Monday, August 13, 2012

TAHUN LEPAS KAMPUNG AWAK, TAHUN NI KAMPUNG SAYA. YA KE MACAM TU?



Jangan ada adegan macam ni pasal topik balik kampung yer - ehsan google


Raya dah tinggal 5 hari saja lagi. Semua persiapan sedang giat dibuat kecuali Kjee yang belum pun start kemas rumah!  Kjee nak tahu, topik apakah menjelang Raya yang paling hot dalam setiap rumahtangga? Yang silap2 haribulan boleh perang besar!!

Hehehe tak tahu? Mestilah topik balik ke kampung siapa? Kampung Isteri atau suami!! Pagi tadi Kjee dengar topik ini dilontarkan dalam Sinar FM. Rata2 yang call kaum perempuan. Hanya seorang saja lelaki yang call untuk luahkan isi hatinya.

"Dah 18 tahun saya berkahwin. Hanya sekali jer saya balik kampung saya sendiri. Tiap2 tahun saya balik kampung isteri. Bukannya saya takutkan isteri saya tapi saya malaslah nak gaduh perkara remeh2 cam ni. Tapi kalau isteri saya dengar Sinar FM pagi ni, saya merayu dia ikut saya balik kampung," kata suami itu. Sedih sangat Kjee dengar.

Hmmm ini bukan kes suami takut isteri tetapi isteri tak takutkan suami. Tapi, tak eloklah kalau isteri tidak mahu kompromi dalam hal ini. 18 tahun berkahwin bukannya tempoh yang singkat. Kenapa tidak dibuat selang seli saban tahun. 

Unclepali jugak balik Raya di kampungnya setiap tahun without fail. Hujan ribut, taufan ataupun pokai, dia tetap mahu pulang ke kampungnya di Ulu Jempol, Pahang. Alasannya, Kjee orang KL, tiada ibu dan ayah lagi. Dia masih ada ibu yang sudah tua. 

Hmmm walaupun Kjee orang KL dan tiada ibu bapa tetapi Kjee masih ada saudara mara. Teringin jugak nak Raya kat sini. Apapun, Unclepali kata dia mesti nak balik jugak. Dan kalau Kjee tak nak balik, dia akan balik pada malam Raya. Selepas solat Raya, dia akan bermaaf2an dengan bonda dan kakak2nya dan lepas makan terus pulang ke KL.

Tahun ini Kjee akan pulang beraya dengan Unclepali sebab tahun lepas dan lepas dan lepas hehehe Kjee tak Raya di kampung. Kelmarin Kjee tanya Unclepali, macam mana dengan anak2 kucing? Ewah macam dailog mak2 kita yang asyik risau ayam itik dia kalau tinggalkan kampung.

"Ala balik tak sampai 24 jam. Itu pun nak risau ker? Kita kurung kucing2 tu dalam rumah dengan makanan yang banyak macam biasa. Kat tandas dapur kita siapkan pasir jugak macam biasa! Petang Raya pertama kita sampai dah KL," kata Unclepali.

Eeee sukanya Kjee dengar perkataan 24 jam tu. Maknanya malam Raya kami balik kampung, petang Raya pertama dah sampai balik KL. Bolehlah Kjee jumpa Abang Fauzee dan saudara mara lain. Raya ke-5 atau ke-6, Kjee ke Melaka pulak, beraya dengan adik Kjee.

Tapi Kjee pasti pertengkaran dan mungkin jugak pergaduhan  pasti meletus di minggu terakhir Puasa. Semuanya pasal topik sama. Ke kampung siapa hendak beraya?

Itulah masa nak cari calon suami/isteri dulu, tak nak cari teman sekampung atau jiran kampung sebelah. Tak payahlah nak gaduh masa nak balik Raya kan? Pulang ke destinasi sama!

So yang masih belum berkahwin dan sedang mencari calon, renung2kanlah. Hehehe



28 comments:

  1. selamat hari raya kak jee ...

    ReplyDelete
  2. saya dah berperang dari awal ramadhan berebut balik kampung...hahaha
    geram jugak bila dah diputuskan berselang seli tiba2 tahun en.somi buat2 lupa tahun lps rumah Bondanya.
    apalagi... nasib baik tak baling lesung batu je bila anak2 tunjuk kalendar yang dah siap di pangkah keh keh keh....selamattt!!!!

