Thursday, July 12, 2012

KALAU NAK CIPTA LAGU SEDAP, AHMAD NAWAB BERKHALWAT DULU!





Malam tadi, dah tak ada kerja nak buat, Kjee pun layanlah TV. Semua rancangan tak best. Kemudian tertekan channel ntah apa bende kat Astro dan tertengok final Kilauan Emas (ulangan). Hari tu, Kjee tengok dah dekat nak habis. So bila diulang balik, okaylah jugak tengok.



Tapi Kjee bukan nak komen pasal final tu. Nothing to shout about. Tak payahlah jemput Hetty Koes Endang jadi juri. Buat malu jer. 

Rasa2nya ramai lagi talent di kalangan orang veteran yang lebih hebat daripada malam tadi. Kemana mereka agaknya yer?



Anyway, Kjee sebenarnya nak story pasal kawan lama Kjee, abang Mat atau sekarang sudah ada title panjang... Dato Dr Ahmad Nawab Khan. Lama sungguh Kjee tak jumpa dengan abang Mat. Masih steady lagi rupa2nya.

Banyak kenangan manis dan jugak pahit Kjee dengan abang Mat. Yang pahit tu Kjee kena jumpa dia dan mintak ampun banyak2. Selain Kjee, ada lagi orang yang harus sama2 berdiri dengan Kjee mintak maaf kat abang Mat.

Mereka ialah Jamal Abdillah dan Naseer Abu Kassim (eh dah Dato jugak ke sekarang?). Dua2 insan ini yang menyebabkan Kjee berdosa kepada abang Mat. Tapi biarlah Kjee jumpa abang Mat dulu, mintak maaf, pastu baru Kjee story kat korang apa salah besar Kjee pada abang Mat yer.

Abang Mat ini adalah seorang insan yang cukup unik. Cara dia cipta lagu dulu boleh naikkan bulu roma. Ala2 citer Cik han. Serius ni. Ini cerita yang Kjee dengar sendiri dari mulut abang Mat.

Kononnya setiap kali nak cipta lagu yang jiwang, menyentuh perasaan, tangkap leleh dan sebagainya, Abang Mat akan duduk sendirian dalam studionya, sambil bermain piano. Dan ketika itu, kata abang Mat, akan muncul seorang wanita yang cukup jelita duduk di hadapannya.

Dan apabila duduk 'berkhalwat' dengan wanita imaginary itu, maka terhasil lah lagu2 yang cukup enak yang cukup evergreen sampai ke hari ini. Lagu2 dendangan Jamal Abdillah serta Dato Sharifah Aini, Dato Khadijah Ibrahim dan mendiang Broery sekadar menyebut beberapa nama.

Kjee pernah buat cerita abang Mat ni masa kerja kat Berita Harian dulu. Sayang, Kjee tak simpan semua keratan akhbar tersebut.

Anyway, apabila abang Mat tersenyum dalam rancangan yang Kjee tonton malam tadi, serta merta kisah2 serta pengalaman manis dan kurang manis bersama beliau, terbayang di depan mata. 

Dato Dr Ahmad Nawab memang seorang komposer hebat yang tidak boleh ditandingi sesiapa hingga ke hari ini. He's got that golden touch. Anythings he touches turns to gold!

Kjee berdoa mudah2an dapat dipanjangkan usia untuk bertemu idola Kjee ini. A man of very few words!




3 comments:

Rahmah Ram Ram said...

as salam kak jee..karya yang beliau hasilkan memang amat-amat berbaloi dan dikenang-kenang hingga sekarang. Malahan penyanyi2 yg menyanyikan lagu2 beliau semuanya mantap2 belaka. tidak perlu dipertikaikan lagi vokal mereka..

ieda said...

saya pernah terbaca (ker tengok tv ntah...tak berapa ingat)...kata datok ahmad nawab..biasanya dia kenalpasti dulu penyanyi baru buat lagu utk penyanyi tu...jadi dia boleh tahu jenis lagu yg sesuai.sebab tu lagu2 dia semua evergreen..saya pun suka dengar sampai sekarang.

hidayah epul said...

walaupun dayah ni bru idup setahun jagung, tapi dayah suka dgr lagu2 lama...sebabnya bila lagu yg dicipta penuh dgn keikhlasan, dan yg menyanyikan pula pandai membawanya dgn prasaan, yg mendengar pula terbawa2oleh perasaan... :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...