Saturday, July 28, 2012

JERING TUA GORENG BERLADO




Ahad lepas Kjee ajak Unclepali gi jalan2 kat Kundang. Nak cari daging nak buat rendang. Tak jumpa pun orang niaga daging. Kemudian masa nak patah balik, Kjee nampak ada gerai tepi jalan jual ulam2. Kjee pun terus suruh Unclepali berhenti.

Dari dalam kereta Kjee nampak macam2 jenis ulam. Kemudian ternampak segunung jering tua. Kjee signal kat Unclepali suruh beli sekilo. Harganya RM4 sekilo. Okaylah tu. empat lima tahun lepas, RM2.50 jer sekilo.

Petang tadi setelah kembali dari airport jemput Bonda mertua balik dari Umrah, Nadia kata dia nak makan jering goreng berlado. Ingatkan bonda nak singgah berbuka di rumah Kjee. Rupa2nya anak2 perempuan dia ada plan lain.

Sampai rumah Nadia cari plastik jering tua yang Unclepali beli hari tu. Teruslah Kjee masak sebab hanya ada masa 1½ jam jer sebelum berbuka. Dalam masa sejam sebelum Maghrib sempatlah siapkan ikan bawal hitam masak kicap, jering tua goreng berlado, buncis goreng, goreng ikan kering gelama dan celur pucuk ubi dan pucuk betik untuk dikawankan dengan sambal belacan.



Untuk jering tua goreng berlado, jering itu dihiris. Sebiji hiris tiga ataupun empat. Kemudian digoreng separuh masak. Jangan sampai garing nanti jadi keras. Tepikan. Goreng segenggam ikan bilis hingga garing dan tepikan jugak.

Tumbuk cili merah jangan sampai lumat bersama bawang besar. Bila dah siap, tumislah cili dan bawang tadi sehingga masak. Kjee guna minyak yang agak banyak untuk menumis sebab kalau tidak akan bersin satu rumah. Bubuh garam dengan pak aji atau sedikit gula.

Apabila lada goreng tu dah masak, masukkan kembali jering dan goreng bersama lada tadi selama kira-kira 10 minit. Kemudian padam api. Selepas api dipadam, masukkan ikan bilis dan kacau hingga rata. 

Kemudian Kjee angkat perlahan2 masakan tadi dan tinggalkan minyaknya ke dalam kuali. Tadi, oleh kerana nak cepat, Kjee angkat guna sudip yang berlubang dan terus bubuh dalam mangkuk yang telah dibubuh kitchen towels (tissue dapur) untuk serap minyaknya.

Berselera kami makan tadi. Rasa2nya Kjee buat dalam setengah kilo jering tadi, Bakinya selepas makan untuk berbuka, Nadia terus bawak ke depan sambil meratah sambil tengok siaran Olimpik.

Pastikan jering yang digunakan, betul2 tua. Kalau muda, tak sedap tau! Ini lauk Minang ke Jawa? Ah tak kesahlah. Janji dimasak orang Malaysia kan?. Hehehe


3 comments:

Ezza Muffinbiru said...

Sedap tu kakjee.myfeberet tu. ?rasanya lauk minang ni,sebab arwah nenek dan mak saya selalu masak ni. Kuang ni kampung saya kak..

Anonymous said...

Kak jee- jering tu terus goreng tanpa rebus ke?

Kjee said...

tak perlu rebus. goreng ¾ masak jer.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...