    ReplyDelete
  3. SEMASA PERKAHWINAN PERTAMA, SELAMA 15 TAHUN SAYA BERAYA DI KAMPUNG SUAMI,SEDIHNYA MAK SAYA TAPI SELEPAS SUAMI MENINGGAL DAN SAYA BERKAHWIN SEMULA, SUAMI KEDUA SAYA KATA SETIAP TAHUN, KAMI BERAYA DI KAMPUNG SAYA KERANA DIA TIADA IBU BAPA LAGI WALAUPUN MASIH PUNYA ADIK BERADIK LAGI.SYUKOR KEPADA ALLAH KERANA SAYA TIDAK PERNAH MEMINTA BEGITU PUN.

    ReplyDelete
  4. saya tahun ni 1st time raya sebagai suami isteri
    tapi husband kata tahun ni turn rumah saya..raya kedua balik rumah mertua kat Kota Tinggi..syukur sangat dapat pasangan satu negeri

    ReplyDelete
  5. btol ckp kjee tu..crik org jiran kg sblah..cm sye ni..lps solat aidilfitri p rmh mak metue salam2 mkn2 lepak sejam 2, pstu p rmh mak sye plak..dh x de gaduh2..2 2 rumh p..hihi

    ReplyDelete
  6. kak jee saya selalu mengalah dan husband pula ikut je saya,dulu masa mak saya ada ikut turn tapi kekadang mentua beraya tanpa anak cucu saya akan tukar turn tapi sejak mak saya tak ada every year kat besut ,raya ke 4 baru blk taiping kg saya

    ReplyDelete
  7. 15 tahun kawen tak pernah gaduh psl balik kg Kak Jee sebab saya ikut aje keputusan suami. Yg dia pulak bila kita tak gaduh pasal balik kampung masa raya dengan secara otomatiknya dia yg pandai2 buat giliran..senang habis cite...buat apa nak gaduh2kan. Skrg ni tiap tahun raya kg saya je sebab kami pun dah buat rumah kat kampung saya......raya ke2 baru balik kampung dia..hehehe...tu le dia berkat tak gaduh

    ReplyDelete
  8. Salam, Kjee..
    mmg topik hangat... Alhamdulillah... buat masa nie Azie masih dpt raya bergilir2 mmc biasa...w/pun dah 13 tahun kahwin...

    mmg betul mmg best kalau masa cari pasangan tu cari yg satu kampung @ sebelah rumah je... hihihii...tp Azie pesan pd Adik Azie yg masih bujang cari calon yg mmg anak yatim 100%... tipa2 tahun raya kat rumah mak sendiri je... hihihii...x yah gaduh2 nak raya kat mana ... tp tulah kan... yg penting mesti ada tolak ansur bila time nak balik raya,. jgn ada sikap pentingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Jee,

    kesian si suami yang luahkan perasaan di SINAR tuh kan...sistem bergilir ada lah yang terbaik kecuali jika si isteri atau si suami berkompromi untuk tukar giliran etc.

    kenapa perlu bertegang urat, bergaduh semata-mata kerana hendak ke kampung isteri atau ke kampung suami? selama berumahtangga, hidup aman damai..tapi dihujung ramadhan pulak ada yang tersentap berkecil hati? pahala apa yang tinggal akhirnya?

    jadi kepada bakal-2 isteri dan suami, renung renungkanlah...emak/bapa si isteri adalah emak bapa si suami juga...and vice versa...jadi bahagiakan kasih sayang seadilnya :)

    insyallah...

    ReplyDelete
  10. suria xde masalah sebab suia ibu tunggal...

    ReplyDelete
  11. aloh... terkena batang hidung plak tang yang belum kawin lg tu kak jee...hehehe...
    deknie kene cari org kg sebelah la ni ek..hehehe

    ReplyDelete
  12. memang laa isu balik raya ni boleh buatkan laki bini bermasam muka.. saya malas nak gaduh.. mengalah aje laa kakjee.. tak luak pun.. nak buat macamana kan.. dah bukan pilihan.. kena laa mengambil hati.. walaupun menjeruk hati sendiri.. huhuhuhu..
    tapi.. anak2 dah pandai cakap.. taknak beraya kat kg sana.. nak beraya kat kg sini.. bukan saya menghasut anak2.. anak2 dah besar n dah pandai menilai layanan orang pada diorang.. apapun.. nasib baik anak2 masih mendengar kata.. n ikut juga balik ke sana.. lagipun.. dah dalam perjanjian.. pagi raya mesti ada kat sana.. so.. raya ke2 balik kg saya.. jangan marah laa ye.. hehehe..

