Wednesday, July 11, 2012

NAK HIJRAH? MULUT DAN PERLAKUAN TOLONG 'DIHIJRAHKAN' SAMA





Apa yang Kjee tulis ni, adalah luahan hati Kjee. Tidak khusus ditujukan kepada sesiapa tetapi ia adalah pemerhatian Kjee secara rambang. Kjee tahu Kjee akan dihentam berbakul2 oleh mereka tetapi itu sudah menjadi lumrah.







Ramai yang suka luahkan perasaan mereka melalui maya sebab orang tak kenal mereka. Pengecut namanya, Tetapi Kjee rasa  ada segelintir manusia yang kenal Kjee dan Kjee sikit pun tidak rasa takut untuk meluahkan isi hati Kjee. I write what I see.

Kjee nak story kali ni pasal insan2 yang berhijrah. Setiap kali ada insan2 ini yang melaung2kan mereka telah 'berhijrah', Kjee tengok 'penghijrahan' mereka hanya setakat pakai tudung litup dan mengenakan pakaian menutup aurat. Selain daripada itu, mereka lupa tutup sesuatu yang sangat2 penting! Mulut mereka! .

Maaflah. Kjee cukup jahil berkaitan Agama. Tetapi Kjee cuba sedaya upaya meneruskan dan melaksanakan apa2 tuntutan Agama kita seperti mana yang telah diturunkan kepada Kjee. Kjee akui, peribadi Kjee dulu dan sekarang amat berbeza. Tetapi Kjee tidak pernah gunakan perkataan 'berhijrah' kerana perkataan itu terlalu 'keramat'!

Kalau setakat Kjee pakai tudung dan mengenakan pakaian yang menutup tubuh yang sepatutnya, Kjee tak berani guna perkataan 'hijrah'. Hijrah pada Kjee ialah, Kjee fokuskan diri  jadi insan yang solehah, jauhi segala yang dilarangNya. Jaga mulut, jaga adap sopan.

Dan Kjee yakin Kjee belum boleh mendabek dada mengatakan Kjee sudah berhijrah kalau Kjee tidak dapat melakukan semuanya dalam ertikata yang sepatutnya. Mulut ini masih lagi tidak dapat dikawal. Dan kekadang tingkah lakupun sukar hendak dibendung. Cakap ikut suka mulut dan keadaan semasa.



Anyway, terlalu ramai yang sekarang ini suka sangat menggunakan perkataan 'Hijrah'. Apakah dengan berselindung disebalik perkataan 'Hijrah', seseorang itu sudah boleh mencuci dosa2 silamnya? 

Kjee berkata sedemikian sebab Kjee ada kenal seorang dua insan yang berhijrah kerana hendak mencuci dosa2nya. Tetapi sedihnya, dosa lama belum lagi sempat dicucinya, dia tambah lagi dosa baru iaitu mencaci, menesta dan mengkeji.

Yang paling Kjee tidak sanggup ialah mereka yang setelah berhijrah, terlupa 'tangan yang pernah menyuapnya makan dulu ataupun yang pernah melindungi keluarganya dulu'. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya dosa mengenepikan insan2 yang pernah menghulurkan bakti kepada mereka?

Sebab itulah, wahai kalian semua. Kalau nak bertukar fesyen daripada yang sekarang kepada fesyen Muslimah, lakukan dengan tertib dan senyap2. Janganlah kata awak lakukan kerana 'berhijrah' seandainya tidak dibawak sekali 'mulut' dan 'perlakuan' untuk berubah dari yang kurang elok kepada yang elok.

Janganlah 'menakut2kan orang lain' yang ingin betul2 ingin 'berhijrah'. Buat apa pun, biarlah berpada2.

Allah Subhanahuwataala nampak segala2nya. Dan Allah swt Maha Pengampun!

67 comments:

nora said...

Alhamdulilah Kjee...apa yg Kjee kata itu benar belaka..ramai yg salah anggap dgn perkataan hijrah itu. Ingat kalau tukar penampilan..orgramai akan terpedaya ke?..kalau perangai sama mcm dulu..lagi menambah kutukan org jer sbb dah bertudung dan tutup auratpun, masih duk lagu tu jer...baik toksah...tambah menyakitkan hati..trend parti pembangkang sekarang..ambil artis2 yg "berhijrah" ni ikut ceramah mereka di merata2 tempat...nak tarik crowd pengundi..

eliyaezlinalias said...

