Monday, July 30, 2012

NASI KANDAR KUDU...VERSI TUNJUK. HEHEHE

Ayam masak hitam - lauk harus  kalau makan Nasi Kandar



Hari ini Kjee betul2 kurang rajin hendak ke dapur. Cuaca kat luar malap jer. Dan bila cuaca malap, macam tu jugaklah mood mokcik ni. Unclepali suka apabila Kjee kata kita beli jer lah lauk. Sebab dia sibuk sangat hari ni dan tak der masa nak tolong Kjee di dapur.

Ketika kami keluar pergi jemput Nadia, Unclepali tanya nak beli lauk Minang lagi ker? Hmmm rasa macam dah tak lalu dah nak makan lauk pauk Minang selang sehari. Apabila Kjee suggest Nasi Kandar Kudu, Unclepali senyum from ear to ear!

Kari ikan mamak


Tetapi Kjee kata tak nak makan kat sana sebab tak larat. Beli lauk kat Kudu dan masak nasi. Nadia dan Unclepali turun di Restoran Kudu Abdul kira2 jam 4 petang tadi setelah kami jemput Nadia. Awal2 Kjee dah pesan jangan beli lauk banyak2. Cukup dua tiga jenis jer. Tak perlu membazir.

Dalam kepala Kjee dah plan nak celur bendi yang Kjee beli di Jaya Grocers semalam. Pastu balik nanti singgah jap kedai Acheh kat Paya Jara dan beli cili hijau. Kalau makan nasi kandar, tak sah tak ada cili hijau dan bendi buat ulam!

Hidangan kami sekeluarga hari ini - kari ikan bawal hitam, ayam hitam dan telor ikan. Itu sahajalah rezeki kami untuk berbuka puasa di hari ke 10 kita merentasi bulan Ramadhan. Alhamdullilah.

Unclepali jugak beli murtabak Utara di Pasar Juadah Paya Jaras. Minuman? Apa lagi kalau bukan air botol kampung atau ramai orang kata air menet. Menet? Bukan Lemonade ker?

Oppps Kjee ada buat dessert orang malas. Itu untuk entry lain yer. Hehehe

Isyhh tak sabar nak tunggu azan Maghrib!

Juga wajib - telor ikan



4 comments:

Anonymous said...

Apa kebenda benda wajub tu akak? Lain macam je rupenya!!! ....musliza

azian said...

yg atas n bawah tu mengoda betul la...

adda syuhada said...

daging yang menggiurkan...telur ikan tu buat xtahan...gulp!! telan air liur hokeyyy...

Suzie said...

bestnya ada orang tolong bawa sana-sini ...saya ...en husband belum balik dr outstation ...masak je lah hari-hari .Sedap la nasi kandar lama tak makan ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...