Sunday, June 12, 2011

PERKAHWINAN ORANG MELAYU HANCUR PASAL SEKS?


ehsan google
Sejak akhir2nya tak habis2 media siar dan popularkan Kelab Taat Suami yang dikendalikan oleh Ikhwan Global. Boleh dikatakan akhbar The Star seringkali memaparkan kisah2 ini. Pada Kjee, isu ini amat memalukan orang Melayu dan orang Islam.

Walaupun ramai lelaki tak kira bangsa dan agama, melanggan pelacur dan juga ada perempuan simpanan, tetapi kenapa tiada kelab ditubuhkan oleh bangsa dan agama asing untuk menyuarakan isi hati mereka? Kenapa mesti orang Melayu juga yang bising2 mengenai perkara yang dianggap cukup sulit dalam hubungan suami isteri?
 Apakah tujuan kelab tersebut hanya mahu memberitahu semua orang bahawa rumahtangga bangsa Melayu yang beragama Islam, sebahagian besarnya hancur lebur kerana isteri tidak hebat di ranjang.

Ikhwan Global adalah serpihan bekas kumpulan AlArqam. Kjee tahu jugak kebanyakkan pengikut kumpulan ini mengahwini lebih daripada satu isteri. Tak tahulah Kjee samada mereka berkahwin itu untuk mencukupkan quota sepertimana dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Ataupun isteri2 mereka tidak 'hebat di ranjang' maka suami kahwin sampai empat!

Malam tadi Kjee surf The Star Online. Salah satu article Kjee baca ialah mengenai sebuah katil besar di ruang utama kelab itu. Katil besar itu melambangkan apa2 ke? Tanya wartwan akhbar itu. Atau apakah katil itu akan digunakan untuk sessi pembelajaran seks 'ala first class prostitute' yang bakal diadakan?

Sedih membaca apabila wanita profesyenal yang cerdik pandai mengendalikan kelab itu. Ada bekas jurutera, ada akauntan dan juga doktor. Kenapa dan mengapa tidak mereka pergi jauh daripada itu? Mata dan fikiran mereka hanya fokus kepada seks sahaja ke? 

Di luar rumah, lebih banyak berlaku gejala2 yang tidak sihat yang membabitkan anak Melayu. Cuba cari jalan atasi masalah sosial anak2 Melayu. Kenapa mereka mengamalkan seks bebas, hisap rokok, minum arak dan juga berjinak2 dengan dadah.

Ahli2 kelab Taat Suami, terdiri daripada golongan terpelajar. Mereka dabik dada kata belajar di luar negara. Tetapi apakah ilmu yang dipelajari di luar negara itu hanya boleh dimanfaatkan untuk ajar orang lain mengenai cara2 nak jadi 'first class prostitute' atau pelacur kelas pertama untuk suami?

Kjee rasa pihak berkuasa pening untuk mencari jalan bagaimana hendak 'mangawal nafsu' anak2 pelajar kita sehinggakan sanggup melakukan hubungan terlarang ketika di sekolah menengah rendah lagi. Jadi, kenapa golongan cerdik pandai especially dari Kelab Taat Suami tidak mahu bergabung memikirkan cara hendak bawak anak2 pelajar kita ke pangkal jalan.

Janganlah sempitkan sangat pemikiran anda wahai ahli Kelab Taat Suami. Mungkin awak terer sangat di ranjang sebab itu awak mahu kongsi 'kehebatan awak dengan orang lain'. Apakah cara itu sahaja yang boleh kekalkan suami di rumah.

Suami melencung bukan kerana seks sahaja. Ada 1001 sebab yang hanya suami sahaja yang tahu. Kalau tidak, takkan ada isteri yang kata :" Aku dah bagi layan seks first class. Malah, aku rasa lebih dasyat dari seorang pelacur. Aku dah masak bagi dia makan sedap2, jaga anak2 kami dengan baik, rumahtangga aku hias rapi. Tetapi dia cari jugak di luar!"

