Tuesday, June 14, 2011

ROJAK TAHU, MI GORENG SEDAP DI PASAR MINGGU, KPG BARU

Rojak Tahu power!!!
 Apalah Kjee ni kan? Asyik promo gerai kat Pasar Minggu, Kampung Baru jer. Habis tu kita asal Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bangga weh jadi anak kampung Baru. Apa tidaknya, satu dunia tahu pasal Menara Berkembar Tertinggi di dunia. Kita orang Kpg Baru, celik mata jer dah nampak!
Nasi Goreng Hailam
Betul gua cakap lu. Ada orang Kampung Baru tu, tiap2 hari masa masak kat dapur, mata asyik nampak KLCC jer. Begitulah dekatnya orang Kpg Baru dengan fenomena dunia ni. Malah, kalau ke Pasar minggu, tiada landskap lain melainkan KLCC!

Oklah oleh kerana Kjee ni ni dilahirkan di Kampung Baru, maka sudah semestinya gerai2 di sekitar Kampung Baru (esp Pasar Minggu) jadi tumpuan. Maklumlah keluarga mak orang meniaga jadi mana dia orang ada masa nak siapkan sarapan untuk kami. Kami pun menapaklah cari gerai2 sekitar Kampung Baru untuk cari sarapan. Kalau dah dari kecik disajikan dengan makanan situ, itulah sahajalah yang terbaik, ikut tekak kami!

Hari ni Kjee nak tayang Rojak Tahu terbaik di Kampung Baru. Orang Utara panggil Pasembor tapi di KL, digelar rojak tahu. Rojak tahu gerai mana yang best? Kalau orang Kampung Baru mesti kenal Rojak Tahu dan Mi Goreng Sakman! Dulu gerai dia orang seberang jalan dari Mesjid Jamek Kpg Baru.
Mi Goreng
Nak ke gerainya kena langkah saluran paip besar. Pastu gerai dia betul2 sebelah langkong besar. Tapi longkang bersih. Tak ada bau. Maka, kami masa kecil punyalah nakal panggil Mi Longkang. Tak baikkan? Longkang biasanya dikaitkan dengan yang tak elok...macam mulut longkang. Oppss!

Sekarang Mi Sakman aka Mi Longkang sudah berpindah masuk dalam Pasar Minggu. Dah lama dah dia orang pindah. Kjee rasa masa Kjee start2 sahaja kerja, dia orang dah pindah. Kira2 tiga puluh tahun dah kot.

Gerai dia tak glamer. Kalau nak tahu di mana, korang masuk Pasar Minggu dari jalan masuk utama, terus sampai nampak satu gerai tukang jahit. Hah pastu korang pusing kanan. Tak sampai 10 meter sebelah pentas yang sekarang tak digunakan itulah gerai Mi Sakman. Ada dua jer gerai makan di kawasan dalam pasar Minggu. Satu iaitu kalau belok sebelah kiri, boleh jumpa Mi Jawa Suwarno.

Mi Sakman ni sekarang sudah diambil alih oleh anak lelakinya. Dia turut dibantu oleh adik dia. Makanan dia yang popular ialah Mi Goreng yang special. Ada sambal sotong yang dihiris nipis dan telor dadar. Dan of course Rojak Tahu kuah kacang yang femes sangat.

Menu Tampal kat dinding jer
Tadi Kjee order dua pinggan Rojak Tahu. Yalahkan kalau satu pinggan mana nak cukup makan bertiga. Best giler kan. Unclepali order nasi goreng. Kjee dan Nadia, makan  Mi goreng. Malangnya, buat kali pertama dalam sejarah Kjee makan kat situ, Mi Goreng hari ni kurang umphhh. Tak tahu kenapa. Kjee ingat tekak Kjee tak betul tapi sebaik sahaja Nadia suap satu sudu, wajahnya terus berubah. Mana silapnya tak tahu. Tapi kata Nadia mungkin kitaorang order dua pinggan sekali gus. Sebab itu tak sedap. Whatever.

Bagaimanapun, Kjee tak naklah condem Mi Goreng dia orang yang kami makan tadi sebab selama ini Mi Goreng dia memang sedap sangat2. Seorang kawan Kjee kata Mi Bandung dia pun sedap tapi Kjee tak pernah try.

Mereka masih menjual makanan dengan harga RM3.50. Banyak gerai di KL sudah naikan harga ke RM4 bagi sepinggan mi, sejak akhir2 ini. So tadi kami makan siap dengan air tiga gelas, lebih kurang RM17. Okaylah tu. kenyang sangat2.

Tapi Rojak Tahu mereka Kjee bagi 4 star. Ada tahu, cucur udang, timun, telor sebiji, salad dan juga paru goreng. Kuah kacang dia yang power. Cubalah try. Bukak dari pukul 5 petang hingga 12 malam setiap hari.

Tak kecur ke tengok camni?!!

5 comments:

Mas said...

perhh...memang tergoda nengok pepagi ni....

cik cek said...

Sedapnya rojak...lama dah tak makan rojak cam gini...

Kak jee pekabo...sihat sejahtera hendaknya...

lieynanilaz said...

memang kecur tengok ni kjee....:)

noorsafone said...

kakjee...terliur...sedap nampak rojak tahu tu...nanti pegi kg baru...boleh singgah...

quinnie said...

salam kakjee...saya dulu 2 thn duk kg baru...thn 96-98..kalau dulu org panggil bangunan terengganu ke apa..yg sebelah ngan asrama budak2 kejepun tuh...memang kalau turun je dari bangunan terus bleh nampak kedai makan...heheheh...duk area kg baru ni memang tak penah masak...nak makan beli je...kekekke...kat pasar minggu kg baru ni saya paling suka ada sorang pakcik ngan bini dia jual air mata kucing....dia kat belah2 dlm pasar ni....memang byk le nostalgia makan2 kat kg baru ni...sebut je kedai bleh tahu mana yg best n tak...waktu tula kan...tapi skang dah byk yg owner baru...dan saya pun dah bertahun tak pegi sebab dah tak duk kl. tapi ada satu kedai makan ni dia jual nasi campur...kami panggil kedai kak mah..dia suka pakai gelang tgn dengan byknye...hehhehe...tapi kedai dia dah tutup...tah thn bila saya pegi ingat nak makan kat kedai dia....kalau budak2 yg penah menyewa masa kat kg baru...mesti tengah hari gi kedai dia...dan lauk dia memang cepat habis...suka sgt makan kerabu perut dia....memang sampai sekarang kalau jumpa kengkawan lama kalau sebut pasal kedai kak mah ni memang masing2 tak leh lupa...tapi tu le...saya tak penah makan la plak rojak tu...sebab saya jarang membeli lauk pauk kat kedai area tu...k lah dah panjang le plak komennyer...hehhehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...