Tuesday, November 8, 2011

PUAN MAHZUN AHMAD, IBU TIRI BAGAIKAN 'MALAIKAT'





Korang ingat tak lagi entry Kjee pasal seorang ibu tiri yang cukup hebat.."seperti Malaikat' kata anak tirinya, Haslina Hassan. Hah inilah dia gambar Puan Mahzun Ahmad. Entry terdahulu, di sini.


Ramai yang mintak Kjee siarkan gambar makcik Mahzun ini. Dan hari itu (sebelum Hari Raya Haji) Kjee dah mesej Haslina supaya ambil gambar bonda kesayangan apabila pulang beraya di kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Bukan korang jer excited nak tengok wajah Makcik Mahzun, seorang ibu tiri lain daripada yang lain ini tetapi Kjee jugak sama, setelah puas menangis baca story Haslina.

Haslina tidak dapat Kjee hubungi untuk mengetahui cerita terbaru ketika dia balik ke kampung untuk Hari Raya Haji bersama bondanya tercinta. Tetapi gambar kedua yang Kjee tengok tu, lelaki sebelah tu diletakkan nama Chik Chin. Kjee rasa inilah anak yang dibela oleh makcik Mahzun bagai anaknya sendiri. Dukung ke sana kemari, melebihi anak kandungnya sebab Cik Chin mengidap Down Syndrome.

Dan bawah ini foto Haslina dan dua anaknya. Bertuahnya Haslina mendapat bonda seperti Makcik Mahzun. Kami semua berharap Haslina akan terus menjaga bondanya itu hingga ke akhir hayat. Insya Allah.




14 comments:

Rashidah Zainal said...

kak G sye pn dpt mak tiri yg sgt baik mcm mak sndiri..mser mula2 abah nk mikah lpas mak sye mnggal dunia mmg sye agak sceptical sket tkot mak tiri tuuh tk suka kami adek bradek tpi sbb tk de sape nk jga abah kt kg maka kami trpksa redo dgn prnikahan abah tpi alhmdullilah mak ade lah wanita yg sgt baik..melayan kami mcm anak sndiri..saya pn syg kt mak mcm mak sye sndiri..alhmdullilah...

Kjee said...

bukan semua mak tiri jahat. kerana nila setitik...rosak habis nama semua mak tiri yang ada.

liza said...

Alhamdulillah, bertuah Pn Haslina dapt mak tiri sebaik itu...

rahel said...

Betul tu..bukan semua mak tiri jahat...

sharifah rosidah said...

Makcik mahzun seorang ibu tiri yang baik sama seperti tok tiri yang bela emak aku sejak dari kecik, beruntung mak aku dan Puan Haslina kan.

chefamer said...
This comment has been removed by the author.
chefamer said...

Ya Allah...berikala Mak Cik Mahzun ini kesihatan, ketabahan, kekuatan, kebahagian & kejayaan, balaslah segala jasa baik & pengorbanannya dengan sebaik-baik balasan Ya Allah. Terima kasih Mak Cik Mahzun diatas segala apa yg telah Mak Cik lakukan & korbankan selama ini...Tahniah dari saya....Kak Gee, tolong sampaikan msg saya ini kepadanya ya..tq

ida said...

kasih seorg ibu hingga ke akhir hayat tp zaman skrg ni kdg2 kasih ibu tiri lg lebih dr kasih seorg ibu.
sy no komen tp biarlah masyarakat yg menilai sendiri.klu dulu bila dgr ibu tiri seme gerun tp skrg ibu tiri ibarat emak sendiri.dah tak ada lagi istilah dera2.asalkan anak dan ibu dpt menerima seadanya.
kak jee klu ada kelapangan silalah dtg ke majlis anak saya yer he..he..(anak segera ni kak jee)

Anonymous said...

