Monday, August 6, 2012

AIR LONGAN KERING






Apabila tiba bulan Ramadhan, ramai lah orang jual air longan kering di Pasar Juadah. Dulu2 kita ingat air mata kucing. Nadia masa kecik selalu merengek suruh beli air mata meow. Hehehe.

Jumaat lepas Kjee dah rebus longan kering sepeket. Kjee bubuh gula batu. Tiba2 sahaja dapat call undangan berbuka di luar. Terus terbantut hasrat nak minum. Balik malam tu, Nadia lupa nak simpan dalam peti ais. Esoknya dah berbuih.

So kelmarin, Kjee beli lagi. Kali ni mahal pulak. 300gms RM18. Maknanya sekilo RM60! Patutlah kalau minum air ni kat Group Base, isinya sikit jer. Mahal rupa2nya.



Kjee buat air ni semalam untuk berbuka. Banyaknya 300 gms tu. Terpaksa simpan beku separuh dalam fridge untuk berbuka hari ini.

Cara masaknya senang jer. Cuci dan masukkan dalam periuk dan rebus. Apabila mendidih, perlahankan api dan bubuh gula batu. Masak lagi sampai longan kering itu jadi lembut. Kalau tak cukup air, tambah air panas dan didihkan lagi.

Bubuh ais banyak2, sedappp sangat.



1 comments:

Huds said...

kak jee, mak saya pernah buat letak daun pandan sekali masa rebus tu. lagiiii sedap, wangi je =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...