Sunday, June 24, 2012

CHILLED WILD BLUEBERRY CHEESE CAKE - NON BAKED




Tahun lepas Kjee buat chilled cheese cake pertama guna canned peaches. Tentu korang ingat Unclepali dan Kjee buat untuk birthday Nadia. Kjee prefer chilled non baked cheese cake daripada yang dibakar.








Sebabnya, Kjee tak berapa suka rasa cheese cake yang dibakar. Kjee tak suka cake yang ada cheese. Kjee lebih suka makan cheese cake yang dibuat ala2 mentah dan disejukkan dalam peti ais. Lebih terserlah rasa krim kejunya.

Dan semalam Kjee ala2 paksa Nadia buat Chilled Blue Berry Cheese Cake. Kekadang si Nadia ni, bila Kjee paksa suruh buat baru dia nak buat. Kalau tak paksa dia buat ala2 tak dengar atau kata Cheese Cake kat Group Base Restaurant sedap sangat. So tak payah buat, beli jer.

But I was adamant. Kalau Nadia tak buat jugak, buatnya Mama mati malam ni, mesti Nadia menyesal tak sudah. Hehehe ayat power.

Kjee dah lama cari recipe Chilled Blue Berry Cheese Cake. Semua yang Kjee jumpa tidak menepati selera. So Kjee pun tengoklah recipe Simple Chilled Cheese Cake resipi Amy Beh. Amy guna Evaporated milk yang Kjee suka sebab tak berapa fattening berbanding Whipping Cream. Yalah tu.

Inilah hasilnya. Apabila Cheese Cake tu dah siap dan chilled, Kjee pun sapulah Wild Blue Berry Jam dan Diabetic Black Currant Jam. Campur kedua2nya dan jadilah Chilled Blue Berry Cheese Cake versi Kjee.



Korang tentu nak tahu apa rasanya Cheese cake kalau guna susu cair atau evaporated milk. Rasanya sedaplah. Agak halus dan rasa sikit lebih kurang macam jelly. Risau jugak kalau2 Kjee terlebih bubuh gelatin. Tapi Kjee terus balik resipi dan memang betullah jumlah yang Kjee bubuh tu.

Ok jom semak resipi.

Bahan2nya:

untuk base
200 gms biskut Marie
110 gms mentega cair

untuk filling

250 gms keju krim (resipi asal 200 gms. saja gatal tambah)
145 gms gula kastor (Kjee guna 100 gms sahaja sebab nak bubuh blueberry cheese) 
270 ml susu cair sejuk (Kjee simpan 1 tin susu cair dalam fridge dua jam sebelum guna)
3 sudu besar serbuk gelatin
200 ml air panas
1 sudu kecil parutan kulit lemon
50 ml jus lemon
jem blue berry

Cara

1. Bubuh gelatin dalam mangkuk dan curahkan air panas. Larutkan dan sejukkan sikit.
2. Sediakan tin springform berukuran 20cm. Kjee alaskan base bekas atau acuan dengan kertas minyak.
3. Hancurkan biskut Marie. Kjee guna food processor. Selepas halus, masukkan mentega cair dan terus trrrr
    Lapiskan base springform tin dengan biskut tadi dan tekan hingga padat. Tepikan.
4. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga ringan.
5. Putar susu cair yang telah disejukkan dalam peti ais hingga menjadi dua kali ganda.
6. Campurkan bersama cream cheese dan putar hingga rata.
7. Masukkan parutan lemon dan jus ke dalam gelatin. Campur hingga rata dan masukkan ke dalam adunan cheese. Kacau lagi sampai rata.
8. Tuangkan ke dalam tin springform. Ratakan guna spatula dan sejukkan dalam peti ais.
9. Masukkan kira-kira 5 sudu besar jem blue berry ke dalam mangkuk. Kalau terlalu pekat, campurkan  
    sedikit air masak. Curahkan ke atas cheese cake yang telah beku. Ratakan. Chill seketika lagi.

Boleh jua dibubuh apa jenis jam yang korang suka. Tetapi seandainya tidak guna jam, bolehlah bubuh gula ikut resipi asal.


9 comments:

Lizan said...

kak, dah bookmarked dah resepi ni ..tak kira nak buat jugak... thanks banyak2 kak gee.

Bicara Kak Noor said...

sedapnya kak Jee versi no bake ni,selalu buat yang bako2 boleh try yg ni lagi thanks kak Jee for the resepi hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiiii nampak sedap sgt, terliur le pulakkkk di pagi hari camni

nanie said...

kak jee.......sedap nya. terus rase lapar..:)

Nur-nba said...

Salam..
Kak Jee, nampak sedap sangat cheese cake ni. Kena shopping barang2.. teringin nak buat.

nini said...

wow.....mcam sangat sedap...nyum2...

sher said...

kak jee, bila masanya kak jee campurkan gelatin dgn adunan cream cheese?
klu pakau digestive biscuit utk base pun ok kot..
tq for the recipe.. rasa nak buat terus ;p

Masya said...

suke kek macam ni juga... cuma nak buat tu jer ikut mood... terima kasih kongsikan resepi sekali.. ade kesempatan nak cuba juga...

zamie a.k.a az said...

salam...thanks... k.jee.. resepi k.jee saya da try.... mmg menjadi...marvellous...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...