Saturday, June 18, 2011

NANA JOIN FARA FAUZANA DI HOT FM


Hari itu bukan main lagi sibuk khabar angin yang menyatakan Fara Fauzana telah dilamar Astro dengan kontrak kononnya bernilai RM1-juta. Fara tidak menafikannya walaupun enggan bercerita lanjut mengenai tawaran RM1-juta itu.

Kjee rasa semua khabar angin itu reda, mungkin sebab Hot FM dah bincang balik kontrak Fara bersama mereka. Ada kemungkinan kalau bincang semula, imbuhan yang diterima pun berlipat kali ganda dari dulu. Itu biasalah. Kalau tengah hot dan laris, selalunya akan dapat rezeki macam tu.

Cuma Fara harus hati2 dengan tawaran luar yang kekadang hanya gah pada nama. Ada banyak berlaku, lamaran yang datang itu sebenarnya 'mahu membunuh'. Bukanlah bunuh macam ambik pistol tembak atau guna pedang samurai tusuk pada perut.

Bukan tidak pernah terjadi, setelah seseorang itu sain kontrak di tempat baru, dia akan terus 'diletakkan dalam cold storage' dan dibiarkan disitu. Mati beragan lah dia. Itu politik antara pesaing. Nak keluar dah terikat kontrak...nak terus tinggal di situ...

Hari ini khabar terbaru Nana yang telah berhenti kerja di  XFM baru2 ini mendapat tawaran pula untuk bertugas secara part time dengan HotFM. Agaknya bergandinganlah dia kembali dengan rakan baiknya Fara. Apakah Fara punca Nana tinggalkan XFM, hanya Nana dan Fara sahaja yang tahu.

Kjee copy paste berita ini dari mStar Online.

Nana Ke Hot FM Bukan Kerana Kecil Hati

PETALING JAYA: Bekas penyampai radio XFM, Nana Mahazan (gambar), 28, menolak khabar angin bahawa dia mempunyai masalah dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP) itu sehingga menerima tawaran menyertai stesen radio Hot FM.
Malah kata Nana, dia menerima tawaran yang diberikan oleh stesen radio tersebut kerana merasakan ia sesuai pada situasinya sekarang.
"Saya berhenti bukan kerana saya mempunyai masalah atau berkecil hati dengan mereka tapi memang sudah tiba masanya untuk berhenti dan memberi perhatian kepada keluarga.
"Kalau saya mempunyai masalah dengan XFM seperti mana yang diperkatakan, sudah lama rasanya saya berbuat demikian. Sebenarnya ini bukan kali pertama Hot FM tawarkan saya menyertai mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah Nana, keputusan untuk menyertai Hot FM dalam jangka masa terdekat ini dibuat selepas berbincang bersama suaminya, Mohd Raqeem Brian Abdullah.
"Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara sepenuh masa tetapi saya tidak kata saya terus berhenti kerja dan mahu adi suri rumah.
"Saya masih mengambil kerja separuh masa. Saya juga bertanggungjawab untuk bantu suami dan menguruskan perbelanjaan keluarga kami. Jadi tawaran tersebut datang memang tepat pada masanya," katanya yang bakal memulakan tugas di Hot FM pada setiap hujung minggu bermula 25 Jun ini.
Dalam pada itu, dia tidak menolak jika suatu hari nanti bakal menjadi deejay sepenuh masa di stesen radio tersebut.
"Buat masa ini saya sendiri yang memilih untuk buat semua kerja-kerja secara freelance, sehingga saya rasa anak saya, Athea sudah besar dan faham.
"Namun begitu saya tidak menolak jika suatu hari nanti mungkin akan bekerja secara sepenuh masa di Hot FM. Tapi bukan dalam waktu terdekat ini," katanya yang sedang sibuk menguruskan perniagaan pakaian secara dalam talian yang diusahakan bersama penyampai Farah Fauzana.

2 comments:

  1. Nana ke hotFM? Nana kena ubah sikit gaya penyampaian dia, tak boleh jadi mcm dulu2....dah jadi mak orang....

    ReplyDelete
  2. Bukan cara penyampaian jerrr .. cara dressing pun !!! Sebagai seorang wanita Muslim ... wajib tahu apa itu aurat ...

    ReplyDelete