    ~nana oshin~

    ReplyDelete
  13. lah dekatlah kampung Unclepali ngan umah mak saya, saya orang jengka 2..kalau sudi saya jemput k.je sekeluarga beraya ke rumah raya.. saya dan hubby sama2 orang jengka tak lah berebut nak balik cuma ikutlah giliran..

    ReplyDelete
  14. Sye x pernah nk gado blk mane.. coz mcm kak jee ckp sye n hubby kg yg sama he he

    ReplyDelete
  15. kampung dekat dekat... sama jer... walau balik mana mana pon.. raya pertama tetap sampai.... cuma bila cik abang kena on call time raya... kita raya umah sendiri... dan paling terharu bila ibu mertua pulak datang beraya kat umah kita... (dia tau anak menantu tak dapat balik)

    ReplyDelete
  16. askum kak jee,

    sy dn suami mmg buat giliran. jauh mmg jauh, suami org sarawak, sy kelantan. keja di sarawak, tp bkn blk slalu, cuma bila raya, mak di kelatan call tny balik mana, sayu je ckp giliran kpg suami. sedih mmg sedih, tp sy akn pastikan akan pulang jgk wpun bkn hari raya. tahun ni, giliran kpg suami, so sy dh siap2 cuti panjang raya haji nanti, tiket pun dh beli. hehehe..

    ReplyDelete
  17. Selagi ada ibu bapa, tak kira ibu sendiri atau ibu mertua, mereka semua menunggu kedatangan/kepulangan kita untuk bersama-sama beraya & bermaaf-maafan sesama kita. Cuba bayangkan kalau anak2 kita buat macam tu kat kita asyik balik belah isteri/suami jer....ha... camner????

    ReplyDelete
  18. sampai hari ni sya tak sebut pun nk balik raya kg saper...huhu..:(suami perak sya melaka...tahun lepas raya kg hubby....tahun ni dia buat dekk jer persiapan raya....kereta pun tak servis lg...huk..huk...

    ReplyDelete
  19. bg saya tak timbul masalah ni sebab masa arwah ibubapa ada rumah kami dekat2 ja...kami beraya di rumah sendiri tapi awal2 tu mmg akan ke rumah ibubapa saya dulu.lepas tu baru bergerak ke rumah ibu menrtua & sedara mara sebelah suami.
    bila ibubapa dah takde...semuanya mulakan sebelah suami.raya ke 2 atau ke 3 baru balik rumah sedara mara saya...tu pun kalau rajin.tak kisah sgt sebab musim tak raya pun dah balik juga.

    ReplyDelete
  20. kitorang tetiap kali raya akan balik kedua2 kampung..cuma gilir2 la sape yang dapat raya first tu..cuti raya biasa dapat seminggu++ so sempat la nak pegi 2 negeri..tapi saya happy la sebab husband mmg tak kesah balik mana2 pon..balik kg saya dia suka, balik kg dia pon dia suka..

    ReplyDelete
  21. Saya ada 2 menantu, bisan menantu lelaki ada lah ibu tunggal dan dah tua..saya galak kan anak saya beraya kat sana dulu..kesian besan saya tu, kadang2 dia tak masak apa apa pun masa raya...semua anak balik kampung suami kata nya...
    Menantu perempuan saya duduk dekat saja..saya di klang dan menantu di shah alam..kami tak kisah dia nak raya mana pun..bukan nya jauh sangat..
    jadi orang tua ni kena ada ada kompromi gak..usah bersedih kalau anak tak balik raya kat rumah kita dulu...

    Selamat hari raya Kjee Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  22. saya dh smpai jauh sini....xleh dh nk brgaduh nk blik raya kg....kali nihh kena fikir bajet cukup utk blik raya...dduk jauh camni kak jee kalu bajet xcukup besar mana bleh blik beraya camtu jer...huhuuu...saya ucapkan selamat hari raya buat kak jee sekeluarga...

    ReplyDelete
  23. DAH NAK MASUK 4 TAHUN BERAYA KAT KPG SUAMI..CEDIHNYER..baru ni mintak balik kl awal,ayat suami..x pe la kalo x nak balik,abg balik sorang..ade ker patut..x patut kan..alasan sbb kami duk kl..umh mak abah sy bila2 pun leh pi...x kompromi langsung...mmg mak abah kita dekat,duk kl..tapi nk gak raya ngan mak abah..mak abah pun nk raya merasa raya ngan cucu..tiap tahun pagi raya tepon mak mesti nangis..huhu..orang lain pun kmpg jauh,blh je sistem gilir..sj alasan..kekadang rase fed up...huhu..