Pd sya yg utama yg penting adalah hijrah peribadi, kalo skdr hijrah fizikal tp peribadi masih kurang 'bersih' kita seolah2 'musang berbulu ayam'

Anonymous said...

...dan yang paling best trend sekarang...tak cukup "HIJRAH" kalau tak naik pentas dan kutuk balik kerajaan.....
- ADEK -

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

setuju dgn kakjee

mami said...

sangat2 setuju dengan Kjee...sebab pada dorang tu Kjee...asal kata "hijrah" jer...dorang dah macam bayi dilahirkan semula...pastu siap boleh jatuhkan hukum kat org lain lagi sebab dia dah "bersih dari dosa"...tapi sebenarnya dorang ni dibayar untuk menjatuhkan tangan yang penah bagi dorang makan dulu...kita ada banyak perumpamaan untuk org yang macam ni..."melepaskan anjing tersepit", "mendokong biawak idup", dll lagi...tak tau nak kata apa...sepatutnya semakin tunduk padi sebab berisi..tapi kalau tinggi dirinya padi tu...rasanya kosong jer tu...ringan sampai boleh berdiri tegak...

Anonymous said...

tertarik dgn entry kakjie pada kali ini..slalunya silent2 jer baca n3 akak..tp soal hijrah ni mmg tepat sekali..xpyh la sy sebutkan namanya tp cara beliau berhijrah menampakkan beliau x ikhlas..utk apa naik pentas bg cramah walaupun katanya "tetamu" sahaja. nak hijrah bt cara hijrah..ni kat fb siap kutuk2 pemimpin..ingatlah selama ni dia yg anda agung2kan..tp bila dah x 'laku' terus beralih arah..baiki dl diri kita elok2 br blh nk nasihatkan org..bl ada yg tegur kat fb naik angin mcm dulu jugak..bukan hijrah btl namanya tu..mungkin inginkan publisiti dr pihak seblah n msti la p cramah tu org bg sdikit "saguhati" ats kehadirannya..

Nor Hapizah Abd Manan said...

Kak ni la trend pembangkang skrg ni. Ambik artis yg lupa diri. Diaorg lupa dulu dia cari mkn ngan siapa. Ni la namanya kcg lupakn kulit. Sy pelik la artis camni. Klu berubah diam2 tk Blh ke bakpe nk caci maki org, Bila org kata ajaran sesat marah tp klu tgk camtu la gayanya. Mengajar org mencaci maki org....pelik.pelik.

Norasiah Nasir said...

Setuju kak jee..Berhijrah untuk berhijab tu ramai mampu buat..hijrah mulut..mata..telinga susah nak buat...

saya sendiri pun masih tak penuh hijrah mata..mulot dan lain2..walaupun memang berhijab dari dulu..masih dalam proses berhijrah hati ..

InsyaAllah,

Thanks k.jee sedikit sebanyak..membantu mengingatkan yang lain termasuk saya..rindu kat mak saya !!! :)

Sari Yusa Ibrahim said...

setuju sangat dengan entry ni Kak Jee!!

kadang saya rasa nak termuntah melihat gelagat mereka ni, geli.... lahh!!

Azlin Aziz said...

Ya Allah kak jee..saya mmg berharap sangat kak jee buat artikel ni...semoga Allah beri hidayah kepada mereka yang berhijrah mendekati diri lebih kepada Allah bukannya dengan mana-mana parti politik..jangan berhijrah dari segi zahir sahaja, mohon batin dan perilaku berhijrah sama..

Hartina Arssid said...

Yang penting sekali adalah nawaitu mestilah seiring dengan perbuatan.

PemikirpolitikJerantut said...

SETUJU JEE!!

BeRRy MuMMie said...

setuju sangat!!!

Anonymous said...

