Thursday, August 9, 2012

JOM DOAKAN KESEJAHTERAAN TAN SRI JINS SHAMSUDDIN


Jins terima kunjungan wakil persatuan seni



Ketika Dato Aziz Satar sakit hari tu, abang Kjee call kata dia dalam perjalanan ke Hospital Ampng untuk ziarah Pak Ajis. Kemudian dia kata, Tan Sri Jins Shamsuddin pun sakit. Tak pasti sakit apa, tapi ingatan beliau sudah mulai pudar.

Kjee cuba call beberapa kawan untuk mendapat kepastian. Khabarnya, Tan Sri Jins sudah kembali ke kampung halamannya di Taiping, Perak.

Tup2 hari ini, Kjee dapat kepastian mengenai keadaan Tan Sri Jins.

Gagal Kenali Rakan, Ingatan Jins Shamsuddin Semakin Lemah






PETALING JAYA: Keadaan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan semakin lemah apabila pelakon itu sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang menziarahinya pada Rabu.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, Jins sukar untuk mengingati orang sekelilingnya termasuklah mereka yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

"Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini selepas menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini, pada Rabu.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.

Jurey menjelaskan pada lawatan itu, Jins kelihatan ceria dan menyambut kedatangan mereka dengan baik tetapi sudah tidak mengingati mereka lagi.

"Walaupun sudah tidak ingat beliau tetap melayan kami dengan baik seperti tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya.

Pada lawatan itu, pihaknya sempat menyampaikan sumbangan berbentuk hamper serta sumbangan wang tunai sebagai ingatan sempena kedatangan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Jurey memberitahu walaupun keadaan ingatan Jins semakin lemah tetapi memorinya mengenai industri perfileman tidak pernah luntur.

Sepanjang pertemuan itu Jins banyak bercerita mengenai sejarah tentang studio Jalan Ampas, peranannya dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Gafim.

"Hairannya beliau masih mengingati dengan jelas mengenai kisah lampau beliau sebagai pelakon serta mampu berkongsi dengan kami semua kisahnya dengan baik," ujarnya.

Tambah Jurey, Jins turut memberitahu masih ingin berkhidmat dan memberi sumbangan kepada industri selain mahu kembali bekerja seperti biasa.

"Sekarang ni memang beliau hanya duduk di rumah dan berehat namun keinginannya untuk kembali bekerja dan berkhidmat kepada negara masih tinggi," katanya. - mStar

9 comments:

  1. hujung tahun aritu nampak Tan sri service keta kat Klang..senyum je...sweet sangat...moga Tan sri cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Tht is senile dementia

    ReplyDelete
  3. sebelum sy terus menaip,saya mohon maaf kalau ada yang salah..
    beliau tak ingat apa yang baru2 berlaku tapi perkara yg dah lama,masih segar diingatan.Kebanyakan org nyanyuk,mmg mcm ni.Mak saya pon.Kekadang nama saya pon dia lupa.Tapi bila becakap pasal wktu perang jepun dulu,kompom dia ingat...apa pon semoga tan sri cepat sembuh dan...mak,i miss u...

    ReplyDelete
  4. dulu sewaktu kecil, setiap kali tenguk filem (hitam putih) yang beliau berlakun, mesti i fall in love (same goes if i watched Dato' Mustapha Maarof) hehe. he is a good looking man. to me he is my sean connery versi melayu. may Allah bless him with good health. Get well soon Tan Sri. btw, how are you k. Jee?

    zaph

    ReplyDelete
  5. kenangan saya dgn TanSri Jin Samsudin ialah beliau tak kenal beg sendiri masa tunggu beg dilapangan terbang.beliau sorang je masih tunggu beg sedangkan semua orang dah keluar dan dr jauh saya nampak 1 beg takde sapa ambil.mmg beg itu beg beliau tapi beliau lupa.hehe.tapi beliau tak sombong.moga cepat sembuh ye Tan Sri

    ReplyDelete
  6. Sbg org terkenal saya nak antor cousin in 80s kat subg airport. Di lalu nak masuk hantar org. Dia dgn polite angguk kpala acknowledge pada kami muka selekeh..sambil senyum manis sayg hi.
    Ni senile dementia ...kena kawal mkn minum jaga pergerakan dia..
    Geng geng alzheimer... victim lupa dia dah mkn minum mandi etc.

    ReplyDelete
  7. Ini pesan arwah nenek saya.rajin mengaji al-quran insyaallah x nyayuk,mata pun terang wlpun dah tua

    ReplyDelete
  8. BCY8787 comments;

    Sepanjang hidupnya, dia dan wartawan hiburan telah berkomplot untuk menjatuh dan menghina P.Ramlee, beliau adalah kepala pemogok di Jalan Ampas yg akhirnya memaksa beratus-ratus crew film / pelakun / extra hilang pekerjaan, tak perlu rasa hormat pada beliau, hasil karya beliau terlalu "koman" berbanding kerja Tan Sro P Ramlee, seniman agung...kebanggaan Malaya selama-lamanya..

    ReplyDelete