Monday, June 11, 2012

BERJAYA BUAT BUTTER PRAWNS YANG ENAK BANGET!




I made it! Semalam Kjee berjaya dera Unclepali dan Nadia take over kerja memasak. Dan hasilnya semalam? Yezza... Butter Prawns, Mihun Putih dan Apam Indon! By the time habis memasak, kedua2nya dah macam nak pengsan.

Tapi nasib kurang baik, tak boleh nak lepak lepas masak dan makan sebab ada appointment pulak kena keluar jumpa abang Kjee, Ahmad Fauzee. Kenapa jumpa abang Fauzee nanti Kjee cerita yer.







Wow Butter Prawns...satu menu yang kami bertiga suka sangat order apabila pergi makan Chinese Food. Tapi selalunya, kena bayar antara RM20 hingga RM40 sepinggan, ikut saiz udang atau jenis restoran! Dan biasanya udang yang diberikan antara 6 hingga 10 ekor sahaja!

Dan semalam, Unclepali buat dalam 800 gms dari udang berbaki 2 kilo yang kami beli di pasar Tanjung Karang the other day dengan harga RM18.50 sekilo sahaja!! Bukan sahaja dapat diratah masa lunch tapi jugak untuk dinner. Sambil tonton Mentor 6, ratah Butter Prawns.

Terima kasih Shiela pemilik Spice Journey yang tayang Butter Prawns hari tu. Kjee selak2 resipinya. Hmmm tak banyak modal. Kalau tak jadi pun tak apa. 

TETAPI jeng jeng jeng,,,,inilah hasilnya!!



Anyway, buat pertama kali memang ada sedikit cacat celanya. Kalau Kjee buat kali kedua, tang floss telor, Kjee akan tambah sedikit susu manis. Kalau yang tak gemar rasa manis, bolehlah bubuh sedikit garam dan jugak pak aji pada telor sebelum dijadikan floss. 

Dan mungkin jugak untuk kali kedua, Kjee akan guna telor putih dan kuningnya sekali berbanding dengan resipi asal Sheila yang hanya guna egg yolk atau kuning telor. Sebabnya? Well, texture floss yang guna kuning telor agak keras. Kalau dicampurkan sekali dengan putih telor, ia akan jadi a little bit ranggup. 

Entahlah. Mungkin Kjee silap. Nanti Kjee experiment lain kali. But kemungkinan besar dalam experiment tersebut akan Kjee gunakan ketam sebagai bahan asas. So bolehlah dinamakan Butter Crabs. Hehehe pasti enak banget.

Malam tadi, Liza 'anak tiri' Kjee, call. Oppps bukan anak tiri betul. Kjee muda lagi. Unclepali pulak bujang masa Kjee kahwin dengan dia, so no anak tiri. Liza ni kata Kjee mak tiri dia sebab suka sangat pot pet pot kat dia. Hehehe. Liza excited apabila Kjee kata Kjee masak Butter Prawns. Kjee kata lepas subuh nak upload resipi. Kjee pasti sebelum subuh dia dah tunggu. Kahkahkah.

Kalau korang nak resipi asal Shiela, sila klik sini .

Dan kalau nak tahu cara dan bahan2 yang Kjee gunakan, seperti dibawah.



BAHAN2NYA

800gms udang
5 biji telor (kuning sahaja)
10 biji cili padi (dipotong kecik2)
4 ulas bawang putih (dicincang) 
2 tangkai daun kari
½ tin susu cair (evaporated milk)
garam
lada sulah (ajishio pepper)
butter
minyak

CARANYA:

Udang dibersihkan dan diguntingkan muncungnya. Diperap dengan garam dan lada sulah. Kjee guna Ajishio Blackpepper.

Asingkan kuning telor mangkuk. Pukul manja2 gitu.

Bubuh kira-kira 1 cawan minyak masak dan 1 sudu butter ke dalam kuali dan panaskan. Apabila panas, ambil senduk dan dikacau minyak tersebut ikut pusingan jam tanpa henti. Hati2 jangan minyak terpercik ke   
tangan.

Kemudian dengan hati2, tangan kiri tuang kuning telor ke dalam minyak panas tadi dan terus dikacau dalam arah pusingan jam tanpa  henti. Guna api sederhana. Apabila floss jadi golden, tapis keatas kitchen towels (tisu dapur). Tepikan.

Panaskan balik minyak tadi. Kjee tambah kira2 dua sudu lagi butter ke dalam minyak tadi dan goreng 
udang pulak. Udang hanya perlu digoreng separuh masak. Lepas goreng toskan udang. Tepikan.

Keluarkan atau ambil kira-kira 2 sudu minyak gorengan udang tadi dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian masukkan ½ tin susu cair. Biarkan ia mendidih sedikit, kemudian masukkan udang. Gaul rata.

Cukupkan rasanya. Hati2 meletak garam sebab udang sudah diperap dengan garam sebelum goreng.  Masak kira-kira 3 minit atau dah puas hati udang dan sos sudah sekata, padamkan api.

Hidang dalam pinggan dan taburkan floss telor. Sedap dimakan panas.



Kjee tak beranilah nak kata apa yang Kjee buat semalam 100% menjadi. Mungkin 90 peratus jer sebab Kjee masih tak puas hati dengan floss telor tu. 

Tetapi memandangkan kali pertama buat boleh jadi sedap macam itu, maknanya dah pass lah kan? Terima kasih Shiela, share resipi yang dah lama Kjee nak try buat dan dah ramai yang tanya Kjee samada tahu buat.

Kami ratah Butter Prawns bersama Mihun Putih atau orang kata macam mihun Singapura. Resipi tengok sini. Malas nak makan nasi semalam.


7 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Perghhh Kak Jee... sebijik mcm kat kedai!

Puan Fifiey said...

bestnya menu kak jee ni.. tapi saya takleh makan seafood. Allergi...kesian kat saya kan..melelh tgk org mkn..

adda syuhada said...

ehhh suka tgk dia punya juraian telur tu...dh mcm kt kedai dh...setengah kedai tu lgi elok rupa juraian telur kak jee lgi...adda wat susah betul nk dpt cmtu..

NuR IzZaTi said...

wahh...nmpak sedap!! nak try la nnti ^__^

Anonymous said...

Kak Jee...nak berkongsi tips. Kebanyakkan Chinese Chefs bila buat butter prawn tidak gunakan butter. Untuk dapatkan egg floss yang halus dan cantik mereka gunakan Planta margerine. Dan juga di letakkan juga minyak supaya supaya hasilnya lagi memberangsangkan :)

mademoiselle ten said...

Resipi yg betul mmg tak guna putih telur kalau guna juga lmbt garing dan a bit lumpy ... tak cantik dan sedap.... Egg yolks sahaja akan buat floss tu lebih halus dan crunchy

Anonymous said...

kak jee..saya pernah try resepi dari kak nor secubitgaram.cara yg sama,tapi pakai acuan roti jala.telur tu jadi cantik je halus2..sambil tuang telur tu,sy kacau guna garfu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...