Tuesday, June 21, 2011

OLE OLE DARI SARAWAK & ACUAN ROTI JALA





 Hari ini Kjee dapat ole2 dari seorang adik blogger dari Balingian, Sarawak. Dia bagi Kjee paste Laksa Sarawak, cabai jarum (sebutannya Jar-Ghum) yang buat telinga Kjee keluar asap nanti, gula2 lada hitam dan juga beg cute design Pua Kumbu.

Terima kasih banyak2. Malunya menyusahkan adik blogger dari Balingian ni. Kjee pernah bagitau dia yang cabai jarum Sarawak, pedas giler. Tak sangka dia hantar sampai empat peket cili ala2 cabai Melaka tu. Disamping itu, dia suruh Kjee buat Laksa Sarawak.Oh macam ini rupa paste laksa Sarawak!

Kat Kolumpo ni memang susah nak cari Laksa Sarawak yang ori. Tapi seperti biasa, Kjee sudah ronda2 dan jumpa satu gerai di kawasan flat section 1 Wangsa Maju, yang jual Laksa Sarawak dan Mi Kolok. Gerai milik sepasang suami isteri yang masih muda dan berasal dari Sarawak.

Kjee tak pernah try makan (hisap?) gula2 lada hitam. Dan hari ini dapatlah Kjee rasa. Ada rasa lada hitam tapi taklah pedas sangat. Dan beg cute yang dia bagi ni, Kjee nak simpan buat kenangan. Tak nak guna, sayang.

Terima kasih sekali lagi. Lain kali Kjee tak beranilah nak buka mulut kata apa yang Kjee suka kat Sarawak. Nanti tak sampai seminggu, ada jer abang Pos Laju bunyi horn depan rumah. Hehehe. Love you adik blogger. Dia tak bagi sebut nama. Dia kata cukuplah sekadar Kjee tunjuk gambar jer. Ok no hal.

Ole2 dari Sarawak Kjee dapat tengah hari tadi. Dan pukul 8.30 pagi tadi, Kjee dapat pulak barang yang Kjee order dari Penang. Sukanya. Inilah acuan roti jala yang Kjee ingin sangat nak beli. Kjee ada acuan plastik biasa yang Kjee guna sejak bertahun2 lalu.

Kjee teruja nak buat roti jala fesyen baru. Dulu masa meniaga, kalau hujung minggu saja sampai 15 kilo tepung Unclepali bancuh sebab ramai orang order. Sampai sekarang masih ada yang telefon, kecek2 Kjee supaya ambil order mereka tetapi maaflah. Kjee dah pencen.

Order terbesar roti jala yang Kjee terima ialah pada tahun...agaknya empat tahun lepas. Bos BERNAMA (ketika itu) yang menjadi pelanggan setia roti jala Kjee order untuk rumah terbuka di RTM. Dia orang order 7,000 keping tapi Kjee tolak. Unclepali hanya sanggup buat 5,000 keping bersama dua pembantu kami. Berjaga sepanjang malam sebab esoknya pukul 8am dia orang dah datang ambik.  Bayangkan kuahnya! Kjee rasa Kjee buat kira2 tiga flask besar (flask nasi lemak) kari daging!

Hmmm kenangan yang cukup manis.

Korang nak order acuan ni, carilah Mimi Azilina Abdul Rahman di Facebook. Dia pengedar acuan ni.

16 comments:

noorsafone said...

wah kakjee lepas ni boleh lah buat roti jala guna acuan baru ya...nanti masuk pic tau..

ani said...

as salam..kak jee, ani pun ada beli acuan ni dr orang sarawak juga...baru ja sampai.Beli dr Norehan Shariff.

ani said...

kak jee..dh search dlm FB...tak jumpa pun nama tu..

bersama kak Es said...

wah kak jie..
banyak tempahan!! 3 flask kari daging tu mau paah pinggang kalau tak biasa buat kan?

I've got 1 yang warna kuning tu acuan roti jala. tappi tak pandai la mengirai. Tak lawa hehe

ada tak resepi roti jala yang lembut tuuu.. bersemangat la pulak nak try :)

Kjee said...

ani: sori MIMI AZILINA ABDUL RAHMAN bukan azlina

Kjee said...

Kak Es: Masa tu zaman Kjee sihat lagi. Itulah bila sehat tak hengat dunia. padan muka skrg dah kondem. Hehehe
Tapi tak tau bila nak buat. kena tunggu habis buat skrip dulu ni.

ani said...

kak jee..terima kasih, nak search niiii.
nanti bila dah pakat2 buat..kita letak dlm blog yerrr(roti jala)....

Anonymous said...

kak Jee, kat KL ni banyak tempat jual tempat buat roti jala ni. kat Daiso The Curve, Daiso One Utama ada jual benda ni. RM5 je sebotol, ada macam2 size with same price.ada yg corong 3 macam akak punya ni dan ada yg corong 1 juga. corong 1 tu saya suka buat decor cheesy melt atau mayonis atas roti or roti canai. -Sheila-

Chik Mimi said...

Assalam kak jee tq so much tolong promote,

HaSue said...

Terasa2 lak ke tekak ni kepedasan cili tu..hehee..

pastu nak gak try resepi roti jala kjee tu...dasyatnya 15kg nak bancuh sekaligus..tp pasti berbaloi gak kan kak..biasa kat sana kuih jala ni org jual camne ye?

Kjee said...

Masa Kjee meniaga dulu, 5 keping RM2 siap dengan kari daging atau kuah serawa durian Sue. Tapi kalau kat restoren besar sepinggan sampai RM4 hingga RM5. Sekilo tepung boleh jadi +-80 keping.Nanti sehari dua lagi Kjee buat. pastu boleh upload resipi.

niey_muhaini said...

baru 2 hari lepas beli acuan roti jala 3 corong tu kt Daiso, aras 2 The Curve.. best guna, tak comot @ tertumpah.blh buat mcm2 warna plk tu..

Nieza said...

wah best tu dpt paste laksa tu...saya yg dok jauh ni lagi ler tak ada jual kak...nk mkn laksa sarawak tunggu blk msia nantila pi cari..hehehe hebatlah kak jee buat roti jala byk mcm tu.:)

Aziela said...

Laaa...tu roti jala Kak jee ke? 4 Thn lepas tu, Datuk SJ kan Kak Jee? Boss kita tu...tak sangka boss kita pelanggan setia Kak Jee juga...

Kjee said...

aziela: Hah itulah air tangan Kjee dan unclepali. Oh ya 4 tahun lepas. abang sahak dari Bernama yang datang amik masa tu. Dato SJ sekarang kat mana? Dialah Kjee punya pelanggan setia.

Aziela said...

Kak Jee, Dato SJ masih ada disini. Tapi now dia handle radio24 (93.9FM). Dato SJ memang tak mengira status...janji dia rasa sedap...dia mesti akan mengulang makan... and dia akan share dengan orang lain. Roti Jala tu saya ingat2 lupa, tapi rasanya dapat sikit jer sebab ramai orang rebut2 masa tu. Sedap, mestilah orang rebut...hehehhe.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...