Sunday, June 12, 2011

Nasi Lemak Ujang, AU1A/4C Keramat Permai

Van Pick Up Nasi Lemak Ujang

Tersengih jer Ujang. Memang murah dengan senyuman! Cam kenal jer customer ni!
Sambal Sotong yang pergghhh!

Sambal paru fav Nadia



Ayam goreng panas2
 Rasa bersalah pulak nak masukkan entry ini selepas Kjee sibuk2 menakutkan korang dengan carta kalori. Ala cekali cekala okay kot. Tapi Kjee memang suka pergi makan di tempat Ujang ni. Actually van bergerak Ujang.

Kjee dah lama makan nasi lemak dia. Agaknya dari zaman adik dia meniaga kira-kira 6 tahun lalu. Kini bisnes diambilalih oleh Ujang, yang berasal dari Jengka Pahang. Suka sangat tersenyum dan peramah.

Antara lauk pauk
Ujang ni tak reti agaknya nak caj makanan dia. Kjee kekadang rasa malu nak makan situ sebab gila punya murah. Kjee kan kaki merayap malam2 buta jalan2 dan makan2. So Kjee tahulah mahal ke tidak makanan di satu2 tempat.

Selalu kami makan di tempat Ujang, siap dengan air, kira2 RM5 jer seorang. Macam2 lauk yang tersedia. Ada lebih kurang 15 jenis kalau tak silap. Ada jugak nasi putih. Nasi lemak dia kukus tau! Dan masak di situ.

Dan kami tiga beranak, kalau dah self service, main cekup jer macam makan kat rumah. Hah bila masa nak bayar tersenyum simpul dengar harga yang dikenakan Ujang. Kekadang Kjee tinggikan suara jugak, suruh dia kira betul2. Kita yang selalu masak dan pernah niaga tahu harga barang mentah sekarang mahal. Tapi Ujang hanya senyum. Dan betul lah kira tu kak, katanya.
Pilihan Kjee

Anyway, semua lauk pauk yang dijual Ujang seperti sambal paru, sambal kerang, sambal sotong (pengsannn), kari daging, kari telor, sambal telur puyuh, sambal sardin, sambal udang, sambal tumis, ayam goreng panas, sayur...isyhh banyak lah lagi, semuanya menepati selera dan citarasa Kjee.

Kalau ke gerai Ujang, Nadia yang jaga bodi, tak pernah makan nasi lemak. Pinggan dia penuh dengan lauk. Favorite dia sambal kerang, sambal paru, sambal sotong dan telor goreng. Unclepali pulak cam biasa mesti ada sambal sardin, telor goreng dan telor rebus. Kjee, nasi suku jer lebihnya penuh dengan lauk pauk yang sama dengan Nadia. Hehehe

Pilihan Nadia - No Nasi lemak
Ujang mula meniaga lepas Maghrib hingga pukul 12 malam. Hari Isnin dia cuti sebab di situ ada pasar malam. Kalau nak tahu kawasan mana, korang pergilah ke opis lama KRU. Hah kat kawasan belakang tu Ujang meniaga. Lebih tepat kat kedai TAYARIA, Jalan AU1A/4C.

Walaupun tak seberapa je gerai Ujang, tapi jangan terkejut kalau korang makan situ dan terserempak dengan artis dan juga VIP. Siapa? Tak payahlah Kjee promokan. Nanti ada yang tak suka.

7 comments:

  1. wahhh dekat sangat le dengan rumah saya di AU5 tu.. tks kak jee for the info.. esok nak gi terjah.. =)

    ReplyDelete
  2. laa kak jee..saya pun baru pergi ke situ..mmg sedap n murah.

    ReplyDelete
  3. kak jee...
    bawak kalkulator tak beli nasi lemak si Ujang tu?? hehehe...jenuh la pulak nak ngira kalori yekk...bedaaaalll jekkk. *Fasha Sandha ke yg selalu beli situ??kikikkkikikk...

    ReplyDelete
  4. k.gee hehehe mmg pot sy gak ni...jalan kaki je dr umah sayeee ;-)... mmg murah mmg sodaap..terbaikkk.. pasni k.gee try lak la nasi lemak kukus amIN..jln ke bwh sikit jee kat au 1a/2e pulak...pon bessst...

    ReplyDelete
  5. kak jee, thanks for sharing tempat2 jjcm di sekitar tempat kita ni. ni salah satu gerai yg mala belum discover hehehe

    ReplyDelete
  6. wahhh...nadia mkn lauk je...kenyang ke...

    ReplyDelete
  7. kak Jee, saya baru try tadi nasik lemak paru sambal...mak aii sedap tol paru sambal dia. nasik lemak paru ujang charge RM3.00 je. terkejut saya. saya bagitau dia saya tau tempat ni dari blog akak, dia kata ohh patutlah hari tu akak ya-ya suruh dia posing, rupanya nak masuk blog. dia terus minta nama blog kak Jee. thank you kak Jee atas promosi ni... -Sheila-

    ReplyDelete