Wednesday, July 11, 2012

UBI REBUS NGAN SAMBAL SARDIN





Kalau Kjee kata ini first time seumur hidup Kjee rebus ubi camni mesti korang kata Kjee mengada2! Sungguh! Kjee tak pernah buat sendiri. Makan kat kedai adalah. Hehehe.


Semalam masa singgah kat kedai runcit Acheh kat Paya Jaras, Kjee ternampak dia orang letak ubi kayu kat para luar kedai. Kjee rembat 4 batang yang comel2. Kjee tak pernah tahu camner nak pilih ubi. Ada orang kata kalau masih melekat tanahnya, ubi tu baru. Hmmm naseblah.

Satu batang Kjee buat talam ubi. Tapi oleh kerana first time buat Talam Ubi yang Kjee nak makan sangat (bukan talam biasa), maka tak cantik sangat jadinya walaupun rasanya sedap sangat. Nanti buat lain kali kena repair barulah menjadi kot. Hehehe.

Dan pagi tadi, awal lagi Kjee dah bangun dan projek buat Ubi Rebus. Macamlah susah sangat tetapi sebenarnya, excitement nya yang lebih. Maklumlah first time. Semua penghuni rumah masih tidur kecuali cheeTam yang meracau nak keluar dari cage dia.

Daripada tiga batanag yang ada, hanya sebatang yang elok. Dua lagi dah masuk angin. Eh angin ke air? Dah lebam. Tapi Kjee kikis sana sini nak selamatkan bahagian yang tak kena lebam. Pastu Kjee letak dan periuk, bubuh air dan seddikit garam dan rebus.




Masa menunggu ubi empuk, Kjee rebus cili kering dan buat sambal sardine. Lutut masih sakit. pergerakan agak sukar tapi Kjee ni jenis manusia yang degil. Kalau nak makan atau nak buat sesuatu, Kjee akan push diri Kjee. Sampai bila asyik nak harapkan orang bantu kita kan.

Lepas siap sambal, Kjee jerang air nak buat White Coffee pemberian seorang kenalan.

So pagi ni, kami bertiga sarapan Ubi Rebus dengan Sambal Sardin. Tadi ingatkan nak goreng ikan kering tapi dah tak larat.

Sesekali breakfast ala kampung, sedap sangat kan?

Korang tahu tak apa yang Kjee teringin sangat nak makan untuk sarapan? Urap Jering!! Macam masih terasa lagi di tekak ni Kjee makan Urap Jering masa kecik2 dulu. Masa tu balik ke kampung bapa di Melaka (Banda Kaba).

Pagi2 ada budak keliling kampung jual kuih dan antara jualannya, Urap Jering. Jering tua direbus hingga empuk dan dimakan dengan kelapa yang sudah dibubuh sedikit garam ataupun gula. Sedapnya!!! Kjee nak pergi cari jering tua di Chow Kit. nanti nak cuba buat. Jering yang jiran Kjee beri kelmarin, semua jering muda remaja.





13 comments:

  1. selalu baca blog kak gie tapi jadi silent reader jer.. tp kali ni bile tgk gambar ubi rebus dgn sambal sardin ni... pipi terus meremang dan kecur air liur... hhuhuhu... teringinnnnn... mana nak rembat ubi ni...

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Jee.. saya suka sangat makan ubi rebus ngan sambal macam ni. Terkenang nostalgia masa kanak-kanak, mak tanam ubi tepi rumah, jadi selalu dapat makan ubi yang fresh, best sangat...

    ReplyDelete
  3. ubi rebus mmg sdp kak jee ooii....tapi urap jering tu tak penah pulak kami makan...tak penah nampak org berjual pun...

    ReplyDelete
  4. hmm musim2 hujan ni best kalau dapat makan ni

    ReplyDelete
  5. assalamualaikumm kak je...

    sejuk² ni... memang sedapp makan ubi rebus tu.. sebelum hidang ubi yg dah rebus dan tos tu mak suke gaulkan dengan bawang goreng .. memang terangkat lepas tu kalau cicah dgn ape² sambal pun.. sardin pun ok jugak..

    semoga kakjee cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. sedapnye ubi rebus,tambah2 cuaca hujan camni.makan panas2 cicah ngan gula pun sodapppp

    ReplyDelete
  7. oikks nampak sgoh myelerakan..nak try wat gak lah..

    ReplyDelete
  8. kak jee panggil urap jering ke?
    kt kg saya panggil jering rebus.
    makan ngan kelapa parut tu..
    lama dah tak makan

    ReplyDelete
  9. rugi kak..
    first time buat..
    hehehe
    ubi rebus ni..
    klu rsa dh muak nk makan..
    goreng semula kak..
    fuhhh sedap lembut je..

    ReplyDelete
  10. sy pun suke sgt mkn urap jering tp sy pgl jering rebus.. kt melaka ni senang nk jumpe..sebungkus singgit je..ade la dlm sploh ketul.

    ReplyDelete
  11. k.jee, mintak je la jiran.. dalam segugus.. jauh plak la nak pegi chowkit membeli. hehehehe

    ReplyDelete
  12. Salam. Kak Jee, Nur tergoda dengan gambar ubi rebus ni. Nur suka makan dengan sambal tumis.. Yummy..

    My favourite ni.. Terliur dibuatnya.. Lama tak buat..

    ReplyDelete
  13. oo pgl urap ke..kita org pgl jering rebus aje..sedap..tp biasa beli aje kat pasar payang..org ckp kena org pandai yg rebus jering tu..kalau x pandai kena kepit kencing..susah nak kencing..:)

    ReplyDelete