Tuesday, June 28, 2011

ZAHRAH BUAH HATI JIMMY SHANLEY

Kepada mereka yang tidak tahu, sekarang Jimmy Shanley sudah menemui buah hati baru bernama Zahrah. Zahrah baru sahaja berusia empat hari. Zahrah dilahirkan Jumaat lalu. Kjee baru baca berita mengenai Zahrah dalam mStar sebentar tadi.

Daripada cerita yang Kjee copy paste dari mStar kat bawah ni, apakah isterinya Nursuhaila sudah menerima Jimmy kembali dalam hidupnya? Jika sudah, Kjee rasa ramai yang menitiskan airmata gembira. Kjee pun sebak sangat. Jom kita ramai2 doakan kebahagian Jimmy, Zahrah dan Nursuhaila.

Korang layan citer dibawah ni ehsan mStar.



Jimmy Shanley Mahu Zahrah Membesar Depan Mata

Jimmy dan isterinya, Suhaila.
PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.
Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.
“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.
“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.
Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).
“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.
“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.
Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.
“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”
Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.
Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”
Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.
Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

4 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

moga mereka dapat bersatu semula demi anak mereka itu..

Mas said...

alhamdudillah...hajat jimmy dimakbulkan Allah..
moga keadaan pulih kembali dan mereka beroleh kebahagiaan...
moga kehadiran zahrah menyatukan kebahagiaan berkekalan buat kedua2nya.....

ayu said...

moga anak yg lahir menjadi pengikat antara mereka demi anak yg baru dilahirkan ini..insyaallah

sharifah rosidah said...

kesian Jimmy, semuga dengan kelahiran ini ada sinar bahagia buat dia. kita hanya boleh mendoakan aje, selebih nya beserah lah kepada Allah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...