Thursday, July 12, 2012

SUP AYAM MAKARONI





Ini sup ayam makaroni yang Kjee buat semalam. Selalunya, kalau buat sup ayam, Kjee akan bubuh nasi dalam mangkuk dan curahkan sup ayam. Semalam teringin pulak nak buat camni.


Lagi sedap makan dengan cili kicap atau pun sambal udang kering garing. Tapi entahlah mood semalam tak berapa okay. Makan gitu jer. Tak habis semangkuk, malam sambung lagi. Cuma panaskan sup jer dan curah.



Cara buatnya, ikut cara koranglah. Kjee buat sup guna sup bonjot Adabi. Kjee rebus ayam dan kentang dan rempah bonjot sup. Kemudian bila kentang dah empuk, Kjee tumis darat halia, bawang putih dan bawah merah. Curahkan. 

Aka kalanya Kjee campakkan juga 1 ketul kiub ayam Maggie atau Knorrs. Semalam Kjee hanya bubuh serbuk perasa dan sedikit lada hitam kisar. 

Bila nak hidang, tabur bawang goreng dan daun sup.


5 comments:

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wahhh first time tengok sup makaroni kak!

Gumiho Princess said...

sdapnye....terliur lak

Kesuma Angsana said...

sedap nyer Kak Jee, but saya suka wat macaroni goreng pedas hehe

Anonymous said...

Apa maksud tumis darat tu, Kak Jee?
-junior cook-

Kjee said...

Tumis darat tu ialah bwang, halia dan lain2 ditumis asing guna sikit jer minyak. Bila dah wangi, curahkan semuanya keatas sup tadi yang hanya direbus dengan air dan kentang.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...