Thursday, August 30, 2012

PERNIKAHAN HARUS DIHEBAHKAN BUKAN UNTUK MENUNJUK







Hari ni Kjee teringat lak nak story pasal nikah kahwin. Bulan Syawal ini dua orang anak sedara Kjee akan bernikah. Hari tu masa jalan Raya di rumah Mak Long kami, kedua2 sepupu Kjee sibuk mengedarkan kad jemputan kahwin. Masing2, nampak excited suruh sedara mara attend sebab yang dikahwinkan anak sulong masing2.



Kelakar Kjee dengar sepupu Kjee, Zamani bercerita dengan sepupu sorang lagi yang bernama Ita. Dua2 bakal kahwinkan anak mereka Sabtu ni. Kedengaran Zamani kata: "Lepas majlis kat rumah pengantin perempuan, aku lari ke rumah kau pulak ya Ita. Minggu depan kau jangan pulak lupa datang reception anak aku," kata Zamani yang akan kahwinkan anak lelakinya. Ita pulak kahwinkan anak perempuan.

Hmmm seronok kan kalau dapat terima menantu. Sapa tak suka. Lepas terima menantu, Insya Allah setahun kemudian boleh timang cucu pulak.

Nak kahwinkan anak di zaman ini tidaklah murah. Hari tu Nadia tanya RM30,000 cukup ker? Kjee hanya angkat bahu sebab tak ada pengalaman. Kalau dia kahwin nanti barulah ada pengalaman. Anyway, selama ini Nadia dah kata kalau dia kahwin, dia hanya nak buat majlis nikah di mesjid dan a small kenduri nak bagitahu sedara mara yang dia sudah menjadi isteri orang.

Ya betul itu yang afdal. Pertama Nikah dan kedua kenduri untuk war2kan majlis pernikahan. Buatlah majlis ikut kemampuan. Jangan nanti, anak dah berderet2, hutang Along masih belum langsai!

Nadia punyai rasional sendiri kenapa dia hanya mahu majlis kecil2an untuk war2kan pernikahannya kelak. Semuanya kerana tidak mahu pembaziran. Duit yang dikatakannya lebih menjurus ke arah pembaziran, sebenarnya lebih elok digunakan pasangan pengantin baru untuk memulakan penghidupan.

Kjee fahamlah. Kalau baru kahwin, semuanya harus dibeli baru. Tapi masa zaman Kjee dulu, segala kelengkapan rumah sudah siap Kjee beli. Suami hanya masuk rumah cuci kaki saja. Tapi Kjee ada jugak dengar anak2 kengkawan yang buat macam Kjee. Tetapi pembelian dibeli secara kongsi dengan bakal suami. Hah itu pun bagus jugak kan. Jangan tunggu sampai last minute.

Korang nak tahu kena tetiba sahaja Kjee buat entry ini. Satu sebab dua anak sedara Kjee dah nak bernikah. Dan kedua, nak story betapa pentingnya, pernikahan seseorang itu diwar2kan supaya tidak timbul fitnah sekiranya, 'perut sudah ada isi' tetapi jodoh perkahwinan tidak panjang untuk menyaksikan kelahiran bayi itu.

Ini bukan kes terpinggir. Sudah banyak berlaku baik di kalangan artis mahupun orang biasa. Bercinta bagai nak rak, bernikah senyap2 pastu bila mengandung sebulan dua, tetiba tiada persefahaman dan berlakulah perpisahan.

Apabila sudah berpisah dan pernikahan (mungkin) tidak sempat di war2kan atau terpaksa dirahsia kerana beberapa sebab (antaranya menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat atau nikah di sempadan), maka janin yang bernyawa dalam perut mesti dibenarkan hidup. Menggugurkannya satu dosa besar, sama besar dengan membunuh.

Tetapi kekadang, dalam beberapa kes terpencil, kandungan itu sengaja dipelihara untuk menjadikan bukti dan  'kenangan' suatu kisah percintaan yang agung!

Panjang lebar Kjee bebel. Tetapi Kjee rasa itu mungkin telah terjadi pada seorang artis dimana anak yang dilahirkan 'menjadi mangsa keadaan'. Sana sini orang menunding jari dan menuduh anak itu anak luar nikah. Tetapi ibunya mempertahankan tindakannya menzahirkan bayi itu ke dunia. Apa yang berlaku, biarlah rahsia dia, keluarga dan Allah swt.

Kalau sudah sedemikian kenyataannya, korang tak payahlah pandang serong kepadanya lagi. Kjee buat rumusan, anak itu anak sah. Cuma perkahwinan ibu dan ayahnya tidak dapat dipertahankan. Wallahualam.

foto2 ehsan google

8 comments:

  1. sama la pendapat saya pun begitu..jgn kita pulak yang nak jadi hakim..

    ReplyDelete
  2. betul sgt apa yg jee tulis n kwn baik kakpdh masa sekolah dulu baru je beritahu dia naik pelamin semula...sukanye sy...jodoh pertemuan Allah yg mngaturnya x siapa boleh menduga...

    ReplyDelete
  3. okey..dah boleh agak siapa artis yg dimaksudkan
    harap2 tekaan saya itu tepat.kalau dia berani guna nama Allah.mgkin sbb dia yakin Allah thu cuma org ramai pasti akan cakap bukan2..biarlah antara dia dan Allah.cuma kesian anak itu je

    ReplyDelete
  4. Tak payah kita nak tambah seksa artis/orang berkenaan cukup dengan apa dia alami sekarang dan masa depan lagi banyak percubaan untuk beliau. harap beliau banyak2 bersabar.

    ReplyDelete
  5. Orang-orang yang tak tahu duduk perkara janganlah buat fitnah. Nanti sendiri yang berdosa. Orang yang dah nikah pula, mcm k.jee kata, lebih baik war-warkan supaya tidak timbul fitnah...

    Nora

    ReplyDelete
  6. sangat setuju apa yang nadia cakap. rasaynya tak perlu nak buat majlis grand masuk paper sana, majalah sini, televisyen bagai. cukuplah ada sedikit kenduri untuk menghebahkan perkahwinan tersebut.kalau terjumpa tepi jalan pun, kita tahu dia dah kawin.tak timbul isu fitnah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. betul tu kak jee...saya mmg sependapat dgn nadia...masa saya kawin dulu pun saya buat spt yg saya nk....xder kenduri atau baju nikah yg lawa2...takat akad nikah jer...majlis2 tu saya kira saya buat utk akikah bakal anak saya nnti....yg ada dgn saya hanya sekeping sijil nikah yg sah dr kedua2 negara...itupun dh cukup bg saya....famili trdkt jer yg tau...xder pembaziran xder apa2 yg merugikan...duit yg dpt saya buat savings selebihnyer jelaskn duit ptptn...hihiiiii

    ReplyDelete
  8. Assalam Kak Jee. Saya silent reader aje blog kak Jee selama ni. Saya ni tua sikit dari anak Kak Jee. Sya sependapat dgn Nadia. Sya single lg dan klu sya nk kawen nnti,sya pun nk buat simple aje sebab sya pentingkan life lepas kawen bkn nk menunjuk2 masa kawen

    ReplyDelete