Monday, June 11, 2012

BIOGRAFI COFFEE TABLE BOOK SALOMA KARYA AHMAD FAUZEE SAMAD








Inilah karya penulisan buku pertama Ahmad Fauzee






SETELAH 17 bulan akhirnya, sebuah buku atau lebih tepat lagi Biografi 'Table Book' Saloma, akan mencecah pasaran tidak lama lagi. Buku yang dihasilkan oleh Ahmad Fauzee Samad itu akan mencipta sejarah seni negara apabila menjadi buku paling tebal dan terbesar yang pernah dihasilkan mengenai seorang anak seni negara!

Buku yang mengandungi 520 muka surat, lebih 1,200 keping gambar warna dan hitam putih berukuran 33cm x 25cm dengan beratnya kira-kira 2½ kilogram, hanya akan dijual secara online dengan harga RM289. Pos ditanggung pembeli.

Semalam Kjee berjumpa dengan penyanyi, pelakon, pengarah, penulis skrip yang kini bergelar pulak penulis buku iaitu Ahmad Fauzee Samad yang juga abang Kjee. Sejak tahun lepas lagi Kjee sudah ikuti perkembangan buku ini. Dan akhirnya, setelah 17 bulan, ia akan dilancarkan pada 23 June ini di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

Menurut abang Fauzee, buku ini dihasilkan dengan harapan generasi akan datang akan dapat mengikuti sejarah hidup Allahyarhaman Saloma dari tahun kelahirannya 1935 hingga ke tahun 1959.

"Selepas itu, abang akan buat volume kedua, Insya Allah. Harap2 buku pertama ini mendapat sambutan baik. Abang menaruh harapan tinggi agar buku ini dapat disenaraikan antara buku2 didalam perpustakaan2 baik sekolah, universiti, jabatan2 Kerajaan dan sebagai," kata abang Fauzee.

Dan jika keadaan mengizinkan, beliau akan turut menghasilkan buku yang sama dalam versi Bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Ini adalah pertama kali sebuah buku berbentuk biografi coffee table book tempatan mengenai artis tanahair, dihasilkan. Untuk pengetahuan korang,  buku coffee table ini mempunyai hard cover (kulit buku keras). Dan oleh kerana ianya tebal dan berat, ia terpaksa dibaca sambil diletakkan atas meja atau coffee table.

Pelancaran buku ini akan dibuat di Saloma Bistro pada 23 Jun, 2012 jam 8 malam. Selain acara kemuncak diakhir majlis, akan diadakan persembahan2 menarik seperti makan malam, persembahan nyanyian lagu2 Saloma oleh artis2 terkenal selama ½ jam serta pertunjukan fesyen pakaian yang sering dipakai oleh Saloma ciptaan pereka2 fesyen terkenal.

Hanya 300 orang sahaja termasuk seniman dan seniwati terkenal era Saloma, akan hadir malam itu. Jemputan VVIP ialah kakak Allahyarham, Seniwati Mariani dan keluarganya. Sebahagian daripada jualan tiket malam itu akan diserahkan kepada Yayasan Saloma. Mereka yang bernaung dibawah Yayasan ini ialah 7 anak2 yatim atau lebih tepat lagi 7 cucu2 Saloma dari anak tunggalnya, arwah Armali Tompel. 

Mereka yang ingin hadir bolehlah membeli tiket berharga RM298 seorang. Tiket itu akan melayakkan mereka untuk mendapat buku Biografi Coffee Table Book ini secara percuma! Selain itu, akan disertakan satu CD special yang diberi nama Saloma Sings. CD itu memuatkan 10 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh Puan Sri Saloma. Abang Fauzee telah bersedia menandatangani otograf di buku tersebut malam itu.

"Buku ini akan mula dijual secara online, Insya Allah hujung bulan ini. Setiap buku yang dipesan, akan mendapat buku yang ditandatangan secara personal," tambah abang Fauzee.