mmg betul bkn semua mak tiri jahat tp saya rasa mak saya betul2 wanita hebat..mungkin ada mak tiri di luar sana yg baik setanding mak saya tp x mungkin ramai yg ada anak tiri down sindrom mcm mak saya..sedangkan ada juga mak kandung yg malu nak mengaku ada ank down sindrom,mungkin juga ada yg x boleh terima ada anak yg cacat,tp mak saya walaupun hanya seorg mak tiri,tetap menjaga saya adik beradik dgn penuh kasih sayang...bila tgk gambar mak ni,saya nampak mak makin dimamah usia,saya sgt2 takut kalu apa2 terjadi kat mak...terima kasih kpd pembaca blog ni yg sentiasa mendoakan mak saya...(haslina hassan)

mama ila said...

memang betul bukan semua mak tiri tu jahat,mungkin segelintir masayrakat kita berangapan yang namanya mak tiri tu semua jahat,sampaikan anak yng kecil yang tak tau apa-apa pun boeh berfikir macam tu.saya berumur 28 thn saya juga ada mak tiri,saya di besarkan dgn berkongsi kasih bersama ibu dan mak tiri dan sekarang ibu dah tiada mak tiri la yng ambik alih tempat ibu,dan saya terima dgn seadanya takdir hidup saya,saya anggap dia seperti ibu saya sendiri dan kini kami menjadi keluarga yng besar setiap hari raya kami semua berkumpul dan kami hidup bahagia.Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan tuhan kita hanya merancang tuhan yng menentukan,kini saya juga seorang ibu tiri,saya bertemu dgn duda beranak dua,saya berkahwin dlm usia yng muda 20thn dan terus mendapat ank seorang perempun berusia 7thn dan seorang lelaki 4thn automatik mereka adalah amanah dan tanggungjawab yng diberikan utk saya,hampir 8 thn saya berkahwin tapi masih belum dapat zuriat,walau pun mereka bkn lahir dari rahim saya saya tetap menyayangi mereka seperti nyawa saya sendiri mereka la penghibur hati saya,saya akan kesunyian sekiranya mereka tiada,kini mereka sudah pun menjadi ank remaja ternyata dugaan yng dtg lagi hebat setelah mereka meningkat remaja,mungkin cabaran ibu tiri kepada ank-ank yng kematian ibu dan ibu tiri kepada ank-ank yng datang nya dari penceraian ibu bapa berbeza,kerana ank-ank yng datangnya dari kerluarga bermasalah penceraian ini tiada kesudahan nya sekiranya ibu nya sendiri tidak memainkan perananan dan meletakkan semua kesalahan kepada si ayah dan si ibu tiri..walaupun penceraian itu bkn berpunca dari si ibu tiri,mereka ank yng baik tapi dengan hasutan pemikiran mereka juga boleh berubah tambahan ank gadis remaja skrg yng inginkan kebebasan,mereka akan ambil kesempatan untk menyalahkan si ibu tiri yng menjaga dan membesarkan mereka,dengan alasan si ibu tiri tak paham dengan apa yng di inginkan,ibu tiri juga seorang manusia yng mempunyai hati dan perasaan mana mungkin nak membiarkan ank gadisnya bergaul bebas walaupun ank itu bkn lahir dri rahim nya..yng si ibu pulak mengambil kesempatan untk menunding jari menyalahkan si ayah dan si ibu tiri sedangkan dia sendiri x pernah nak ambik tau apa masalah ank-ank sebelum ni,sepatutnya si ibu ini berterima kasih kepada si ibu tiri ini kerana dah menjaga dan membesarkan anknya dgn baik,tapi si ibu ni x pernah bersyukur malahan si ibu ni tetap nak memburukkan keadaan dgn cara memburuk-burukkan ayah dan si ibu tiri dgn itu pemikiran ank-ank menjadi keliru dan berpunca lah segala masalah kerana ank itu sendiri akan mengambil kesempatan menyalahkan ibu atau bapa yng tak mau memahami apa kehendaknya..itu lah yng terjadi dlm diri saya,hanya org-org yng tau dan nampak je boleh menilai apa yng saya lakukan,dan saya harap masyarakat di luar sana jgn la menunding jari kepada si ibu tiri dan melebelkan si ibu tiri ni semuanya jahat...berat mata memandang berat lagi bahu yng memikul...saya redho dgn ketentuannya kerana apa yng saya lakukan hanya utk allah kerana saya x pernah berharap apa-apa balasan dari mereka biar allah yng membalas segalanya semoga allah memberi kesabaran dan kekuatan di hati agar dapat saya tempuhi semua dugaan ini dan saya berdoa agar tuhan dapat mengembalikan kebahgian di hati saya kerana kini hati saya sedih dan hancur dgn perbuatan nya semoga allah melembutkan hatinya dan mengubahnya menjadi ank yng baik seperti dulu....

