Monday, June 4, 2012

DATO M NASIR DAPAT MENANTU




Ilham dan Ayu


Inilah wajah menantu M Nasir yang hanya dikenali sebagai Ayu. Anak sulung beliau, Ilham adalah anak kepada arwah Nana, isteri pertama M Nasir.






Majlis perkahwinan Ilham dan Ayu telah berlangsung malam kelmarin (Ahad 3 Jun) di kediaman baru M Nasir di Kampung Sungai Pelong, Sungai Buloh.

Ramai artis yang hadir termasuk Rosyam Nor dan isteri, Anuar Zain, Adibah Noor dan pelawak dan pengacara popular Dee.

Dato M Nasir dan Datin Marlia bersama usahawan Yazlan Dato Yahya 


Rosyam Nor, antara tetamu yang hadir - FOTO EHSAN YY

21 comments:

oly said...

tahniah Dato M Nasir...xjemput kiter punnnn hehehe

Anonymous said...

tahniah Dato M Nasir...kalau boleh Datin Marlia cuba lah belajar pakai tudung ..baru manis, anda berdua adalah pujaan saya dari dulu kini dn selamanya..harap dapt jadi keluarga sakinah dan mawaddah

Zie said...

Kak G

dah bermenantu M. Nasir cepat masa berjalankan, kak G bila lagi?

Angah said...

tahniah dato..best kak gee dpt g kan...

Kjee said...

Angah, Kjee tak dijemput. Rumah beliau seberang jalan jer dari rumah Kjee. Batuk pun boleh dengar. Dia hanya jemput semua orang kampung rumah lamanya di Paya Jaras. Jiran di sekitar rumah barunya belum lagi dikenali agaknya. Kjee hanya tahu menantunya bernama Ayu apabila Kjee nampak nama pengantin dicacak sepanjang jalan ke rumahnya.

ieda said...

mewarisi style rambut bapanya dulu2...
tahniah buat mereka sekeluarga.

mademoiselle ten said...

Patut baru tak baru kenela jemput... kalau tak kenal ikut resmi jiran2 saya tinggalkan saja kad dalam pos box... ambil hati la sikit dah tentu2 akan menyusahkan jiran2 keliling dgn majlis awak.. paling sikit pun menyusahkan org nk lalu-lalang masuk rumah masing2 ... tak reti berbudi bahasa pakcik ni...

Anonymous said...

Maaf....tak berapa sesuai dan seksi baju pengantin pompuan. Tak kena dengan baju pengantin lelaki yang siap samping, bengkong dan keris kan kan. Apa pun tahniah.

Ryo Azhar said...

amboiii Datin marlia siap bawak paper bag Saigon @ Halal tu.. ole2 dt ho chi minh city eksss..hehe

Deceptive said...

Majlis macam meriah tp pengantin perempuan mcm tak siap. kan kan...

zuwaidah said...

alhamdulillah, dah bermenantu. tak lama lagi dapat cucu....sangat bahagia

Masya said...

TAHNIAH.. CEPATNYA MASA BERLALU.. X LAMA LG JADI DATUK PULAK M NASIR..

Lynn said...

salam kak gee...
kalau pgantin lelaki tu ikat rambut mesti kemas sikitkan kak gee..eh..sory..ter komen pulak..hehehe..

Mak Ngah said...

Ya ke rumah Kak Jee ni depan rumah Dato' M.Nasir? Setahu saya di sebelah dan depan rumah Dato' ialah tanah kosong dan mereka berdua menjemput semua jiran jiran di situ.

Kjee said...

alahai mak ngah. jpmlah ake rumah Kjee kalau nak tahu samada kami berjiran ke tidak. depan rumah dia ahutan, sebelah rumah dia baru sahaja dibakar pokok2. takkanlah Kjee nak menipu. hebat ke sangat berjiran dengan M Nasir? Tak heran pun.

Kjee said...

Oppsss nak tambah lagi. dia mmemang jemput jiran2 satu kampung tapi bukan kpg sungai pelong tapi kampung paya jaras, rumah lama dia dulu. ala tak kesahlah kami tidak dijemput. jiran2 kjee beritahu dia orang pun tak dijemput. so apa cer. tak payah nak besar2kan kesah tak menjemput ni. kami tak rasa apa pun. tapi heran ramai lak yang kesah kan? Hehehe

Ashley said...

Ya memang tak hairan. And obviously when Dato' M.Nasir coughs you won't be able to hear it because YOUR house is not next to his like you claimed.

Kjee said...

Hahaha ashley. Give me a buzz at 0126780501. And we'll meet to show that that m nasir bukan tinggal di kawasan terlalu eksklusif yg tidak mampu diduduki rakyat marhaen! Kahkahkah. Saya bukan bangsat nk mengaku menjadi jiran dia! I was staying here before him.

Anonymous said...

salam..semua,menjadi resam rumah siap pahat berbunyi..sebaik nya kita doa kan kebahgian mereka sekeluaga.semoga di berkati,mungkin mereka terlupa menjemput sbb menantu pertama,banyak benda mereka rancangkan kekedang terlepas pandang..saya sendiri pernah alami 3pupu saya anak nya kawin,,dah nak habis majlis baru teringat..not big deal..lah

ahmadhezrisardi said...

dah lama tak negar cerita m.nasir, tau2 dah dapat menantu, saya peminat dia ni

Usop Lobe said...

Salam, Puan Monalisa.....
Saya baca catatan puan serta semua komen di bawahnya.
Tapi satu saja saya simpan - nama kampung kediaman Mohd Nasir Mohamad sekarang untuk saya isi dalam blog saya.
Maaf dan terima kasih.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...