Sunday, June 12, 2011

SIRAP BANDUNG AISKRIM SODA UNCLEPALI. TERBAEKK!!!!!



Kecurr ke tengok? Especially kalau minum ketika berbuka puasa tadi. Perghhh! Unclepali masih tererlah buat air. Masa Kjee meniaga dulu, teh tarik dan nescafe tarik dia terbaik dan mendapat pujian semua. Malah, ada yang 'ketagihan' dan setiap pagi mesti singgah dan minum di gerai kami sebelum pergi kerja.

Selain itu, jus Asam Boi Limau Kasturi dan juga Ice Blended Chocolate, Strawberry Mlik Shake, Capuccino, Latte dan juga Ice Blended Durian Belanda air tangan Unclepali sangat diminati ramai.Hah lupa lak, Ice White Coffee Unclepali boleh buat customer tegar Old Town White Coffee, menangis. Sedap giler babe!

Dan hari ini, Unclepali buat kejutan lagi dengan Sirap Bandung Aiskrim Soda yang enak banget. Kjee sendiri pun tak lulus buat sirap bandung ni. Kekadang buat jadi 'bergentel'.

Apabila dimintak resipi Sirap Bandung ini, Unclepali kata tak sampai 1 botol aiskrim soda, susu cair 1 tin dan sirap ikut suka. Masuk semua bahan2 tadi dalam jag bersama ais dan goncang sampai berbuih. Hah? Ya itulah cara Unclepali. Nanti tanya lebih2 kena marah. Hehehe.

Cuba adjust sendiri lah ye.



11 comments:

aeshcame said...

Pergggh kecur3..nmpak best nye...siap buih2 tu..

Cik Yut said...

Salam..

Alamaaaak...meleleh air liur saya!
Kat mana Unclepali nih??
Harus singgah ni

Cik Yut said...

hahaha...camno lah boleh baca tak abis..
saya kena singgah umah kak le kalu nak minum air nih! hahahha.. ^_^

Kak Sam said...

Tq kjee sebab tulis resepi nya sekali. Nampak sangat menggiurkan.

Kjee said...

hahaha Unclepali tu suami Kjee. Nama dia Pali. Dulu masa meniaga, budak2 sekolah Taman Melawati duk panggil dia Unclepali. Kekal nama dia sampai sekarang.

Along Maklong said...

rasa nak buat malam ni jugak.. hehe..
tapi semua orang dok layan AF.. takde sapa nak g beli air aiskrim soda..
tak pe.. besuk maklong cuba buat..

Anonymous said...

saya selalu buat tp tiap kali nak buat selalu confused ice cream soda dulu ke susu dulu? salah letak jadi berketul2 dan tak cantik? tips kak jee? zaliza

Kjee said...

unclepali kata dia bubuh sirap, soda dan susu pastu dia tarik macam orang buat teh tarik. bila dah sebati dan berbuih baru bubuh ais. agaknya rahsia masa ditarik tu kot. kalau tarik elok, tak jadi berketul2 atau bergentil.

Anonymous said...

owhhh ok nnt cuba. thanks -zaliza

bersama kak Es said...

mak aihhh..buat air je punnn nampak sangat sedap. Nak pula cuaca panas gini...mmg sgt meleleh la kak jee

nabila said...

air tak payah letak ke???

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...