Salam, Kak Gee saya memang silent reader Kak Gee. Blog Kak Gee memang meletup semuanya stakat ni yang baik2 aje. Walaupun x kenal Kak Gee tapi dari segi penulisn Kak Gee memang Kak Gee seorang yang amat baik zahir dan batin. Ini pandangan peribadi sayalah. Pasal topik kali ni memang saya setuju teramat sgt cakap Kak Gee dan kawan2 kat atas. Memang Kak Gee saya ada jugak kawan2 yang berhijrah mijrah ni. Tapi tu la bab2 mengutuk, mulut laser, kdg2 kurang ajar.Contoh : kalo bawak kereta potong Q, langgar lampu merah la. Bab2 kutuk kerajaan ni jangan cakaplah la. Tapi bila anak2 yang sekolah hari tu dapat RM100 mereka2lah orang lah orang paling sebuk siap ada yang amik cuti lagi. Macam2 lah hal lah derang ni Kak Gee. Rynn.

p/s : Saya suka sajian masak2 yang Kak Gee hidangkan kat blog ni. Kalo lapo2 tengahari kat opis tengok masakan Kak Gee terus rasa kenyang he he he.

Lynn said...

kak jee..

ramai yg pakai tudung..tapi mulut tak berjaga..org kata budi bahasa..adab sopan dah takde..kan manis kalau dijaga kesemuanya..(untuk diri lynn sendiri jugak..)hehe

Anonymous said...

Setuju...

PAPA GOMO said...

sokong Kak Jee, apa guna cakap sana sini Hijrah kalau minda dijajah macam sorang pelakon tu. Gebang sana sini seolah olah dia ni malaikat pulak.

Gomo suka cara Kak Jee dalam artikel ni. TERBAIK!!!

Psssttt... Kalau nak hijrah tu dia pi jelah, tak payah nak mengomel sana sini..huhuhu.

Wes said...

Ni pun dikira 'resepi' juga Kak Jee.. Resepi cili berapi dan pedas.. kihkihkih..

Anonymous said...

sangat setuju 101%

Kosong said...

setuju,

Nak jadi baik, nak berhijrah ni bukan perlu masuk mana2 parti. ia perlu kembali kepada Allah. Islam yang syumul..

Bila kita diberi hidayah, kita perlu ajak orang lain dengan penih berhikmha, bukan memperlekeh orang lain..

Anonymous said...

Inilah yg kita harapkan.... biar kita berhijrah zahir dan batin..... jagalah mulut sebaik2nya....

langkawi info said...

Salam Kak Jee Mendalam Maksudnya tu...tapi amat mudah di fahami.. Hijrah mereka ni hangat-hangat tahi Ayam. aje...

Anonymous said...

JEE ....WELL SAID.TO WHOM IT MAY CONCERNED BERHIJRAHLAH SAPERTI YANG DI USULKAN OLEH JEE.RAMAI ORANG YANG BERHIJRAH DENGAN PENUH KEINSAFAN ..TAK PERLU PUBLICITY MURAHAN....SILENCE IS GOLDEN.HIJRAH IALAH CONTINUOUS LEARNING DAN MUHASABAH DIRI.SAMA2 KITA BERHIJRAH DEMI KEBAIKAN AMIN!

MORRIZO

Idzan Hamdan said...

Alhamdulillah...padat dan tepat..

Anonymous said...

Saya sgt bersetuju pendpt kak jee. Saya pun dah lama bertudung tapi saya anggap diti saya masih byk kelemahan dan kekurangan. Dosa mulut ni mmg susah nak dilawan tapi masih boleh dikawal. Tak kira la sokong mana2 parti politik tapi jdkan la agama itu sbg panduan dlm mengawal perbuatan sehari2. Ajaran Islam tak mengajar mencaci dan mengaibkan org lain tapi sayang bila agama dipolitikkan ni, apa akan jd pd anak cucu kita nanti..bimbang sangat jd budaya mencaci dan mengeji kat public.

Anonymous said...

Setuju 100%.
Klu kita kata kita hendak berubah menjadi orang baik, tak yah bising2, kita buat dgn senyap. Ni tak, dah lah tayang sini sana kata kita dah jadi orang baik lepas tu langsung kutuk org pula. Apa daa! Meluat lah.
Zai

Anonymous said...

Sekadar berkongsi....
http://youtu.be/-RN2UlMDpmw

Anonymous said...

Setuju kak jee...jadi insan biasa saja lebih baik.ALLAH maha melihat apa yg hmbanya buat

Kak Long said...

KJee, you rock! Betul tu, mulut dan perlakuan mesti juga berhijrah. Rasa-rasanya Abby ni dah terlalu hancur hatinya sampai hilang pegangan. Kembali lah kepada Allah dan jangan sekali-kali berhijrah ke parti politik plak. Bila orang berhijrah kita pentingkan akhirat dan bukan menambah dosa membuat fitnah sana-sini.

