Saturday, November 26, 2011

KUIH DANGAI, KUIH TRADISI DARI UTARA

Gerai di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Ini dia acuan kuih dangai





Kuih Dangai...pernah dengar tak? Tak pernah? Mungkin sebab kuih ini jarang2 sekali boleh kita beli di Kolumpo. Tetapi kalau pergi Utara, pasti ramai pernah jumpa kuih dangai ini.




Baru hari ini Kjee tahu kuih dangai kuih Utara. Abang Ghaffar ni orang Melaka tetapi isterinya orang Kedah. Dia meniaga kuih dangai ni sorang diri di sebuah gerai Wangsa Melawati. Oleh kerana kuih ni kuih orang Utara, ia menjadi favorite Unclepali. Tapi Kjee pun suka biasa lah tu semua makanan sedap aku suka.

Kuih Dangai diperbuat dari tepung pulut, kelapa parut dan gula serta sedikit garam. Macam tulah sikit lebih kurang, kalau tak silap. Pepandai je aku bagi resipi sedangkan buat pun tak pernah! Kemudian dia guna acuan special. Dan dibakar atas api gas, tak payah masuk oven.

Rasanya, mestilah sedap. Lemak2 manis gitu. Itu jer. Oh ya nanti hari Isnin Kjee gi Alor Setar. Nak cari kuih dangai ori pulak.



4 comments:

ashamami said...

Yea betui tu Kak Jee kue dangai memang asai dari utara. Kalau Kak Jee mai kot belah sini...(UTARA) Kak Jee try la singgah makan kat Restoran Nelayan Terapung Hujung Batu kat area Butterworth. Dulu2 orang sini panggil area Bagan.

sharifah rosidah said...

Aku tak tahu pulak kueh ni asal dari utara sebab kat johor pun ada dan arwah meetua pun selalu buat, aku makan selama hari ini barulah aku tahu yang kueh ni berasal dari utara.

ieda79 said...

baru tau nama kuih dan asalnya... masa kecik2 selalu makan kuih dangai ni, selalu beli kat pekan sehari(maran)..sedap..tapi dah duk kat bkt brntg ni susah nak cari...

yaya zhara said...

Kedainye kt mn ek?mngidam....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...