Monday, July 30, 2012

MENGIMBAU KENANGAN AIR BOTOL KAMPUNG




Sejak empat lima hari lepas, Kjee perasan setiap kali Unclepali drive melepasi  Paya Jaras untuk pulang ke rumah kami di Kpg Sg Pelong, Kjee lihat Unclepali akan slow down depan satu gerai. Kemudian matanya liar cari parking. Apabila tak ada, dia terus pecut.





Kjee tak pernah tanya kenapa sehinggakan kelmarin Kjee follow matanya apabila kami lalu depan gerai tu. Ohhh rupa2nya Unclepali duk memerhatikan susunan botol2 air yang diletakkan depan gerai itu. Kebetulan ada pulak parking, terus dia berhenti.

"Lama tak minum air sarsparilla kan? Nak tak?" tanya Unclepali. Apa pulak tak nak. Orang puasa, tanya apa semua dia nak kan?

Actually air botol 'pesen lama' ini cukup mengimbau nostalgia. Kjee panggil air oren kampung sebab hanya dijual di kampung2 jer ketika itu.. Masa kecik2 dulu kalau arwah bapak bawak kami balik ke kampungnya di Banda Kaba, Melaka, kami mesti minum air botol ini. 

Ada banyak perasa. Dan pastinya perasa oren dan sarsparilla (atau sarsi) menjadi kesukaan kami empat beradik. Terkejut jugak Kjee apabila Unclepali juga suka perasa yang sama.

Dia beli dua botol setiap perasa. Ada enam perasa termasuk Lemon Barli yang sedap sangat. Hmmm ketika berbuka dan selepasnya, habis 10 botol dikerjakan Unclepali dan Nadia. Kjee minum sebotol jer.

Botol susu dan jugak isi ubat


Ada kesah menarik pasal air botol ini seperti yang diceritakan arwah Bonda dulu. Botol ini (selain botol kicap) digunakan untuk jadi botol susu! Botol yang kosong dicuci bersih2, diisi susu dan dibubuh puting getah di 'mulut' botol. Zaman dulu mana ada botol susu plastik!

Kjee pun antara anak yang dibesarkan dengan minum susu (Dumex?) dari botol ini kot. Apa pulak kot lah! Memanglah guna botol ini selain botol kicap. Hehehe.

Apabila Kjee cerita kat Nadia dan Unclepali pasal minum susu dari botol kaca itu, Nadia terjerit: "Eh tak pecah ke botol tu?". Maklumlah budak2 kalau selepas minum susu, botol mesti dia campak.

"Eh manalah mama nak ingat. Masa tu kan Mama kecik lagi." Hah kantoi Nadia antara budak2 yang sering campak botol susu (yang plastik lah) lepas minum! Hehehe.

Oh ya ada satu lagi kegunaan botol ini dolu dolu. Kalau ke Hospital, bonda mesti kerah kami cuci bersih2 botol ni. Sebabnya dulu Hospital Besar KL atau dikenali sebagai GH (General Hospital) tidak menyediakan botol untuk ubat. So kalau tak bawak sendiri kena beli dari anak2 India yang jual botol kecik2 berhampiran kawasan spital. Harga satu 10 sen. Masa tu 10 sen mahal sangat so kami bawak sendiri dari rumah.

Kalau korang tak percaya story mokcik, tanyalah mak bapak korang. Hehehe.

Satu ikat botol air oren pelbagai perasa ini dijual dengan harga RM12 untuk sedozen. Sekali minum tak cukup sebotol tau. Sejak beberapa tahun lepas, air botol ini sudah mula mencecah kembali pasaran.




10 comments:

  1. salam Ramadhan kakjee, betul tu. Masa kat kampung dulu2, kakzana pun selalu beli air ni, sedap...oren dlm botol kaler hitam. Botol kaca kan? Tapi tak pasti pula kakzana dulu sempat merasa ke tak hisap susu guna botol ni, tak kot..hehe..

    ReplyDelete
  2. Kjee.., masa di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya hari tu, air botol ni memang dijual secara berleluasa..

    Gua beli punyalah banyak sampai naik kembung perut asyik bedal air ni je selama 5 hari...

    Bukan apa.., saja nak kembalikan ingatan zaman budak-budak dulu.. Kenangan lama tu memang selalu mengusik jiwa... Hahahaha..

    ReplyDelete
  3. sy panggil air menet. mmg stp kali balik kg msti cari air ni dkt kedai.

    ReplyDelete
  4. sangat nostalgic.... hehehe... teringat masa kecik2 dulu... lepas balik skolah, mesti beli air ni..

    ReplyDelete
  5. air leminet...hehehe....botol ada yg color coklat...kt kpg melaka ada...

    ReplyDelete
  6. Salam,...

    Kjee... air botol lama nie mmg dah popular semula kat area Melaka & N. sembilan... masih lg botol warna coklat tu...
    kalau teringin sgt leh beli kat Alor gajah kilang pegeluarnye...

    kat rumah Mak & MIL sy pun tiap2 tahu sure ada air botol nie bila time raya.. teringat masa kecik2 dulu..

    past minum simpan tutup botol & botolnye sekali buat main.. susun botol....
    anak2 skrg x dpt nye nak merasa permainan susun botol mcm dulu2...

    ReplyDelete
  7. Marhaban Ya Ramadhan kak Jee,
    Sukanya saya kita baca cerita akak ni.. sebab saya pun suka air tu.. Sassaparila dan Rose. mak saya cakap air Rus. hee.. Dulo2 botol tu simpan/kumpul untuk tukar dengan Cina yang jual aiskrim datang ke kampung2. satu botol 5 sen. Bestnya zaman tu.. kalaulah boleh berpatah balik kan akak...
    fauziah..

    ReplyDelete
  8. Kak Jee, nama air nie, air Long Chan, hahahahaha. Kilang asalnya di Sg. Petai, Alor Gajah. Sekarang tapak kilang tu dah jadi rumah saya, hahahahahha.

    ReplyDelete
  9. oh kak jeeeee,

    you make my saliva come out! hehe, saya rindu air ni tapi tak tau nak cari mana dah....
    sasaparilla & rose are my fav, dulu dulu mak dok kata ayaq lemenet (lemonade lah kot ye)

    tetiba ja jadi emo pulak...teringat olden times...ingat arwah mak & ayah-alfatihah :((

    ReplyDelete