Tuesday, July 17, 2012

KREME PUFF DENGAN SOS KASTAD DURIAN






Ini satu2nya resipi yang Kjee tak pernah dapat belajar dari arwah adik Kjee. Masa dia study untuk amik Masters di Australia lebih 25 tahun lalu, dia ada ikuti kelas masakan di masa lapangnya di sana. Macam2 dia belajar buat. Antaranya roti, pizza dan juga choux pastry aka cream puffs.


Tiap kali Kjee kata nak belajar buat cream puffs, dia kata susah. Kalau nak makan, order jer, nanti dia buat. Ya lah tu. Sampai ke akhir hayatnya, Kjee tak kesempatan belajar. Cuma resipi tulisan tangannya ada Kjee simpan tapi entah mana Kjee letak masa pindah hari tu.

Ini yang Unclepali buat selepas Kjee nak pengsannn! Hehehe


Anyway, hari tu Kjee surf blog Yat Maria Easybakes. Terbeliak mata Kjee apabila dia letak heading...Durian Puffs, To Die For. Kjee nekad nak belajar buat cream puffs ini walaupun apa terjadi. Ewah!!

Sos kastad duriannya Kjee buat semalam dan simpan dalam fridge. Hari ni, Kjee guna ayat power ajak Unclepali ke dapur tolong Kjee buat. Badan Kjee masih belum sihat sepenuhnya. So yang berpeluh2, yang terlari2 dari fridge ke table top stove dan oven, of course siapa lagi kan kalau bukan Unclepali. Hehehe.

Penatlah, katanya setelah buat putaran terakhir doh cream puffs tu. Kesian kena dera. Bila lagi nak dera...bonda dia kan tak ada. Pergi Umrah semalam. Hehehe.



So jadilah my Durian Custard Sos Cream Puffs, recipe courtesy of Yat Maria, Easy bakes. Klik sini. Banyak lagi blog lain jugak ada buat cream puffs. Terserah korang nak pilih resipi siapa. Untuk inti kastadnya, cubalah campur ngan durian. Kan sekarang ni musim durian.

Okay, tumpang lalu. Kjee dan Unclepali tengah duduk depan teevee sambil...satu untuk awak, satu untuk saya...ada lagi ke untuk Nadia nanti? Opppps.



6 comments:

MamaFaMi said...

Kita baru sebut-sebut nak wat cream puff lepas tengok Dato' Fazley buat... tup tup, Kjee dah on dulu... caaayalah Kjee! Sos kastad durian lak tu.. I like!

Kjee said...

Been toying with theidea nak buat lama dah MF. Tapi tak berani sebab my late sis kata susah. Hmmm tak ler susah sangat kan.

MamaFaMi said...

Tak de la susah sangat cuma kalau tak cukup bakarnya, dia pancit. Kita pun selalu kena. Tapi kita tak serik... kita redaahhhhh je! Rasa memang sedap, rupa je kenkadang tersergam indah, kenkadang kemek! Hahahaha... Tapi masuk perut, dah tak nampak rupa bentuk dah!

Anonymous said...

kjee nak tanya milk tu guna susu pekat ke fresh milk ke susu cair??? tq

Kjee said...

Kjee guna low fat fresh milk. susu cair pun boleh.

siti azizah Sang Pencinta said...

alahai sedapnya.. kenapala tak de bakat memasak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...