Wednesday, June 13, 2012

CILI CRABS VERSI COOKING WITHOUT A RECIPE




Ingatkan tadi nak buat Butter Crabs. Tapi Unclepali mintak buat cili crabs. Katanya buat Butter Crabs renyah sikit.



Lagipun pukul 5 petang baru sampai rumah. Dah kelaparan semua sebab tak lunch. Tapi breakfast pagi tadi nasi goreng.

Inilah hasilnya, cili crabs sebanyak 2 kilo yang Kjee beli di Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor. Terpaksa patah balik ke pasar ini sebab kat Bagan pasir tak ada ketam.



Kjee buat simple jer. Tumis bawang putih dan halia tua hiris bersama cili padi. Banyaknya ikut suka pedas. Apabila sudah naik wangi, masukkan cili kisar jugak ikut banyak mana suka. Kemudian masukkan cili sos dan Hoisin Sauce jugak ikut suka. Bubuh air, agak2 dan apabila sudah mendidih, masukkan ketam yang of course dah dibersihkan dan potong ikut suka.

Masak sehingga masak. Kjee guna penutup besar kukusan nak perangkap wap supaya isi ketam betul2 masak.

Itu jer. Klik sini untuk lagi satu resipi Cili Crabs. 


4 comments:

Yatie said...

wowwwww..menyelerakan sungguh menu KJee ni, wat Yatie terliur sangat2..lama tak makan ketam...terus lapar niiii...adoyaiiiii.

Anonymous said...

Nice Kak Jee, pandai Kak Jee siang ketam...Saya heran kenapa ramai orang yang tak tau siang ketam. Kaki tidak dipotong dan yang teruk sekali ada ke patut masak sekali dengan insang semua tanpa buang kulit badan ketam tu.

Anonymous said...

salam kak jee,
saya tgk n saya jd lapar :(


regards,
misha

KuNanGKuNanG said...

sedapnye..dua minggu lepas mkn kat pantai jeram tp xde makan ketam..nak watlah sendiri.mesti lagi puas makan.leh mkn byk2.he3

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...