Anonymous said...

110% sy stuju sgt2 kak jee.....hijrah kerana ALLAH bukan kerana publisiti murahan...insyaALLAH diberkati,AMIN...

shone said...

jee,diaorang bukannya tutup aurat tapi sarong aurat sepatah kata ustad saya..

Anonymous said...

sebab tu jugak pernah saya dgr ustaz cakap (ustaz fathul bari) ada org yg beramal soleh dan jaraknya dgn syurga cuma sejengkal tetapi oleh kerana sesuatu perbuatannya yg allah murka (seperti membunuh binatang tanpa sebab walau seekor anjing sekalipun) dia tetap menjadi penghuni neraka. ada juga antara manusia ini yg perbuatannya menjadikan dia cuma sejengkal drp neraka tetapi kerana di saat akhir dia terlintas dgn ingatan kepada allah tetapi tidak sempat bertaubat, dia menjadi penghuni syurga....

Anonymous said...

dah namanya pelakon... dia kan tengah belakon tue... bukan betul2 pun ... sorry to say.. i dislike pelakon...

Anonymous said...

That's what human being should be respect each other not condeming god bless.

Kinta Menjerit said...

Cili kasi tarukkkk, Kak Jee...hijrahlah dgn keikhlasan

Anonymous said...

Berhijrahlah dengan sempurnanya, jasmani dan rohani kamu...sebelum kamu dihijrahkan ke negeri lain (alam baka').
Salute Kak Jee...

Aziz Musa said...

Betul tu Kjee. Klu macam tu bukan hijrah tapi bertukar namanya.

Anonymous said...

kenapa artis skg klu nk berhijrah mesti masuk parti politik [tk payah la sya sebutkan ]. kononnya nk cuci dosa . klu nk cucu dosa mohonlah ampun dgn allah . ni hijrah kearah kesesatan namanya .

Anonymous said...

kalau masuk parti ITU,berceramah atas pentas dah dapat taraf ustaz/ ustazah.Walaupun ilmu agama tak seberapa...

Anonymous said...

lantak dia oranglah, kita bukan tahu niat orang. Jaga diri kita itu yang sebaiknya. Jangan apa yang dikata terjadi kat kita sendiri.

Anonymous said...

org yg tak faham agama gitu la. Umpat ni umpama api membakar kayu...yg tinggal abu. Itulah yg nak dibawa diakhirat.

Anonymous said...

RAMAI JUGAK ARTIS YANG BER'HIJRAH' TAPI DEPA BUAT SENYAP2..TAKDE ORG TAHU PUN. ITU YG KITA NAK. KALAU HIJRAH MASUK POLITIK DAN KUTUK ORANG, ITU BUKAN HIJRAH..ITU PINDAH RUMAH JE..HEHE

Anonymous said...

setuju sangat. hijrah tu bukan hanya dari brtudung kepada bertudung. jgn sempitkan perkataan hijrah.

Anonymous said...

Dunia dari dapur Kak Jee,

Amat setuju dengan pandangan yang telah diberikan. Satu lagi trend kini ramai yang mengheboh hebohkan ke pemergian mereka ke Makkah untuk mengerjakan ibadat Umrah.
Pemergian untuk mengerjakan Umrah amat baik, tapi tidak perlulah diheboh hebohkan takut nanti timbul pula riak. Terutama sekali disertakan pula dengan informasi telah mengerjakannya berkali kali!.
Mengerjakan Umrah kita mendapat pahala sunat sekiranya dikerjakan untuk kali kedua dan seterusnya. Ini tidak bererti kita telah menjadi suci dan bersih daripada dosa lampau.
Apa juga ibadah yang kita lakukan kita dapat ganjaran pahala. Begitu juga dosa yang dilakukan tidak terhapus tanpa kita bertaubat.

sarah said...

Salam....,
Memang benar kak jee, nak luruskn hati, mulut, dan seluruh anggota tubuh utk taat pada-Nya bukan usaha yg mudah.. Jadi sy mengingatkn diri agar sentiasa berusaha menjadi lebih baik dr hari semalam. Sama2lah kita belajar utk ikhlas, fikirkn apa-apa butir yg ingin diluahkan. Bila mngenang Noor Kumalasari contohnya, diri sendiri mnjadi malu! Walau kita bhijab sejak kecil, masih byk ruang utk diperbaiki. InsyaAllah kawan2, Allah akn mbimbing kita yg selalu ingat dan bdoa pdNya..Aminn.

