Wednesday, June 27, 2012

JAILANI SIDEK JATUHKAN TALAK SATU


Foto mStar menunjukkan Raja Azmi keluar dari mahkamah Syariah dengan diikuti bekas suaminya


Sedih sangat. Setelah berpuluh tahun hidup bersama dan dikurniakan bukan sahaja anak2 tetapi cucu, rumahtangga Raja Azmi dan Jailani Sidek, hari ini menemui penghujung jalan. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul.

Harap2, perpisahan ini sementara sahaja. Masih ada ruang untuk rujuk kembali, Insya Allah.

Berikut berita dalam mStar Online.


KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek,48, bercerai talak satu dengan isterinya, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman,53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, petang Rabu.

Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.25 petang.

Antara alasan perceraian mereka ialah tidak lagi wujud kasih sayang selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Pasangan tersebut turut ditemani anak kedua mereka iaitu Puteri Suaida,23.

Berita penuh akan dilaporkan kemudian oleh wartawan mStar Online iaitu Wahiduzzamanyang berada di lokasi.

4 comments:

Nuwairani Ismail said...

sedihnya bila dengar berita org bercerai ni

Anonymous said...

sedih dengar cerita macam ni..

Nawar said...

saya pun sedih .. kalau la boleh dielakkan perceraian .. sebab usia perkahwinan dah lama..sayang..

~nadyahoney~ said...

hanya mereka yang tahu apa yg berlaku..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...