Saturday, July 14, 2012

WARGA KL SUKA JAM DAN PANTANG TENGOK TRAFIK LIGHTS!!




Kjee sebenarnya tak perasan fenomena baru ni. Cuma kalau tengah duduk sebelah Unclepali ketika dia memandu, Kjee selalu naik hangin kalau trafik jam atau pun tiba di trafik lights, Unclepali cepat2 surf internet atau main game kat fon dia.




Kemudian dua hari lepas, Kjee baca satu komen dalam Facebook. Kononnya, sekarang ni kalau orang tengah memandu kereta, pantang kalau ada trafik jam atau tiba di traffic lights. Kalau lampu masih hijau, sengaja dibawak kereta perlahan2 supaya sampai kat trafik lights, lampu dah merah!

Dan dengan pantas mereka twitter, sms dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya.

Kjee baru perasan semua ni malam tadi!!! Isyhhh kenapalah lembabnya aku! Malam tadi Kjee ikut Unclepali pergi KL. Ke Jalan Bukit Bintang sebab ada customer dari Brunei order barang. Dia tinggal di Hotel Capitol, sebelah Plaza Low Yat.

Unclepali kata memang hantar nyawa pergi ke kawasan tu sebab semalam kan hari Jumaat. Jalan merata KL jam teruk. Tetapi terpaksa pergi jugaklah sebab tiada pilihan.

Sepanjang jalan dari Sungai Buloh ke KL yang sesak banget, Kjee tengok memang betullah kata orang yang warga KL suka sangat kalau trafik jam atau pantang tiba di trafik lights. Kebanyakkan amik kesempatan guna hanfon!

Undang2 hanya kata tak boleh guna (buat call) hanfon ketika memandu tetapi tak ada pulak kata tak boleh twit ataupun sms kan?!! Oppsss itu aku yang ingat! hehehe

Dan tadi Kjee baca berita ini di mStar online. Lepas ni, korang ada beran lagi?!!!




Facebook, Twitter Ketika Memandu


PETALING JAYA: Pihak berkuasa lalu lintas memberi amaran terhadap trend berbahaya di kalangan pemandu Malaysia yang menggunakan facebook, twitter atau memuat naik gambar semasa memandu.

Bercakap menggunakan telefon bimbit atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah perkara biasa namun ramai pegguna jalan raya kini mengambil satu lagi tindakan yang boleh membahayakan nyawa mereka serta pengguna jalan raya lain dengan mengakses kepada rangkaian sosial semasa memandu.

Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 100,143 saman kepada pemandu Malaysia yang ditahan kerana menggunakan telefon bimbit tahun lalu.

Sehingga 21 Jun tahun ini, polis telah mengeluarkan 44,688 saman manakala 3,501 dikeluarkan oleh JPJ dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Hampir 20 peratus daripada kesalahan tersebut dilakukan di Selangor.

Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, Mohd Fuad Abd Latiff, memberi amaran bahawa sebarang bentuk penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah suatu kesalahan.

"Pengemaskinian akaun facebook dan twitter ketika di jalan raya adalah satu trend baru oleh para pemandu, terutamanya tentang keadaan trafik.

"Mereka mungkin menyangka bahawa mereka sedang melakukan khidmat sosial dengan memaklumkan mengenai keadaan trafik tetapi mereka telah melakukan suatu kesalahan dan meletakkan diri mereka sendiri dan pemandu kenderaan lain dalam bahaya," katanya kepada The Star.

Malah ACP Mohd Fuad berkata ada di kalangan pemandu turut menggunakan telefon pintar mereka untuk mengambil dan memuat naik gambar semasa memandu.

Beliau berkata di bawah Seksyen 17A (1) Akta Pengangkutan Jalan, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda RM300 jika ditangkap berbuat demikian.

"Ingin saya tekankan betapa bahayanya bagi mana-mana pemandu yang hilang tumpuan ketika memandu kerana ia berpotensi membawa kepada kemalangan maut.

"Pemandu perlu memberi tumpuan penuh bagi mengawal kenderaan mereka kerana kemalangan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat," katanya.

5 comments:

norinaomar said...

Adik saya memang hobi dia sms n call masa drive sampai saya marah2 dia n bising2 dalam kereta pun dia buat dhek je. Dia kata kalau kena saman pun, tunang dia polis, boleh gugurkan saman.
Hmmmmmmmmmm

asas said...

kalau kat KL orang tunggu traffic light, kat penang sepanjang jambatan depa boleh drive sambil tweet n facebook.tak sepatutnya jam pun jadi jam pasal semua bawak slow nak layan media soSIAL depa.

Anonymous said...

Here in Western Australia, driver kena park kereta dulu baru boleh pegang/guna handphone. Berenti di designated parking, wajib tarik hand brake dulu.

Sas

Anonymous said...

kak jee smlm ada yg lebih teruk dari update akaun... tgh drive (jam skit) sempat tgk movie kat iPad!! gilo ke apo?

fnasir

Jaja said...

kjee pening ek?... "Kalau lampu merah masih hijau, sengaja dibawak kereta perlahan2 supaya sampai kat trafik lights...."

kalau trafik light masih hijau la kjee....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...