Saturday, June 25, 2011

NASI GORENG ANAK DARA






Bukan jamu Mak Dara tapi nasi goreng anak dara. Air tangan Nadia sebab hari ni Mama dia merajuk dan protes tak nak masak. Tapi masa makan tak protes pulak sebab sedap. Kalau tak sedap tadi, siap ko...aku nyanyi lagu periuk belanga terbang melayang-layang. Kahkahkah...oppps tak boleh ketawa besar2 sebab masih dalam mode sedih atas kehilangan adikku. Al Fatihah.


Nasi Goreng anak Dara ni simple jer. Tumbuk bawang putih dengan cili merah (Nadia tambah cabai Ja-Ghum Sarawak. Boleh tahan pedas), masukkan segenggam ikan bilis. Jangan tumbuk ikan bilis bagi halus. Sedang2 jer.

Pastu tumis bawang besar yang dah potong bulat. Masukkan bahan tumbuk. Macam biasa Nadia goreng sampai bersin satu rumah. Pastu masukkan hirisan sayur kacang botor. Boleh juga kacang panjang atau kacang buncis yang dihiris halus. Pastu masukkan nasi dan kacau. Oh ya sebelum masuk nasi, bubuh telor dulu dalam tumisan. Okay siap. Nadia goreng ayam. Sedap...tak masin.

Anak dara kalau masak, kita kena puji lebih. Itulah vitamin untuk dia rajin ke dapur.



1 comments:

sharifah rosidah said...

pandai Nadia masak, anak perempuan aku yang seketul tu haram, satu kerja dapur pun tak pandai, SB cakap semua salah aku, sbb tak ajar anak dara dia buat kerja dapur.

Banyak kerja dia yang aku tak berkenan lama lama aku buat sendiri, lagi kemas bersih dan teratur daripada dia. Aku terkenang dulu masa aku baru kawin umur baru 19 tahun satu kerja rumah pun aku tak pernah buat maklumlah aku adda kakak 4 orang lagi diorang lah yang buat kerja rumah.

Tapi takdir menentukan aku ikut SB ke Amerika untuk belajar dan disitu segala galanya aku belajar berdikari alhamdulillah sekarang kalau setakat masak untuk kenduri tak de hal punya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...