kalau kita rajin makan cendawan, boleh hindar kanser. Entah betul ntah tidak. Tapi setahu Kjee kalau makan cendawan banyak2 boleh tambah uric asid dalam badan. Kalau yang sakit gout, sendi2, jangan makan. Ala makan mati, tak makan pun mati. So Kjee peduli apa. Kahkahkah

Add caption
Kali ini Kjee nak share satu lagi snek. Snek ni mudah jer. Guna roti dan cendawan shitake dan jugak cheese. Tak kisahlah cheese apa korang nak guna tapi oleh kerana Kjee ada serbuk cheese warna oren ni, Kjee gunalah.
 
Korang boleh guna ceddar atau parmesan. Semua sedap. Untuk rotinya boleh guna apa jua roti termasuk roti perancis. Resipi ini guna garlic butter. Garlic butter ini digunakan masa nak buat garlice bread. So kalau korang buat, bolehlah buat lebih sikit pastu simpan dalama bekas bila nak guna, keluarkan.

Untuk garlic butter, Kjee tumbuk halus beberapa biji bawang putih. Kemudian dicampurkan dengan butter yang telah dilembutkan. Gaul sampai rata. Kalau suka banyak bawang putih, lebihkan jer.


BAHAN2:
4 keping roti (kalau roti bantal potong 2)
4 cendawan shitake
2 ulas bawang putih
garlic butter
sedikit minyak
cheese

CARA:

Bawang putih ditumbuk kasar. Kemudian bubuh sedikit minyak dalam kuali. Masukkan cendawan yang telah dibuang batangnya yang keras dan dihiris halus. Goreng seketika dan padam api.

Sapu garlic butter atas roti dan bakar suhu 180 darjah selama 5 minit. Keluarkan dan susun cendawan diatasnya dan curahkan cheese. Bakar lagi selama 5 minit atau hingga roti garing. Sedap makan panas2.



7 comments:

hajar said...

wow.. mcm best jer kjee....

Anonymous said...

Cendawan kukur masak lemak???...adoi kecur nya...lama sgt dah tak mkn.....

nannie said...

Salam k Gee ,

Terima kasih ya k Gee sudi singgah n follow blog saya tu. Akak saya dah link dgn blog K Gee ni dan blog akak ni pun byk resepi yg sodap2 yum yum boleh saya cuba nanti , thanks again k Gee :)

Ijahans said...

kak jee, cendawa putih yg tumbuh melata masa hujan tuh kan feveret ija juga... kalau masak bening ngan bayam merah mcm maniisss jer kan.. satu lagi goreng ngan telur... kalau kat pasar borong kelang kdg2 ada jual tp abg kata rm40 sekilo

Ijahans said...

cendawan putih yg tumbuh melata tuh kan best giler kak jee... kecik2 dulu cabut blkg umah jer lepas hujan. masak bening ngan bayam manisss jer.. goreng ngan tulur puun sodap

MamaFaMi said...

Wah bestlah snek Kjee. Senang pun senang ek?

chikadakbiru said...

kakjee..menu ringkas...tp memang nampak sangat sedap!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...