So, biarlah rahsia ranjang suami diselesaikan sendiri oleh pasangan masing2. Bukanlah Kelab Taat Suami tak boleh bercerita atau kongsi pengalaman mengenai seks. Tapi janganlah dijadikan ia isu besar. Buatlah ia secara kaunselling yang tertutup.

Bangsa lain kalau baca atau terdengar kisah2 ini dibesar2kan hingga dikomen oleh dua menteri wanita akan ketawa. Bodoh rupanya isteri Melayu, agaknya mereka akan kata.Itu pun tak pandai, sampai suami 'makan luar'.

Jadi jom pakat ramai2. Buatlah banyak2 kelab untuk menyelesaikan masalah gejala sosial anak2 remaja kita. Setiap taman perumahan harus ada kelab sendiri. Babitkan PIBG sekolah, pemimpin masyarakat dan pemimpin belia setempat. Kjee rasa cara ini lebih elok dan berkesan.


Setiap ahli kelab ini harus ada cara berhubung antara satu sama lain supaya kalau kita ternampak anak2 kita sudah mula nak terjebak dalam kegiatan tidak senonoh, kita boleh sampaikan secara sulit dan berkesan. Ayuhlah kita lakukan sebelum gejala sosial ini semakin serius.

Sebagai penutup kata, kalaulah nak tahu hebat ke tidak kita di ranjang, tak payah tanya orang atau nak belajar   dari orang lain. Suami sebenarnya adalah guru terbaik untuk mengajar. Dia pasti tahu selok belok dan apa yang boleh buat dia happy!

12 comments:

  1. setuju sgt2 ngan kjee...jgn biarkan emosi mguasai akal...apa yg pntg komunikasi 2 hala dgn suami ttg kehendaknya berkaitan segala benda lebih telus dan menutup keaiban diri d mata org....

    ReplyDelete
  2. setuju sgt2 ngan pendangan kjee...komunikasi 2 hala antara suami isteri itu lebih tlulus & telus....sekadar nak memberi pendapat/pandangan itu x salah, tp mgapa mesti adanya perumpamaan sebegitu?.....macam2 idealogi skrg nie!

    ReplyDelete
  3. kOMEH YG SGT BERNAS, MEMANG PATUT KENA SMASH NI. BANYK PERKARA YANG MAHA BERAT UNTUK DIFIKIR BERSAMA. BUKAN HANYA CERITA DALAM KELAMBU SAJA YANG NAK DIJAJA

    ReplyDelete
  4. Betul cakap kjee...suami adalah guru yg terbaik. Bila bangsa dan agama lain membaca artikel ni, dia org akan menyalahkan agama islam kita, seolah-olah ada banyak pantang-larang dan sekatan dalam islam pabila isteri diranjang bersama suami. Terlalu banyak adegan2 yg dilarang dlm islam, itu mungkin pandangan org yg bukan beragama islam terhadap kita.Macam yg kjee tulis,setiap ahli Kelab Taat Suami ni terdiri dari orang bijak-pandai,agak nya dia org ni dah terlebih pandai sampai kan aksi diranjang pun nak diajar. Soalan nya siapa yg akan menjadi model untuk aksi "Practicle" nanti? mereka sesama sendiri ke? atau upah pelacur utk melakukan? Bukan kah ini 'HARAM' dalam islam!Pada pendapat saya sesiapa yg terlibat dalam kelab ni adalah orang2 yang tergolong dlm orang yang 'BERPENYAKIT' dan 'SAKIT'.....

    ReplyDelete
  5. " Suami sebenarnya adalah guru terbaik untuk mengajar. Dia pasti tahu selok belok dan apa yang boleh buat dia happy! " betul STATEMENT kak jee ni. Hal dalam kelambu tak perlu di bincang cara terbuka. Memang memalukan kaum Melayu MUSLIM. Sudahlah kes Anwar dengan isu liwat nya memalukan kita ( walaupun tak pasti betul ke dia buat atau tak ) di tambah pula kes rogol dan buang anak merata .. semuanya menelanjangkan kelemahan dan kerosakan moral masyarakat Melayu je. Banyak isu lain yang perlu di highlightkan .. isu sex juga yang menjadi panas. Seolah-olah ini isu penting untuk kemajuan bangsa, agama dan negara. LUih ...