    ReplyDelete
  24. yup! isu paling hangat musim raya. Yg penting, toleransi... saya dan suami mmg amalkan sistem giliran utk balik raya ni. Tp kalau ada sesuatu terjadi, masing2 bertoleransi antara satu sama lain. Macam tahun lepas 2011 kami accident sblum puasa, saya kena operate kepala krn pendarahan dalam kepala. Effectnya, saya tak boleh berada dalam persekitaran bising, nanti kepala akan rasa mcm nk pecah! Kebetulan raya tahun lepas, turn balik kampung suami. Rumah nenek dia. Jadi bayangkan, semua sedara mara, jauh dan dekat akan berkumpul di situ. atas toleransi, suami putuskan tahun lepas beraya di kampung saya, walaupun 2010 dah raya kampung saya. Tahun ni plak, saya beraya dgn baby yg baru 2 bulan. Suami ada tanya, nak raya kampung saya, ke, agar adik beradik saya boleh tolong uruskan baby yg masih kecil. Toleransi saya pula apply kat sini.Takpe, balik kampung abang,lah...(dan juga mama saya yg awal2 dh 'halau' kami supaya beraya di kampung sana.waaahahaha) Jadi, toleransi semua pihak memainkan peranan dalam kerukunan rumahtangga!

    ReplyDelete
  25. salam kak Jee.... erm nak balik kampung raya ni memang kita dengar macam-macam cerita.... nasiblah kalau dapat pasangan yang guna kuasa veto... tak kiralah dok dekat ke jauh..

    Tapi saya terselamat le... kahwin dengan teruna yang yatim piatu... so memang balik kampug saya la.. walaupun dia orang sebelah kampung je... he..he.. tapi sekarang ni orang tua saya pun dah tak da so balik kampung tu tak kisah sangat lah... janji balik sebab anak-anak je...

    ReplyDelete
  26. mcm2 kisah. kdg2 kita selalu cakap toleransilah apalah tapi kalau pihak sana guna kuasa veto dorg tak guna jugak. redha ajelah sbb syurga bwh tapak kaki suami walaupun hati menangis pagi raya nnt. mertua ibarat ibubapa kita jugak. tetap dapat pahala kalau kita mampu membuatkan mereka tersenyum terutama pagi raya nnt. Allah akan bagi ganjaran paling hebat utk para isteri yg ikut cakap suami, Insya Allah. nnt bila anak2 kita dah besar baru suami kita rasa bila anak asyik blk kg menantu aje. mcm skrg yg sy hadapi. kita nak merungut pun tak boleh. apa yg sy mampu cakap kat suami 'mungkin juga Allah tunjuk kat awak mcmana perasaan mak ayah sy dulu'. suami terus diam tak merungut2 dah. sy tak kisah asalkan anak2 sy bahagia dan telefon pagi2 ucap selamat hari raya pun sy dah cukup bahagia. ^^

    -zabedah mohsin-

    ReplyDelete
  27. adik-beradik saya yang dah kawen dah takder makbapak mentua pun....balik rumah mak sendiri lepas pagi raya dan balik pada hari yang sama jugak.saya kesian dekat mak saya yang baru jatuh sakit baru0baru ni...saya tak pasti apa masalah diaorang..mak saya tak pernah layan buruk dekat diaorang..mak saya bukan jenis mak mentua kasim selamt pun..sesen pun tak minta duit diaorang...infact siap menghulur lagi kepada diaorang..masa derong susah pergi kursus ke hapa...mak saya la jadik pusat nursery..sekarang dah makmur...sehari nak duduk rumah mak pun susah....SAYA HARAP TUHAN BERI PETUNJUK DEKAT DIORANG...(lepas diaorang balik mak saya menangis mengadu dekat kawan2 dia...)

    ReplyDelete
  28. nak tanya pendapatla kan...kalu keje kat penang, mak mertua kat penang.mak sendiri di perak....patutkah tiap kali raya pertama beraya di penang?raya kedua baru balik perak?tiap kali raya kena buat mcmtu...wajarkah?kalu suami kata begitu saya nk kena ikut jugak la ke?klu mcmtue smpi bila xdapat beraya pertama di perak...

    ReplyDelete