Saturday, June 2, 2012

KASTAD TELOR GULA MELAKA






Ada orang panggil Karamel Telor. Ada yang panggil Egg Custard. Apun nama diberi, ia tetap dessert yang digemari ramai termasuk mokcik ni.







Kjee dapat sukatan ni puluhan tahun lalu, ehsan bekas kakak ipar. Resipi dia 1 tin kecik susu manis, 1 tin air, 6 biji telor, 1 sudu kecik esen vanilla dan gula hangus secukupnya. Kjee tak pernah lupa resipi pemberian beliau dulu. 

Tapi kerana tak suka gula hangus yang pahit, Kjee gantikan dengan sirap gula Melaka.

Masa meniaga dulu, ada orang pernah order 900 biji (dalam bekas dadih kecik) untuk majlis perkahwinan anaknya. Dia buat sudut teh tarik di laman banglonya ketika majlis perkahwinan anaknya. Dan antara dessertnya ialah Kastad Telor Gula Melaka Kjee. 



Kjee dah tak ingat berapa ratus biji telor Kjee guna untuk order itu. Tapi yang mengerjakannya, kami tiga beranak sebab maid Kjee cuti bersalin.

Masa tu rasa mual, rasak nak uweekkk dan hampir2 bertobat tak nak lagi tengok kastad karamel lagi. Bayangkan, kami siapkan 900 biji itu dalam masa 2 hari. Penuh peti ais di gerai Kjee di Medan Selera Anjung Melawati dan di rumah!!

Respon yang Kjee terima dari tuan rumah: "Kak Sal nampak ada yang siap masuk beg tangan. Sedap sangat sampai ada yang bawak balik rumah." kata emak pengantin kepada Kjee.

Anyway, tips utama buat Kastad telor ini ialah suhu api yang digunakan untuk mengkukus. Kalau api terlalu besar, ia akan kembang dan hasilnya bersarang. Hari ini Kjee cuba kontrol api tapi asyik jawab sms di fon, tak perasan api besar dan Kastad Kjee tak berapa halus.

Satu lagi, Kjee tak guna gula hangus tapi gula Melaka yang telah dimasak hingga jadi sirap yang agak pekat. Kjee tak suka gula hangus sebab pahit.

Untuk resipi hari ini, Kjee guna bahan2 dibawah.



6 biji telor gred A
½ tin susu pekat manis (separuh dari tin 515gms)
1½ cawan air
1 sudu kecik esen vanila
pewarna kuning (Kjee guna egg yellow)
1 ketul gula Melaka (dimasak dengan 2 cawan air hingga agak pekat)
periuk kukus
bekas

CARA

1.   Masak gula Melaka hingga menjadi sirap pekat. Sejukkan.
2.   Sediakan periuk kukusan dan didihkan air hingga melegak. Kemudian guna api paling kecik.
3.   Pecah telor dalam bekas stainless steel atau besin plastik. Masukkan ½ tin susu pekat manis.
4.   Kacau perlahan2 guna sudu hingga sebati. Masukkan air dan kacau lagi. Jangan pukul nanti telor
      kembang.
5.   Masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning. Kacau hingga sebati perlahan2.
6.   Tapis bancuhan ke dalam jag agar senang untuk dituang ke dalam bekas.
7.   Tuang ke dalam bekas dan biarkan kira-kira 10 minit atau sehingga buih pada bancuhan hilang.
8.   Susun dalam periuk kukus selama 15 minit atau kastad telor tu dah keras. Api harus sederhana.
9.   Hidang sejuk.

Kjee curahkan sedikit gula Melaka di permukaan kastad semasa hendak menghidang. Kalau hendak buat cara konvensional, bubuh kira-kira satu sudu sirap gula Melaka di dalam bekas dan tuang perlahan2 bancuhan kastad. Kemudian baru kukus.



13 comments:

  1. Salam perkenalan kakgee tiap tiap hari mesti baca blog k gee..peminat setia tau:-)) sedap nya tengok kastard nie x sabar nak cuba.

    ReplyDelete
  2. Salam perknalan kjee..sy survey kalau2 ada resipi kailan ikan masin.tp x ada.bleh ajar x mcmna nak buat?sy dah try bnyak kali tp x mnjadi.mungkin slap beli ikan atau jenis kailan.dharap kjee dpt berkongsi resipi dgn sy...

    ReplyDelete
  3. Salam, Kak Jee.

    Masih saya ingat lagi inilah resepi yang mula2 saya belajar buat karemel telur ni, (lebih 10 tahun dulu) tapi sy belajar 5 telur gred A, sukatan yg lain memang sama, masa tu susu tin kecil ada lagi, sekarang semua dah tin tinggi tukan. Tapi kaedah guna gula melaka ni saya baru belajar dari Kak Jee, aiiii.. dah terasa-rasa kat tekak ni.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. Kak Jee, sedapnya...kecur air liur dah nih

    ReplyDelete
  5. huhu..kak jee miss bahan ler kat cara cara tu..mau org yg baru nk buat tak menjadi karamel dia..:D

    ReplyDelete
  6. Salam k.jee...sy rase tertarik dengan resepi akak ni..sy nk tumpng ty, kalau nk pack dlm bekas dadih tu mase mne akk akn tuang ek..nk kne masuk lepas masak ke..tq 'izan'

    ReplyDelete
  7. Masa nk mkn baru curah sirap gula melaka

    ReplyDelete
  8. Owh...dah paham..hehe sy nk minta izin cube resepi k.jee ye..thanks

    ReplyDelete
  9. Salam kak jee...boleh kongsikan mcm mne nk kurangkn rase hanyir telur tu x...hehe tq

    ReplyDelete
  10. Salam kak jee...mohon dihalalkan semua resepi yang kak jee share ya...semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik selalu...aminnn...mekasih kak jee...

    ReplyDelete