Thursday, July 12, 2012

SUP AYAM MAKARONI





Ini sup ayam makaroni yang Kjee buat semalam. Selalunya, kalau buat sup ayam, Kjee akan bubuh nasi dalam mangkuk dan curahkan sup ayam. Semalam teringin pulak nak buat camni.


Lagi sedap makan dengan cili kicap atau pun sambal udang kering garing. Tapi entahlah mood semalam tak berapa okay. Makan gitu jer. Tak habis semangkuk, malam sambung lagi. Cuma panaskan sup jer dan curah.



Cara buatnya, ikut cara koranglah. Kjee buat sup guna sup bonjot Adabi. Kjee rebus ayam dan kentang dan rempah bonjot sup. Kemudian bila kentang dah empuk, Kjee tumis darat halia, bawang putih dan bawah merah. Curahkan. 

Aka kalanya Kjee campakkan juga 1 ketul kiub ayam Maggie atau Knorrs. Semalam Kjee hanya bubuh serbuk perasa dan sedikit lada hitam kisar. 

Bila nak hidang, tabur bawang goreng dan daun sup.


Related Posts:

  • SUP CENDAWAN SHITAKE SEGAR         Kalau ke restoran untuk menikmati makanan Barat atau Western, Mushroom Soup sudah pasti menjadi pilihan untuk mengiringi makanan. Tetapi, apakah semua restoran tersebut menyediakan sup … Read More
  • SUP AYAM PENCEN ALA MAMAK           Sup Ayam berempah memang sedap dihirup di musim sejuk. Maklumlah Malaysia kan sekarang sudah ala-ala Winter. Hehehe. Panaskanlah badan dengan sup yang lebih dikenali sebagai sup Mamak.… Read More
  • THAI OX TAIL SOUP                Ini favorite UnclePali. Selalunya balik dari kerja, mesti singgah kat Niara Tomyam berhampiran rumah kami. Seminggu tiga kali.  Dia akan beli satu bungkus baw… Read More
  • KUEH TIAU SUP DAN AYAM KUKUS Menu ni paling senang nak buat. Tapi Kjee jarang buat on weekdays sebab tak ada geng nak makan sesama. UnclePali kureng sikit bab noodle soup macam ni. Tetapi oleh kerana Kjee dah terlebih gian nak makan, Kjee b… Read More
  • BIHUN SUP    SEJAK muda lagi Kjee suka sangat makan nasi kalau ada banyak kuah. Terbawa-bawa hingga ke tua. Kalau makan roti canai, paling menyampah kalau diberi sepiring kecik kuah dhal. Suami kita dah faham sang… Read More

5 comments:

  1. Wahhh first time tengok sup makaroni kak!

    ReplyDelete
  2. sedap nyer Kak Jee, but saya suka wat macaroni goreng pedas hehe

    ReplyDelete
  3. Apa maksud tumis darat tu, Kak Jee?
    -junior cook-

    ReplyDelete
  4. Tumis darat tu ialah bwang, halia dan lain2 ditumis asing guna sikit jer minyak. Bila dah wangi, curahkan semuanya keatas sup tadi yang hanya direbus dengan air dan kentang.

    ReplyDelete