Anonymous said...

Betoi..teman rase membuat sesuatu yg kita rase baik atau ingin berubah dari x elok kpd elok x payah le di war-warkan,kerana ini akan menimbulkan riak dlm diri kita.utk berubah biarlah secara berdikit-dikit dan kita jgnlah apabila telah berubah, ingat kita lebih bagus drp org lain.kerana kita x tau ada org yg lebih alim dan bagus drp kita.

Anonymous said...

Hijrah tue perkataan bahase arab. Kenape orang malayu islam kalau dengar je term2 bahase arab, terus obses. Dari x pakai tudung ke pakai tudung tue hijrah la namenye. As simple as that. Xde pon syarat sah hijrah kene jadi maksum. Hijrah tue just perkataan bahase arab. Xyah nak obses sangat k. Sebab2 ni la orang kafir susah nak terbuka ngan islam. Orang islam sendiri suke complicated kan bende.

Anonymous said...

setuju dgn kak jee...jika benar ingin bertaubat dan berhijrah dari dunia yg gelap kepada yg terang xperlu lah naik pentas politik..xperlu di war2kan keseluruh negara...ramai yg berhijrah senyap2 itu yg terbaik...berhijrah dan menceburi bidang politik utk apa?adakah itu cara kita melakukan hijrah?..

marina ismail said...

politik bukan isu disini yg penting bila kita ingin berubah,berubah la jiwa kita dulu baru boleh cakap yg kita berubah,kesal ngan org sekarang kekadang pakai tudung ngan pakaian memang la tutup tapi dah terlebih fesyen la pulak,jiwa kalau tak bersih buat apa pun cam tu gak tak payah nak bising kita dah jadi baik,sebab ngan ALLAH S.W.T BELUM tentu pun taubat kita tu diterima,solat 5 waktu kita pun belum tentu sempurna,

Anonymous said...

Terbaiek lah Kak Jee..

Anonymous said...

hijrah kerana Allah swt itu yg sebenarnya...

tapi hijrah masuk parti politik...?? pelik gak tuu...

kak jee you terbaeekk.. teruskan hijrah kerana Allah swt dan menyedarkan org lain dgn cara yg baik bukan dgn mengata, memaki, menghina, menyalahkan org lain seolah2 diri tu maksum dan suci dari dosa bila berhijrah ke parti politik.. macam sesetengah artis tu yg kononnya berhijrah tapi mulut dan sikap semakin rosak..

Anonymous said...

Artis malaysia ni melucukan..agak2 dh x laku..suka bt kejutan..pakai tudung, then canang kata dh hijrah...pembangkang pon pggl la ceramah..atas pentas dpt pegang mic terus tong sampahkan kerajaan..sampai mengutuk pihak berkuasa. Tahu sikit, tp gebang lebih mcm tahu semua...kalau dh cetek akal tu tetaplah cetek...

CT said...

Mohon share ya kak Jee. Pandangan yg betul..hope xde yg terasa hati kann..kan kak...hik3

Anonymous said...

Cikgu"S"
Alhamdulillah!.Pukulan anda tepat.Mengena. Bukan kepada artis yang berkaitan saja,tapi kepada sebahagian mereka2 yang terlibat.Tak kira lah dia artis atau cikgu sekali pun.Siapa makan cabai akan terada pedasnye.
Tetapi pukulan itu lebih menjurus kearah artis yang sedang banyak di perkatakan orang sekarang ini.Ini bukan kerana artis ini populer sangat tetapi kerana artis ini yang mewar-warkan dirinya konon sudah berubah.Berhijrah.Kononnya.
Tetapi dia sanggup jadi objek penarik dalam majlis ceramah polotik.Jadi tunggak kepada pentas pemfitnah,maki hamun,pembohongan,penipuan dan macam2 lagi dosa2yang di semai secara bertaburan pada dirinya.Ini bertaubatkah? Ini berhijrah dari dosa yang lalu kepada dosa yang baru namanya!
Teman ingatkan (sebagai tambahan ingatan Kjee)supaya berhentilah daripada menyemai benih pencaci dan pemfitnah sebelum benih tersebut menjadi subur dalam diri anda wahai sang artis.
Jalan kembali masih terbentag dihadapan anda.Pulanglah kejalan lebih diredoi Allah.
Ingatlah memfitnah itu sebahagian daripada munafik.
Anda tidak akan sampai kemana-mana dalam politik!.Anda hanya layak jadi model pencacai atas pentas saja.Wallah Waklam.
Adios Geringgo!

