Tuesday, June 14, 2011

NASI KANDAR SUBERI - SELERA MELAYU

Kedai nasi kandar Suberi AU3 Keramat


lauk pauk ala nasi kandar
sambal belacan dan air asam


ikan keli bakar

 Walaupun papan tanda kedainya menunjukkan Nasi kandar Suberi tapi Kjee rasa ia bukan 100% nasi kandar mamak macam yang selalu Kjee makan. Unclepali kata mungkin Suberi ini mamak generasi kedua atau ketiga. Tapi yang pasti dia orang Utara sebab budak2 dia cakap masih pekat loghat utara.

ikan bakar
Apapun, makan yang disediakan seratus peratus berempah. Sotong Masak rempah, Kari ikan kari ayam kari daging kari sotong...ala semuanya ada berkaitanlah dengan rempah kari. Kalau tekak korang memang tekak kari, harus kunjungi Suberi.Lauk2nya semua samaa jer macam yang disediakan di kedai nasi kandar mamak. Cuma ianya dijual di kedai Melayu.

Yang seronoknya bila makan di Suberi ialah pilihan makanan yang banyak. Sambal belacan dan cicah asam pun sampai berbesen. Boleh angkut lauk ikut banyak mana suka sebab self service. Dan kalau lambat sikit datang, habis lauk pauk sebab kedai ni memang femes sangat.

sedap sangat!
Selain daripada makanannya yang sedap dan menyelerakan, harganya juga murah berbanding kalau kita pergi kedai mamak nasi kandar lain. Kjee suka suruh Unclepali beli kari kepala ikan tenggiri. Selalu Kjee suruh Unclepali bungkus dan nasi masak di rumah. Tu dia bila balik. Kuah dahlah banyak, siap bendi dan cili hijau, harganya RM5 hingga RM8 saja. Kepala ikan tenggiri tau! Cuba pergi beli kat kedai mamak. Paling rendahpun depa caj RM15!

Tadi Kjee makan kari kepala ikan bawal hitam dan sayur kangkung celur dengan sambal belacan. Nadia ambik ayam goreng, telor asin dan sayur. Unclepali juga ambik ayam goreng, telor rebus, telor asin dan sayur. Air tiga gelas. Cuma RM17. Tak ke murah! Cuba pergi kedai nasi kandar lain kalau boleh dapat harga macam itu!

Selain itu, Kjee paling suka murtabaknya. Kalau tak beli murtabaknya bawak balik, memang tak sah! Hanya RM2 saja siap jeruk bawang kaler merah.
handsome mamat buat murbatak ni. hehehe

Nak tahu mana kedai Nasi Kandar Suberi ni? Hah korang pernah ke pergi kilang Dawama milik Dewan Bahasa dan Pustaka, di AU3 Keramat? Hah mesti korang takkan miss kedai Suberi yang berhadapan dengan kilang Dawama dan Transformer. Bukan transformer kartun kat tv tapi kilang Transformer. Kedai dia sederet dengan kedai2 mekanik yang beratur di sepanjang jalan Hulu Kelang.

Kedai ini tutup setiap Ahad maklumlah sebahagian besar customer dia orang office dan pekerja kilang2 sekitar Kampung Datuk Keramat. Dia orang start meniaga dari pagi sampai ke tengah malam.

4 comments:

Mas said...

ni yang mas suka...
murah dan sedappp...
nak cari gak nanti kedai tu..
maceh kak jee....

mala said...

kat Centrum Setiawangsa pun ada Suberi

timusa said...

betul sedap n cheap. Capati terutama karinya ada oumpppp. Sop daging n abc pun boleh tahan juga.

nj said...

Kak Jee...thanks for sharing good and nice places for makan-makan, ishh...tak sabarnya nak terjah sini sana nih...huhuhu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...