    ReplyDelete
  6. First n foremost dia org ni ahli isteri taat sampai nk tiru aksi pros 1st class..de kelas kelas la pulok pros ni ya dah jauh meyimpang dari ajarn islam kita iaitu wanita itu perhiasannya ialah sikap malu kerana malu itu adalah SEBAHAGIAN dari iman..kalau nenek moyang kita dengar pe yg dia orang buat ni mesti kena sumpah seranah sbb tak tahu malu nk ngajor benda kt bilik tido gan suami kat org lain..Adalah menjadi sat8u dosa menceritakan perihal bilik tidur bersama suami kepada orang lain tak kra pe tujuannya, ni nk mengajoe mesti la g tahu pe dia buat kt suami dia kan..astagfirullahalazim...sesat lagi tersesat sungguh ..kesian kesian...suzi fauzi

    ReplyDelete
  7. banyak perkara lain yg lebih penting patut dibuat dan ambil tindakan drp nak cerita hal dalam kelambu.sedih tengok bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  8. memang selalunya begitu.... itulah masalah orang kita sebenarnya... sebagai wartawan yang cukup berpengalaman jeragang rasa kjee sudah cukup faham dan cukup bahan bukti yang masalah kita adalah tidak berfokus kepada masalah sebenar atau masalah utama... kita suka beri tumpuankepada masalah yang sensasi... maka itulah sebab masalah akan terus tiada penyelesaian....
    apakah kita takut atau tidak cukup berani untuk mengata kebenaran??? jeragang rasa orang kita tidak suka memula perubahan.. banyak sangat kira bicara... patut jadi macam korea dan jepun apapung buat dulu dan improve sepanjang hayat....

    ReplyDelete
  9. Kenapa kaum bapa mendiamkan diri ye?

    ReplyDelete
  10. k.jee apa yg k.jee utara ada benarnya tapikan k.jee saya sdg mnghadapi ujian sptmana tajuk entri k.jee ni.suami cari seks kat luar sbb katanya saya tak hebat wpun mcm2 aksi saya dah lakukan(maaf agak kasar bhsa)akhirnya saya nekad buat spt yg dicdngkan oleh ustazah kelab Taat suami iaitu isteri kena jd pelacur utk layan suami.akhirnya suami saya hari2 lekat kat rumah dan asyik teringatkan saya bila dia bekerja.skrg saya masih berusaha mnjadi isteri yg taat dan brsabar wpun kdg2 rasa nak pecah dada bila teringat prbuatannya.Saya hanya ingat pesan seorg ustaz ,
    Mngkin ada ganjran utk saya
    yg Tuhan dah sediakan kelak.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. pokoknya dalam hal ini (komen paling akhir diatas), suami kena bagitau apa yang dia suka. kalau kita main taram jer, mungkin tidak menepati citarasa dia. kenalah duduk berbincang hal ni. itu yg kjee kata suami adalah guru terbaik. jangan tak seronok sikit cari laur. kat luar tu banyak risikonya. satu boleh kena penyakit, dua banyak duit dihabiskan dan yang paling utama kenapa harus cari dosa berzina sedangkan ada yang halal di rumah. lelaki yg ego dan pentingkan diri sendiri sahaja yang ada masalah macam ni.

    ReplyDelete
  12. betul tu kak jie.. komen yg last tu kat ruangan komen tu. selera lelaki tak semua sama. Lelaki yg macamana cari pelacur 1st class tu..

    1st class pun.. tahap apa ye bila dah pakat berkongsi benda tu. Tak tahu pulak tu ada sifilis ke tak .. adusss

    rasa nak muntah

    ReplyDelete