Saturday, November 26, 2011

KUIH DANGAI, KUIH TRADISI DARI UTARA

Gerai di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Ini dia acuan kuih dangai





Kuih Dangai...pernah dengar tak? Tak pernah? Mungkin sebab kuih ini jarang2 sekali boleh kita beli di Kolumpo. Tetapi kalau pergi Utara, pasti ramai pernah jumpa kuih dangai ini.




Baru hari ini Kjee tahu kuih dangai kuih Utara. Abang Ghaffar ni orang Melaka tetapi isterinya orang Kedah. Dia meniaga kuih dangai ni sorang diri di sebuah gerai Wangsa Melawati. Oleh kerana kuih ni kuih orang Utara, ia menjadi favorite Unclepali. Tapi Kjee pun suka biasa lah tu semua makanan sedap aku suka.

Kuih Dangai diperbuat dari tepung pulut, kelapa parut dan gula serta sedikit garam. Macam tulah sikit lebih kurang, kalau tak silap. Pepandai je aku bagi resipi sedangkan buat pun tak pernah! Kemudian dia guna acuan special. Dan dibakar atas api gas, tak payah masuk oven.

Rasanya, mestilah sedap. Lemak2 manis gitu. Itu jer. Oh ya nanti hari Isnin Kjee gi Alor Setar. Nak cari kuih dangai ori pulak.



Related Posts:

  • DINNER AT PORTO ROMANO TAMAN TUN DR ISMAILJumaat lepas, Kjee dan keluarga diajak dinner di Porto Romano, sebuah restoran Itali di Taman Tun Dr Ismail. Undangan dari bos lama Kjee, Wan Nor Azmah. Sampai di restoran itu, Marina, anaknya Khalesya dan bibik sudah pu… Read More
  • BUKA PUASA DI RESTORAN 'WARUNG KAYU MANIS'Namanya warung tetapi Warung Kayu Manis ni sebenarnya sebuah restoran di Taman Melawati. Kjee tak pernah makan di restoran ni, tetapi Molly, tauke MJ Burger (yang berkongsi sebelah malam dengan restoran ini), beritahu Kjee, m… Read More
  • BERBUKA MENU WESTERN DI ARIMA CLASSIC Beef ala Classic Hah semalam kami gi makan makanan omputih airtangan orang Melayu! Hehehe. Ada pulak yang tanya Kjee, kenapa masa nak masuk bulan Ramadhan ari tu Kjee kata tak mau makan kat luar. Tapi sejak puasa dah dua… Read More
  • LAUK PAUK MINANG...TUNJUK HEHEHE Gulai tunjang Hari ni Kjee letih sangat. Banyak sangat kerja. Pastu cuaca tersangatlah terik. So bila panas, vitamin M meluap2. Ingatkan nak gi buka puasa kat luar tapi last minute ubah fikliran sebab kat luar panas. in… Read More
  • BUBUR NASI BEST DIMAKAN DI HARI PANAS!! Bubur Nasi di Maju Palace Korang rasa makan apa sedap2 di musim panas ni? Ya betul!!! Bubur nasi atau porridge atau congee. Dalam otak Kjee ni tengah berkira2 nak makan bubur nasi atau porridge atau congee ni. Nak buat s… Read More

4 comments:

  1. Yea betui tu Kak Jee kue dangai memang asai dari utara. Kalau Kak Jee mai kot belah sini...(UTARA) Kak Jee try la singgah makan kat Restoran Nelayan Terapung Hujung Batu kat area Butterworth. Dulu2 orang sini panggil area Bagan.

    ReplyDelete
  2. Aku tak tahu pulak kueh ni asal dari utara sebab kat johor pun ada dan arwah meetua pun selalu buat, aku makan selama hari ini barulah aku tahu yang kueh ni berasal dari utara.

    ReplyDelete
  3. baru tau nama kuih dan asalnya... masa kecik2 selalu makan kuih dangai ni, selalu beli kat pekan sehari(maran)..sedap..tapi dah duk kat bkt brntg ni susah nak cari...

    ReplyDelete