mama ila said...

alhamdulillah dpt mak tiri yng baik

Anonymous said...

sy pun ada mak tiri jgk..tp tu la nak ckp kang takut ada yg bangkang sy balik mcm pengurus kolej,cikgu2 dan kwn2 sy semua puji mak tiri sy tu baik..x tau la nak ckp apa :(

Anonymous said...

Mama ila,i suka ure comments nasib i lebih kurang serupa mcm u. My hubby bercerai hidup & ada 2 anak girl i jaga mereka dari 5tahun hingga nw dah usia 18tahun mcm anak sendiri,seperti biasa mcm ibu2 lain mempunyai tanggungjawab,mendidik,menegur,menasihatkan,memandikan,mencebokkan najis,menyiapkan diri,siapkan/suapkan makan & lain2 lagilah...sebagai ibu walaupun saya tidak melahirkan mereka,bila kami keluar jln2 terjumpa rakan ataupun saudara mara pasti mereka akan bertanya "ni anak2 awak" saya selalu menjawab "ya ini anak2 saya" saya tidak pernah ckp atau kenalkan sebagai "ni anak2 tiri saya" dihadapan mereka(walhal kekawan/saudara tahu itu anak tiri saya)saya didik mereka dari huruf abc hingga bab didik agama tapi bila anak meningkat remaja cabarannya mmglah terhebat,mereka makin tidak hormat pada saya & suka mencari kesalahan saya walaupun sekecil kuman & mereka menuduh saya tidak pernah hendak memahami perasaan mereka (adalah byk kes yg saya rasa tak perlu diceritakan) saya kasi 2 example,(kes1) Saya yg bersusah payah menghantar anak2 kesekolah & buat pendaftaran sekolah anak2 atas nama saya,pada suatu hari sya dpt panggilan & juga surat bukan atas nama saya tapi nama ibu mereka tapi alamat rumah saya,saya sungguh kecewa.(kes 2)Saya ada menyuruh mereka membantu saya buat kerja rumah hingga mereka pernah menyatakan pada saya kerja2 rumah ni mereka tidak seharusnya buat tapi saya sebagai ibu harus buat semuanya & mereka pernah berkata pada saya apa saya buat kat rumah hingga nak suruh2 mereka buat kerja2 rumah.I sungguh sedih skali hati i berkecai halus.I told them if u all tak bantu i who else nak bantu i,nak beritahu hubby serba salah dibuatnya,If i told hubby nanti mereka salahkan hubby & ugut nak lari rumah jika dengar ckp i padahal i tak pernah ada berniat jahat atau complaint pun pada hubby,they alwys had mis-intrepediction & misjudge of me, kerna kasihan hubby & tak mau hubby susah hati nak memihak sesiapapun so i jus tolerate wif the flows. Kerana takut kehilangan anak,keadaan skrg mmg tidak memihak pada saya kerna skrg nak menegur anak2 dah takleh nanti hubby akan memarahi saya dihadapan anak2 so sehinggalah i dah hilang kesabaran wif my hubby kerna menjatuhkan maruah saya sebagai ibu,If nak berbincang fasal anak2 kami berdua pasti tidak bersependapat dan bertelingkah.Nw keadaan skrg semua buat hal sendiri, i dah penat mengalah & dah penat nak mengaku salah padahal walaupun i takde buat salah so nw hubungan i & suami dah tak erat lagi & kami dah tidur berasingan.

Anonymous said...

Hello mу family mеmber! I ωant to sау that this
aгtiсle is аwesоme, gгеat written аnd includе аlmοѕt all vitаl infоs.
I'd like to look more posts like this .

Also visit my site :: Simply how much is certainly one week within thailand gonna expense?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...