Monday, June 20, 2011

SAYUR CAMPUR CAMPUR


Kjee tak seronok betul bila ada yang kata..'ala anak saya tak suka makan sayur, buat macam manapun dia orang mesti tak makan!' Issyyy kalau ada orang cakap macam itu, Kjee langsung tak salahkan anak2 yang tak suka makan sayur. Salahkan pada ibu yang menyediakan makanan mereka.


Anak2 ni, sebenarnya, kalau kita sendiri tidak pupukkan rasa suka makan sayur, dia akan ikut sampai ke tua. Kjee tak pernah ada masalah ini dengan anak2 Kjee sebab Kjee hari2 masak sayur. Masa Nadia dan abang dia kecik dulu pun, Kjee ketika suapkan nasi, akan selang selikan sayur dengan ikan atau udang atau daging. Buat macam main game. Lepas satu suap daging, misalnya, next suap adalah sayur.

Apabila suka suka 'main game' macam itu, mereka sudah jadi biasa. Bila sudah jadi biasa, tak payah nak pujuk lagi makan sayur. Mereka sendiri pandai mintak. Nadia pernah makan bawang besar yang Kjee bubuh dalam nasi goreng sebab dia ingat sayur.

Wah bebel lebih Kjee pagi ni kan? Anak2 ni macam lah jugak painting/lukisan kita. Kita yang corak dia nak jadi apa. Kalau kita sendiri tak suka makan sayur, jangan cakap anak tak suka. Mana kita tahu sebab kita tak pernah buat kan?

Sayur penting dalam menu harian bukan sahaja anak2 tapi kita. Sayur banyak mengandungi vitamin. Dan menerusi sayur, kita mendapat banyak khasiat daripada bahan2 yang cukup murah.

Okay tak nak bebel. Kjee nak kongsi buat sayur campur atau Kjee kata sayur campur2. Campur saja semua sayur yang ada. Bukan sahaja meriah tapi pasti sedap.

Kjee buat sayur goreng ini secara stir fry atau goreng pantas2. Makan pun kena pantas2 masa panas2 sebab kalau sejuk kureng sedap.

BAHAN2:


kacang buncis
cauliflower
brocolli
carrot merah
cendawan (kalau jenis kering rendam sampai lembut dan hiris)udang/isi ayam/daging
4 ulas bawang putih
serbuk lada putih/sulah
minyak bijan
tepung jagung (1 sudu kecik campur dengan 1 sudu besar air)
chicken cube
kicap cair/kicap ikan/kicap sotong

CARA:

Buatlah pilihan sayur2an sendiri. Tetapi kalau boleh, semua sayur jenis yang keras. Ketuk bawang putih, buang kulitnya dan tumis. Masukkan ayam/udang/daging (kalau guna salah satu. kalau udang masuk setelah sayur semua empuk). Api biarlah besar. Kacau2 seketika dan masukkan sayur2 yang keras dulu misalnya carrot, cauliflower, brokoli dan buncis. Eh semua keraslah. Okaylah masukkan semua sekali, bubuh sedikit air kira2 satu senduk) dan masak hingga sayur empuk sedikit. Jangan terlalu lembik. Masukkan udang, cendawan dan chicken cube. Oleh kerana chicken cuba agak masin, jangan bubuh garam atau kicap cair dulu. Goreng pantas2 kemudian rasa. kalau kurang masin baru bubuh kicap cair dan lada sulah/white pepper. Sebelum padamkan api, curahkan tepung jagung. Ini untuk pekatkan sedikit kuahnya. Titiskan juga tiga atau empat titis minyak bijan. Siap.

8 comments:

  1. saya setuju kakjee bab anak makan sayur ni..pelik saya kalau anak tak suka sayur..saya pun masa suap kan makan, buat macam kakjee gak..
    kak jee tak pernah cerita pasal anak lelaki kak jee..kenapa..sori lah ya kalau buat kak jee marah

    ReplyDelete
  2. kak jee, anak saya (9 tahun)mmg jenis tak mahu makan sayur..dah macam2 usaha saya buat..bukan setelah baca artikel kak jee ni...sebelum ni pon dah bermacam2 trick..tak jalan jugak..kalau saya cincang sayur tu halus2 pon dia boleh tau..pastu dia akan muntahkan balik apa yang dia makan..padahal masa kecil2 dulu saya memang sayur adalah menu utama..tapi bila dah sekolah ni..terbalik plak..dah pening kepala saya pikir..dah bawak jumpa doktor jawapannya...kene paksa jugak..kalau paksa dia muntahkan balik..so kak jee ade strategi lain tak??? terima kasih..

    ReplyDelete
  3. susahlah macam ni. kalau dari kecik dia makan, maknanya adalah pengaruh tu. mungkin kawan2 sekolah dia yg tak makan sayur, cerita macam2 menyebabkan dia jadi takut. kjee tak tahu nak nasihat camner. mungkin kalau u ajak dia ke supermarket, suruh dia pilih sayur mana yg dia suka. pastu sampai rumah ajak dia sama2 masak. mungkin cara itu dia akan suka makan. tak kisahlah kalau anak lelaki pun. elok didik mereka ke dapur dari kecik. cubalah dengan satu jenis sayur dulu. insya allah.

    ReplyDelete
  4. hm..sedapnye sayur campur k.jee,terasa nak pi godek dlm petiais nak buat,walaupun dah mkn tghari.

    ReplyDelete
  5. tu la kak jee...pening kepala saya pikir macamana nak buat..anak saya (lelaki) ni kurus sgt..berbanding abang nye..vitamin dah bermacam2 jenis dah ambil..ckp apa yang brand yang sy tak cuba untuk bagi selera mkn,tapi tak jalan jugakkk...sedih sgttt..tanya jugak kenape tak nk mkn sayur..jawapan dia..eiiii tak sedap..nanti adik muntah...sy ckp la kalau tak makan sayur nanti adik cepat tua, tulang adik senang patah, mata cepat buta..macam2 la agar dia nak makan sayur..sy tak suruh dia makan semua sayur...cuba dulu sikit..tak jalan jugakk..dah cuba hias sayur tu buat bentuk bintang la apa2 je untuk tarik perhatian dia..hmm dia cuma ckp..wah cantik mama buat..itu jee...aduhhhhh...

    ReplyDelete
  6. saya dulu kene paksa makan sayur sampai nangis dengan makcik, xlame lepas insiden tue sy jadi mengemar sayur. mak selalu bising sbb sayur habis sebelum time makan heheh..xsah makan kalo xde sayur.mcm xlengakp jer..sekarang anak buah plak ada problem xsuka sayur..yg die boleh terima lobak jer..

    ReplyDelete
  7. Menyelerakan sayur campur Kak Jee ni. rangup & tidak layu seperti yang saya suka. Masa anak dara bongsu saya masih kecil pun makan sayur terpilih je. Bila dah besar, saya kata kena rajin makan sayur kalau tak kulit tak cantik dan berjerawat. tak sangka pulak berhasil...makan sayur le he..he..

    ReplyDelete
  8. sedapnya kjee...:D saya pohon copy ye..nk try buat butter prawn tu..

    ReplyDelete