Friday, June 29, 2012

MENU SEGERA ALA2 KITAR SEMULA!!

Amacam? Okay tak?



Hari ini Kjee sediakan menu ala2 kitar semula. Ya Puan2 semua. Ini antara kesekian kali mokcik ke dapur dalam mode kureng rajin. Tapi taklah semua. Satu jer.



Ingatkan tadi tak nak masak sebab lepas Unclepali solat Jumaat, kami nak ke Sri Gombak. So pepaham jer lah kan. Makan nasi campur atau anything sewaktu dengannya.

Tetapi sampai jer rumah dari bekfas tadi, Kjee ternampak sepapan telor yang diletak atas meja kat dapur. And then otar berputar teringat ada baki kari ayam dalam freezer. Kuah jer sebab ayam Nadia dah ratah sampai habis. Kjee simpan sebab ingatkan nak makan dengan lempeng pagi Ahad nanti.

Sambal Tumis Sardin

Telor Masak Kari atau Celup Dalam Kari. Hehehe

Siapa ta suka please duduk jauh2

Sedapnyyaaa. Unclepali buat


Tapi tetiba teringin nak makan kari telor! Yezzzaaa!!! Untuk Unclepali, Kjee buatkan sambal tumis sardin favorite dia.

And then giliran Unclepali pulak godek fridge. Dia terjumpa satu bekas lauk daging salai mangga ari tu yang dah tinggal sikit tapi sayang nak buang. Terus dia letak dalam periuk dan bubuh atas dapur. Kjee tak suka lauk berbaki dah beku dipanaskan dalam microwave. Ntahlah, pada Kjee tak sesedap dipanaskan atas dapur.

Kemudian Unclepali projek buat sambal mangga pauh muda dan ohhh masam and sedap. Kjee pulak terus rebus petai yang dihulurkan jiran semalam. Bestlah jiran tu. Tiap kali kait petai, mesti ada habuan untuk Kjee. Kelmarin dia beri jering muda. Ohhhh so very the sedap.

Alhamdullilah rezeki kami hari ini. Ingat nak goreng ikan jeruk tenggiri tapi tak jadi. Banyak sangat buat spoil selera. Hehehehe.

Masak lemak daging salai kitar semula


5 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

hihihi... sy pun selalu kitar semula lagi2 bab telur celup kari... telur celup sambal, hehehe

:|: TinTa Kibod :|: said...

"Kjee tak suka lauk berbaki dah beku dipanaskan dalam microwave. Ntahlah, pada Kjee tak sesedap dipanaskan atas dapur."

setuju..
maka sampai sekarang saya takde microwave
he he he

Irfa said...

lama tak makan petai celur
saya boleh makan semua jenis ulam
hehe

makcikkantin said...

Wah sedap tu kak jee.

Saya tak masak hari ni sebab, pagi dah keluar gi hospital ada appt ultra-sound & mammogram, selamat berhujung minggu

Ummi Anie said...

takut pulak bila sebut kitar semula tu...hehehhe....kalau dgn telur mcm2 jenis kitar semula kita boleh buat kan kak gee....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...