Kalau ada sesiapa ingin menempah buku ini, mereka buat berbuat demikian menerusi blog Kjee ni. Segala bahan penulisan, pencarian gambar2, suntingan dan design dibuat sendiri oleh Ahmad Fauzee!

Kjee, Unclepali dan Nadia akan hadir malam itu. Sesiapa yang nak join, boleh tempah tiket persaorangan atau membeli meja, melalui Kjee @ 0126780501.

Flyers majlis pelancaran

Aturcara yang dijanjikan

CD lagu2 Saloma akan mengiringi setiap pembelian buku di hari pelancaran




Senarai lagu2 yang dimuatkan









17 comments:

  1. salam kak jee. Dedulu saya minat sangat ngan Ahmad Fauzee ni. Ingat lagi cerita dia mencari pramugari nama Zaty. Rupanya orang Brunei. Dia kawen ngan Zaty tu kan?

    -wan-

    ReplyDelete
  2. laaaa...Ahmad Fauzee tu abg Kak Jee rupanya...saya suka tengok lakonan dan nyanyian dia...paling suka filem kolej 56 tu....

    ReplyDelete
  3. OOOOoooooooooooooooooOOOoooooohhhhh Ahmad Fauzee tu abg Kak Jee rupanyaaaaaa...ish ishhhhhh baru tau! kita minat dia dulu masa kekecik. OOOooooooooo tak sangka sungguh... kita meeeeeeeemangggggg minattttt sangattttt kat Saloma!!!

    ReplyDelete
  4. Salam kakJee,
    Buku ini meliputi kerjaya arwah Saloma sehingga 1959 aje? Apa yang saya ingat2, ditahun 70'an arwah masih lagi aktif dipentas dan diRTM. Kita masa tu, di primary school, suka sangat hiburan malam minggu... suka sangat lah! Masa tu pakaian semua ada bling2, make-up bahagian mata juga ada bling2, best years of my life. Senang2 nanti kakJee tolong cerita sikit2 tang abang Fauzee yer? Minaaaattt. thank you.

    Fidelia

    ReplyDelete
  5. Kalau abg fauzee buat buku tu sampai ke akhir hayat arwah saloma, rasanya 1,000 pages pun tak vukup. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Saya ingin membeli buku Saloma ini. Bagaimana dan dimana hendak saya membuat tempahan?

    ReplyDelete
  7. Wkumsalam. Boleh sms kjee di 0126780501.

    ReplyDelete
  8. askum kak jee....

    Tahniah untuk abag fauzee kerana telah berjaya merealisasikan impiannya dalam penulisan buku yang begitu menarik dari segi susuanan dan tulisannya.Ternyata abg fauzee seorang yg begitu tekun dan gigih dalam usahanya yang akhirnya menbuahkan hasil yg begitu membanggakan kita semua.Diharap abg fauzee akan lebih berjaya dan semoga segala impian beliau akan terlaksana InsyaAllah.

    Kekanda ayu....As

    ReplyDelete
  9. Buku ni dpt jgk tak cd lagu2 saloma...

    ReplyDelete
  10. Masa pelancaran hari tu je dapat free CD tu.

    ReplyDelete
  11. Kak Jee, kalau order buku ni, boleh tak diberi peluang untuk memiliki cd tu?

    ReplyDelete
  12. Diimana boleh saya membeli buku ini?

    ReplyDelete
  13. aduhai saya pun baru tahu ni, fauzi tu abang kjee, saya minat sangat2 lagu dia tu...seakan suara P.Ramli, dia tak menyanyi lagi ke, rakam lagu..??? teringat pula kisah dia dengan bekas isterinya Habibah..

    ReplyDelete
  14. Do you know where I can get a copy of Kolej 56. A friend of mine was in the movie (as an extra), and I wanted to find a copy for them. Thank you.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ,, saya minat sangt dgn lakonan abg Ahmad Fuazee.. saye baru tau dya abg kak Jee rupanya.. haha good job (Y) sye minat gk saloma.. hehe :)

    ReplyDelete