Tuesday, July 17, 2012

SOON CHEONG MARINE - PUSAT IKAN KERING MURAH







Kalau di Kuala Lumpur, kedai seafood kering inilah yang harus dituju. Kedai Soon Cheong Marine ini terletak dalam kawasan pasaraya NSK. Bukan dalam bangunan tapi kat luar. Kjee rasa mereka yang sudah biasa ke NSK Selayang, tahu dimana letaknya kedai ini.



Masa Kjee meniaga dulu, setiap dua hari kena masuk kedai ini untuk beli ikan bilis dan udang kering. Udang kering untuk buat Laksa Johor dan Ikan Bilis untuk nasi lemak.





Sebaik sahaja Kjee sampai sana tadi, salah seorang pekerjanya tegur Kjee. "Dah lama tak tengok akak. Akak tak niaga lagi ker?" Hehehe dia orang masih kenal makcik becuk ni yang kalau masuk sana dulu tak habis2 tegur mereka.

Kjee suka pergi ke Soon Cheong Marine ni, sebab macam2 ada. Dan harganya amat berpatutan berbanding dengan kedai lain. Pastu kalau kita regular, budak2 tu siap bagi sampai 20% discount! Itu dulu. Sekarang Kjee tak tahu. Maklumlah dah dekat 3 tahun berhenti meniaga.

Tadi Kjee rembat ikan bilis yang sudah siap dikopek, ikan talang kering se ekor, tulang ikan merah, 3 peket Cumit2, ikan gelama jeruk, ikan paring kering, dua peket gula batu dan sepeket gula merah. Kjee suka jugak beli belacan kat sini sebab rasanya sedap dan harganya murah.

Kos barang2 yang Kjee beli tadi lebih kurang RM58. Pada Kjee murah sangat2 sebab stok itu cukup untuk sebulan di bulan Ramadhan nanti.

Tadi terlupa nak beli sotong kering. Sana siap ada jual ubat untuk rendam dan lembutkan sotong.

Nak tahu kat mana NSK Selayang? Korang pergi merentasi Pasar Borong Selayang. Terus, kemudian naik jejambat dan buat pusing kembali ke KL. Sampai di sebuah pam minyak (tak silap Kjee Esso atau Castrol), korang pusing kiri dan ikutlah jalan itu terus sampai sampai NSK.

Bukak setiap hari 24-jam.






11 comments:

nanieybarnieylurviey said...

terima kasih kjee atas info ikan kering murah ni.. leh cari ikan talam kt sini.. :)

norinaomar said...

saya suka g NSK selayang ni, kalau masuk boleh berjam-jam tengok barang =)

Anonymous said...

Kita pun selalu gak dtg borong kt sini,tiap Kali nak balik kg mesti memborong ikan masin,ikan bilis,sotong kering.kt Sri damansara ada pasar basah under soon Cheong marine ni kak jee.dkt2 kedai bakery HOI tu...- yana

Anonymous said...

wahhhh kjee..baru hujung minggu ari tu ke sana..ha-ah murah ikan kering kat situ..lepaih tu masuk nsk pulak, borong sayur2an n brg dapur...kalu meniaga mmg berbaloi-baloi...baju bundle pun ok gak kat situ heeee

Nurul Ain said...

dekat sangat dengan rumah mak saya..kg baru batu caves.kalau balik sana memang singgah cari barang2 dapur.Johor sume mahal

MamaFaMi said...

Wah Kjee memborong sakan! Hehe...

SURIA AMANDA said...

Kirim kat kak jee je buleh? jauh la..hehehehehe...

NURHUDA said...

pic yang last tu semua barang yang kak gee beli? semua tu 58 hinggit jer......tak dapat kalau kat tempat saya....

Anonymous said...

rm58? wah bestnya harga..murah sgt2...seronoknya gi tempat borong mcm tuh..

liemaopurut a.k.a ana said...

warh...sonoknya membeli kakjee..memang murah la tu. saya nak ajak hubby pegi sana la. NSK pun saya tak pernah masuk lagi.selalu jugak dengar citer orang kata barang2 nya murah ;p.

thanks fr de info kakjee

Gina said...

La Kak Jee, baru baca blog psl kedai ikan masin nie..Gina sampaikan balik Kuntan semata-mata nak beli ikan masin sebab tak tahu mana nak cari kat KL nie untuk bawa balik Adelaide. Dulu selalu juga ke NSK nie, suka beli barang-barang sayur yang fresh dan murah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...