Anonymous said...

Terbaekkk. Mmm.... Mmg btol tu

Anonymous said...

1000 percent setuju

Anonymous said...

yg insaf kalau tak masuk politik tak cukup insaf yg islamik gamaknya...

Anonymous said...

amat2 setuju dan menyokong...dorang tuh semua nak mencari publisiti murahan...maklum lah...kepopularan mereka dah hampir pupus...

Anonymous said...

amat setuju dgn pandangan kjee....kalu ingin berubah tidak perlu ingin hebohkan...berubah jgn hanya ditudung tapi juga perkara lain juga harus diubah...jgn lepas berubah sesedap hati boleh mengatakan sesuatu yang betul dan salah....

Anonymous said...

Para artis patutnya nuteral. Jangan sangat tunjukkan kecondongan pada mana2 parti sebab mereka millik masyarakat yang mempunyai pelbagai fahaman politik. Peminat mereka menyeluruh. Kalau nak condong pada mana2 fahamanpun senyap2 je lah.... Sorry Kak Jee, dah lari Dari topik asal Kak Jee "hijrah" :)

Anonymous said...

saya sokongv lak ji
PANDANGAN PERIBADI saya juga,
tak boleh hijrah mulut, at least hijrah mana yang mampu dulu...

kalau x boleh hijrah sumua, jangan la tinggalkan semua.. :)

Brahim Nyior said...

Salam Kjee,

Ini kali pertama saya ke sini, tapi saya kira menarik pandangan Kjee tentang tajuk ini.

Tak perlu ulas apa-apa, saya sependapat dengan puan.

Remi said...

Terbaik Kak Jee. Hijrah bukan hanya aurat luaran sahaja.

Nadia Kuch said...

assalamualaikim kjee...trm ksh byk2...artikel kjee ni sedikit sebanyak memberi peringatan kepada diri saya.dan saya amat setuju apa yg kjee utarakan.kata hijrah tp masih kutuk sana sini menunding jadi kata semua org tak betul.baru pakai tudung sebulan dua tp dah rasa diri sempurna.sejarah silam belum di bersih tp dah pertikaikan org lain.itu lagi buruk....thanks kjee..

Anonymous said...

MEMANG BENAR HIJRAH ITU SATU PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG TERLALU MAHAL NILAINYA....IANYA SEUMPAMA SEBUTIR INTAN YANG BERSINAR INDAH DAN MAMPU MEMUKAU SESIAPA SAHAJA.....KEHADIRAN NYA TANPA DIPAKSA MALAH IANYA ADALAH ANUGERAH ILLAHI HANYA UNTUK INSAN TERPILIH.....HIJRAH BUKAN SEKADAR SEBUTAN DAN HIJRAH BUKAN JUGA INSTRUMEN ATAU PLATFORM UNTUK MENYERLAH DIRI PADA KHALAYAK....HIJRAH MERUPAKAN SATU TITIK PENGORBANAN YANG AMAT BESAR YANG MAMPU MERUBAH DIRI INSAN KE ARAJH YANG DIREDHAI ALLAH......MALAH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.....ITULAH HIJRAH SATU TITIK PERUBAHAN YANG ACAPKALI DISALAH TAFSIRKAN OLEH SEBAHAGIAN UMMAH DEMI MENCAPAI IMPIAN DAN TUJUAN DUNIAWI.

Anonymous said...

Setiap orang tak terlepas dari tersilap.. berkata secara baik tidak menyinggong hati lebih elok daripada nasihat dengan sindiran.. Kita doakan yang terbaik bagi sesiapa yang telah mendapat hidayah Allah. Kita yang dikatakan 'baik' jangan terlupa bahawa Allah boleh membalikkan iman seseorang jika dikehendakiNya.

Anonymous said...

betull betulll

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...