Tuesday, July 10, 2012

HI SEMUA. SAYA CHEETAM, ANAK BARU MAMA





Ini baby baru kami. Nama dia cheeTam.



Malam Rabu lepas, tepat jam 12 malam ketika Kjee sedang layan facebook, Kjee dengar bunyi anak kucing mengiau kat luar tingkap Kjee. Kjee terdiam. Tengok jam kul 12 malam. Kjee pandang Unclepali yang sedang asyik tengok TV. Dia kata bunyi dari Tv.

Kejap lagi, dengar lagi bunyi. Kjee suruh Unclepali dengar. Dia bingkas bangun hendka ke pintu tetapi Kjee tahan dia. "Jangan bang. Tepat kul 12 malam ni. Tunggu kejap lagi," pujuk Kjee yang satu malaya tahu penakut ya rabbi.

10 minit kemudian Unclepali ke pintu dan bukak. Ada anak kucing, kata Unclepali. Unclepali terus bawak masuk. Alamak. Hitam berkilat. Mula2 Kjee takut jugak tapi akhirnya ia memang kucing bukan yang 'jadi-jadian'. Hehehe.

Unclepali terus ke dapur ambil wet food Snowy dan Ginger. Makanan dalam tin. Terus beri anak kucing tu makan. Mulutnya punyalah bising. Kelaparan sangat. Pastu Unclepali bubuh dalam carrier dan dia tidur.

Esok pagi Nadia bising. "Mama kata tak anak bela kucing baru lagi. Nanti dia berak dan kencing satu rumah," pagi2 Nadia mengomel.

Hmmm mulut Nadia jer kata macam tu. Semalam dia tak der kelas dan asyik gendung jer cheeTam ke hulu ke hilir dalam rumah. Dia tanya Kjee nak bagi nama apa? Kjee kata Cik Tam. Nadia terus panggil cheeTam. 

Snowy dan Ginger tak suka cheeTam. Tiap kali cheeTam datang dekat, Ginger dan Snowy tunjuk samseng! Kesian cheeTam. Tapi dia pandai pandai bawak diri. Bila nampak jer Snowy dan Ginger, dia main jauh2.

Tak apa lah sayang yer. Kalau Snowy dan Ginger gigit atau cakar cheeTam, bagitau mama yer. Nanti Mama babap Snowy dan Ginger. Hehehe

Usia cheeTam, Kjee rasa, lebih kurang sebulan. Sampai hati orang pisahkan dia dari ibu dia. Masih menyusu lagi tau. Oh kejamnya dikau!!!


7 comments:

Puan Fifiey said...

Alhamdulillah semoga Dimurahkan lagi rezeki kak jee.. comel hitam ni.. saya pun ada sekor.. saya panggil TAM..

Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki. Saya pun selalu juga dapat kucing angkat

Cat-from-Sydney said...

Comelnya cheeTam ni....kesian dia kan? Sampai hati yang buang tu. kita pun ada adik baru, tapi hitam putih. har har har *happy laughs*

Sariyusa said...

tersayat hati saya...

Anonymous said...

Kak Jee, sya pun ada sekor anak angkat sebijik muka Cheetam. Nama pun sama. Jumpa masa pagi tengah tunggu teksi nak pegi kerja, masa tu tengah hujan. Dalam ramai2 orang duduk tengah tunggu teksi dia melompat duduk atas pangkuan saya. Mlm balik kerja saya cari balik sbb masa kat tmpt kerja asyik teringat2 dng dia yg mengigil kesejukan. Tak sangka wpun b'jumpa waktu pagi, mlm masa jumpa dia masih ingat lg dng saya. Berlari dia dtg masa nmpk saya. Meleleh air mata saya masa tu..

Hanita, Klang

Kjee said...

Sebak kjee baca citer awak hanita.

Anonymous said...

Susah sya jaga anak angkat saya tu Kak Jee. Bila saya bawa balik saya hairan setiap kali nak kencing dia mcm meraung kesakitan. Saya tengok air kencing dia kuning kehitaman. Kebetulan saya balik kg, MIL sy ckp mgkn kena batu karang. Dia bg air penawar. Alhamdullah dng izin Allah sembuh penyakit dia. Lepas tu kaki dia yg luka pulak bernanah. Saya sapu minyak gamat tp tak elok2. Bawak kat Vet K'jaan kat Port Klang sbb x mampu nk pegi swasta.Slh satu jari kakinya kena potong sbb dg berulat. Kat situ baru saya tahu Kak Jee, klu nak bawak kucing kat Vet, jng bg makan dulu. Biarkan perut kosong.

Hanita, Klang

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...