Saturday, July 7, 2012

MY FIRST CHEESE TARTS





Tart shells dah ada, cream cheese dah ada, black currant jam dah ada. So agak2nya nak buat apa? Yezzza pandai korang  teka. Blackcurrants Cheese Tarts. Tengok hasil kengkawan blogger masakan buat, bukan mkain terliur.


Tetapi apabila buat sendiri, hasilnya taklah secantik mereka buat. apapun, rasanye best sangat.

Dah banyak kali Kjee singgah blog masakan tengok dia buat macam2 hidangan yang sungguh cantik dan menyelerakan. Kjee bab baking memang kureng sikit. Sebabnya Kjee ni keras tangan. Lebih suka masak lauk pauk sebab tak perlu pamerkan daya kreativiti.

Ini first time Kjee buat cheese tarts. Itu pun Kjee beranikan diri buat sebab shells dia Kjee beli readymade kat LMC. Dah dekat dua bulan shells tu duk diam2 dalam freezer. Begitu jugak dengan cream cheese yang Kjee beli kat LMC. Tersilap simpan dalam freezer so hati was2 nak guna.

Memang betullah tersilap simpan. Cream Cheese tidak boleh disimpan dalam freezer sebab nanti texturenya rosak. Tapi daripada buang, bolehlah buat cheese tarts ni. Rasanya okay tetapi taklah sehalus cream cheese yang tidak duduk dalam freezer. Permukaan cheese tarts yang sudah siap tidak licin.

Oleh kerana Kjee buat guna shells readymade, kalau korang nak tengok resipi, korang intai kat Rahel Blogspot.com.

Kjee guna Black Currant Jam. Boleh guna sebarang jam ikut apa yang ada. Kaya boleh jugak ker?


Permukaannya tak halus sebab cream cheese disimpan dalam freezer

10 comments:

  1. Asslmkum Kjee.
    Wah! Ada cheese tat kat sini jg. Ok la tu jg kak. Walau rupa x betapa cantik,tp rasanya tetap x terjejas kan.
    Satu lg info sue tau. Baru tau cheese x boleh letak kat freezer. Thanks kak utk ilmu tu. Maklum la sue ni bkn terer bab masak2 ni. Lg2 bab membaking ni. Budak baru belajar. :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Ok lah tu,. not bad. Lepas ni, sure lebih elok rupanya.. Yang penting rasanya.. :) Nur lagilah tak pandai.. Order je dengan kawan, dia pandai buat.

    ReplyDelete
  3. Hem...gue nampak cheese tat tu kak..
    rupa tak penting...yang penting sodap...agaknya len kali nak beranikan diri try letak kaya dalam tat itew..hikhikhik..

    ReplyDelete
  4. Salam Kjee...
    Tak kisahlah permukaan halus ato kasar yang penting rasanya ngetop ye tak...saya dah jadik geng Kjee hope sudi dtg belog kite plak yer :-)

    ReplyDelete
  5. kak LMC tu kedai apa? pasaraya ke? ain nak gak beli shell yg dah siap tuh

    ReplyDelete
  6. LMC tu kedai jual bahan2 bakeri kat Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. Kjee tak pasti samada ateempat lain ada jual.

    ReplyDelete
  7. menarik... blh la try buat nnti....

    ReplyDelete
  8. salam... k.jee, mn mau dptkan shell ready made tu ye...kat area sg.buloh or kota d'sara....

    ReplyDelete
  9. Zamie, kjee beli di LMC bandar rahman putra. Dia org bubuh dlm peti ais setentang ngan cashier.

    ReplyDelete
  10. salam... TQ k.jee... thari td gi bl kat LMC...

    ReplyDelete